Wednesday, September 8, 2010

SALAM LEBARAN DARIPADA KAMI...


Bergema takbir di pagi raya
Menyambut Syawal bulan mulia
Oh ! Bersyukur insan pada Yang Esa
Berhari Raya kita semua...



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN


Kad Ucapan Kreatif sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri daripada pelajar-pelajar PPKIBP SMK Sultan Omar


Isi kandungan kad ucapan


Dedikasi untuk semua terutamanya guru-guru di DESSO


Cap Jari pelbagai warna mewakili setiap pelajar Pendidikan Khas DESSO



@@@ Di kesempatan ini kami, barisan pendidik PPKIBP SMK Sultan Omar mengucapkan Minal Aidil Wal Faizin...Mohon maaf zahir & batin buat teman-teman dan rakan seperjuangan semua...Semoga berbahagia di Syawal yang mulia....@@@


Sunday, September 5, 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA DI RESIDENCE RESORT PAKA


PROGRAM : Majlis Berbuka Puasa Bersama Pelajar Pendidikan Khas SMK Sultan Omar
TEMPAT : Residence Resort Paka, Dungun
TARIKH : 4 September 2010 bersamaan 25 Ramadan 1431 H (Sabtu)
PENYERTAAN : 15 orang pelajar pendidikan khas
5 orang guru pengiring
PENAJA : Encik Mazlan ( S.A. Synergy Berhad) dan kawan-kawan


Berikut antara yang menarik sepanjang program :


Warga Pendidikan Khas SMK Sultan Omar... bergambar beramai-ramai di hadapan Residence Resort Paka


Rozaidi, Arafi dan Amin...sempat lagi berposing ketika menunggu masuk waktu berbuka puasa


Sabar...menunggu waktu berbuka puasa


Hadir memeriahkan majlis...Nur Yusmira, Annur Fatiha dan Nor Syazana


Rezeki Ramadan...sungguh berselera menjamah juadah berbuka puasa yang semuanya sedap-sedap


Setiap pelajar menerima hamper daripada pihak penaja


Perut sudah kenyang...dapat pulak duit raya..seronok pelajar-pelajar ini diraikan...


Gembira menerima duit raya...


Murah rezeki...guru-guru juga tidak ketingglan menerima hamper daripada pihak penaja.TERIMA KASIH !


Penaja 1 (Encik Mazlan) - Menerima cenderahati daripada pihak Pendidikan Khas SMK Sultan Omar sebagai tanda terima kasih di atas sumbangan yang diberikan


Penaja 2 (Encik Shukri) - Cikgu Noh (Guru Penyelaras PPKIBP) menyampaikan cenderahati kepada beliau


Lain-lain penaja - turut menerima cenderahati daripada warga Pendidikan Khas SMK Sultan Omar



@@@ Terima Kasih Daun Keladi kepada pihak penaja @@@
Allah jua yang dapat membalas budi baik kalian semua.


Friday, September 3, 2010

PELAJAR PENDIDIKAN KHAS MEMBUAT BISKUT RAYA



PROGRAM : Membuat Biskut Raya Sempena Hari Raya Aidilfitri 2010
HARI : Setiap hari Selasa dan Rabu
MASA : 10.00 pagi - 12.00 Tengahari
TEMPAT : Blok PPKIBP SMKSO
BISKUT PILIHAN : Popia Simpul & Popia Bersalut Kacang Hijau
PENGLIBATAN : Semua warga PPKIBP


Berikut antara yang menarik sepanjang program :


Memasukkan inti iaitu serunding ikan untuk dijadikan Popia Simpul (Biskut Raya 1)


Memotong gulungan kulit popia sebelum digoreng dan digaul dengan serbuk kacang hijau (Biskut Raya 2)


Ada bakat...Shaikh Abdullah gembira apabila diberi peluang untuk turut serta menjayakan program ini


Rajin...Zulhaikal turut membantu menggoreng popia


Popia Simpul yang siap digoreng


Inilah rupanya Popia Bersalut Kacang Hijau


Bekerjasama...proses pembungkusan biskut raya


Proses terakhir...Melabel setiap bekas biskut raya sebelum diagihkan kepada para pelajar


Siap untuk diagihkan


Majlis penyampaian sumbangan biskut raya kepada pelajar pendidikan khas di hari terakhir persekolahan sebelum bercuti raya


Gembira ...Nor Syazana menerima sumbangan biskut raya daripada Cikgu Azran


Tidak ketinggalan...Cikgu Jihah turut menyampaikan sumbangan biskut raya kepada Wang Kee Yong -satu-satunya pelajar bukan Melayu di kelas kami



P/S : Jangan lupa Majlis Berbuka Puasa pada 4 September ini di Residence Resort Paka.


Saturday, August 21, 2010

PELAJAR ISTIMEWA BERTADARUS DI BULAN RAMADHAN



PROGRAM :
Bertadarus di Bulan Ramadhan (Juzuk 30)

OBJEKTIF : Diharapkan warga PPKIBP SMKSO dapat menghayati dan mengisi masa dengan amalan dan aktiviti kerohanian sepanjang bulan puasa ini
PENYERTAAN : Guru dan Pelajar PPKIBP
TEMPAT : Blok PPKIBP SMKSO
MASA : 8.30 pagi -9.30 pagi ( Setiap Khamis sepanjang bulan Ramadhan)


INFO :

BERTADARUS ertinya membaca Al Quran secara beramai-ramai sehingga tamat (khatam) terutamanya di dalam bulan Ramadhan.Hukumnya adalah SUNAT



Bertadarus Juzuk 30


Bertadarus...diketuai oleh Cikgu Siti Nor Adhhiah


Meluangkan masa dengan aktiviti berfaedah sepanjang bulan ramadhan


Kekurangan diri tidak menghalang pelajar-pelajar istimewa untuk sama-sama memuliakan bulan yang penuh keberkatan ini



Khusyuk...membaca dan menghayati bacaan al-quran bersama-sama guru dan kawan-kawan


Bersemangat... Muhammad Hamirun dan Wan Amiruddin turut serta melibatkan diri dalam aktiviti kerohanian ini


Selesai sudah...masing-masing bersalam-salaman setelah tamat berkhatam



KEUTAMAAN BERTADARUS IALAH :

@@@ Setiap huruf daripada ayat Al Quran yang dibaca, Allah beri satu kebajikan.

@@@ Ayat-ayat di dalam Al Quran banyak berisi ayat memohon keampunan, memohon kebajikan, memohon dijauhi seksaan neraka dan sebagainya. Dengan membaca Al Quran, secara tidak langsung kita berdoa dan memohon daripada Allah. Allah akan memberi sebaik baik pemberian kepada orang-orang yang memohon kepadaNya.

@@@ Orang yang berpuasa dan bertadarus, mendapat syafaat dari puasa dan Al Quran.



*=== Selain BERTADARUS, kami juga mengadakan aktiviti TAZKIRAH RAMADHAN pada setiap pagi yang disampaikan oleh Cikgu Noh Ayob (Penyelaras PPKIBP SMKSO) ===*


Monday, August 9, 2010

KREATIVITI SENI PELAJAR - SIRI V


MATAPELAJARAN :
Pendidikan Seni

KELAS : Pintar, Cerdik dan Bijak
TAJUK : Topeng pelbagai bentuk (Seni kraf)
KEMAHIRAN : Mencorak dan menghias topeng dengan teknik yang betul
OBJEKTIF : Membolehkan murid mereka corak / hasil seni secara terancang
BAHAN / BBM : Kertas manila,gunting,pisau,gam,pensel warna,penyedut minuman dan hiasan (glitter,bulu ayam dll)

Berikut adalah antara hasil seni tersebut:



Unik...topeng hasil kreativiti Mohamad Zulhaikal b Mat Othman (Kelas Cerdik)


Kreatif ...daripada Aqil b Ariffin (Kelas Pintar)


Cantik dan ringkas ... daripada Azfar Faqih b Azman (Kelas Bijak)


Bentuk rama-rama... hasil seni daripada Mohd Arafi b Che Hayusof (Kelas Cerdik)


Misteri...hasil kreativiti Muhammad Amiruddin b Wan Yet (Kelas Cerdik)


Ringkas...hasil kerja Mohd Rozaidi b Ismail (Kelas Bijak)


Menarik...topeng yang dihasilkan oleh Mohammad Afzanizam b Mohmad (Kelas Bijak)


Percubaan yang baik...daripada Wang Kee Yong (Kelas Bijak)


Bergaya...pelajar-pelajar daripada Kelas Bijak


Gembiranya...antara pelajar daripada Kelas Cerdik memberi aksi bersama topeng mereka


Seronok... pelajar daripada Kelas Pintar bersama topeng masing-masing


Topeng dengan pelbagai bentuk hasil kreativiti pelajar pendidikan khas


Contoh topeng (oleh : cikgu)