Thursday, December 24, 2009

SELAMAT TINGGAL 2009 SELAMAT DATANG 2010


>>>> Cepatnya masa berlalu. Pejam celik pejam celik... 2009 tidak lama lagi akan meninggalkan kita semua...yang ada hanya lah kenangan..manis@ pahit...itulah lumrah kehidupan.

>>>> Selamat datang 2010...semoga tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun yang telah berlalu...


Apa azam tahun 2010?



Semoga azam dan impian kita semua akan tercapai jua...apa yang penting usaha dan tawakkal


Mendidik anak bangsa dengan penuh rasa tanggungjawab dan keikhlasan



Semoga menjadi guru yang lebih berdedikasi, berkaliber dan bertanggungjawab kepada agama,bangsa dan negara


Selamat tinggal 2009


Tersimpan kemas di dalam kenangan

Album kenangan....Memori bersama warga PPKIBP SMKSO 2009 sentiasa dalam ingatan kami semua



SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2010


**** Posting terakhir untuk tahun 2009 ****


Thursday, December 10, 2009

SIAPAKAH GERANGANNYA ?


Buka penggal persekolahan 2010 nanti, warga PPKIBP SMK Sultan Omar akan menerima seorang guru baru yang akan menggantikan Cikgu Nasuha (yang bertukar ke Selangor). Daripada maklumat awal, kami dimaklumkan seorang guru lelaki akan menjadi ahli baru keluarga kami.Siapakah dia?
TUNGGU...




Tuesday, December 1, 2009

SELAMAT BERTUGAS DI TEMPAT BARU


NAMA GURU :
Pn Nasuha Bt Masor@Ibrahim

SEKOLAH BARU : SMK Sungai Manggis ,Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan

Kepada Cikgu Nasuha, kami ucapkan selamat bertugas di sekolah baru tahun 2010 nanti.Jangan lupakan kami di sini.

KAMI SEMUA SAYANG CIKGU !




Tuesday, November 24, 2009

BANJIR OH BANJIR ...BLOK PPKIBP HAMPIR DINAIKI AIR


Cuti sekolah akhir tahun 2009 baru sahaja bermula.Tetapi siapa sangka SMK Sultan Omar turut terkena tempias musim tengkujuh yang sedang melanda negeri-negeri di Pantai Timur.
Hujan tanpa henti sejak 3 hari berturut-turut telah menyebabkan sebahagian besar kawasan sekolah dinaiki air.


Berikut antara keadaan yang berlaku di sekitar kawasan sekolah dan blok PPKIBP SMK Sultan Omar :

Air turut memenuhi di hadapan pagar sekolah

Pintu pagar sekolah terpaksa ditutup. Para guru dan pelajar yang berkenderaan perlu menggunakan laluan lain

Beginilah keadaan dihadapan Blok PPKIBP

Keadaan masih tidak berubah di hari ketiga kawasan ini dinaiki air

Pokok-pokok dan tanaman hiasan banyak ditenggelami air

Hujan masih turun

Kawasan letak kereta turut ditenggelami air

Kawasan belakang Blok PPKIBP. Tanaman serai dan ubi kayu habis ditenggelami air



P/S : Awasi anak-anak anda.Jangan biarkan mereka leka bermain banjir di musim tengkujuh ini.


Saturday, November 21, 2009

MAJLIS GRADUASI PPKIBP SMKSO 2009 - SIRI II


MOMENT-MOMENT TERINDAH SEPANJANG MAJLIS :


Pelajar Tahun Akhir...Bergambar kenang-kenangan
Berdiri (kiri) - Abi, Din & Mi
Duduk (kiri) - Erda, Fatin & Suhaida
...kami guru-guru PPKIBP sayang kamu semua...


Tenaga Pengajar PPKIBP SMKSO 2009 - Dari kiri : Cikgu Siti Nor Adhhiah, Cikgu Nasuha, Cikgu Noh, Cikgu Norul Najihah & Cikgu Wan Aiha


Terbaik Kelas Elit - Mohd Isamuddin B Ismail menerima hadiah draipada PK HEM - En. Wan Su Wan Jaffar


Terbaik Kelas Bestari - Aqil B Ariffin


Terbaik Kelas Cemerlang - Herdawati Bt Ismail



Salam Perpisahan...Cikgu Nasuha menerima cenderahati tanda kenang-kenangan daripada Puan Hjh Radziah Ismail (PK Pentadbiran) sempena pertukaran beliau ke sekolah baru (di Selangor) tahun depan. Ingat-ingatlah kami di sini...


Pihak pengurusan sekolah, ibu bapa dan para pelajar tahun akhir bergambar beramai-ramai di akhir majlis


Meriah...Para jemputan menjamu selera di blok PPKIBP


Berselera...para jemputan dihidangkan dengan Nasi Ayam Special....


Tuesday, November 17, 2009

MAJLIS GRADUASI PPKIBP SMKSO 2009 - SIRI I


PROGRAM : Majlis Graduasi PPKIBP SMKSO 2009
TARIKH : 17 November 2009 (Selasa)
TEMPAT : Bilik Mesyuarat SMKSO
JEMPUTAN : - Penyelia Pendidikan Khas & Swasta PPD Dungun
- Pihak Pengurusan Sekolah
- Para Ibu bapa PPKIBP

Berikut adalah antara yang menarik untuk tatapan semua:

Majlis Graduasi PPKIBP 2009 - program penutup tirai bagi tahun 2009

Para pelajar tahun akhir yang akan menamatkan persekolahan mereka tahun ini

Mohd Isamuddin B Ismail menerima Sijil Graduasi & Tamat Persekolahan daripada Puan Hjh.Radziah Bt Ismail (PK Pentadbiran SMKSO)

Herdawati Bt Ismail

Mohd Habitullah B Abdu Rahim

Suhaida Bt Yusof

Zulhaimi B Zuhrilkifli

Fatin Yuhanis Bt Mohd Ghani

Tahniah ! Mohd Isamuddin Ismail diiringi kedua ibu bapanya menerima trofi bagi kategori Tokoh Pelajar PPKIBP 2009 daripada Tuan Haji Abdul Samat (Penyelia Pendidikan Khas & Swasta PPD Daerah Dungun)

Puan Hasnah, ibu kepada Suhaida Bt Yusof menerima Anugerah Khas bagi kategori Ibu bapa Prihatin...Tahniah !

Bergambar kenang-kenangan guru-guru PPKIBP dan para pelajar tahun akhir



....ikuti banyak lagi moment-moment terindah sepanjang majlis ini berlangsung...TUNGGU...dalam siri seterusnya...



Wednesday, November 11, 2009

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2009 PPIKBP SMKSO



Berikut adalah keputusan Peperiksaan Akhir Tahun PPKIBP 2009 :


KELAS ELIT :

Tempat Pertama : - Mohd Isamudin B Ismail
Tempat Ke- 2 : - Mohd Hamdan B Che Mat
Tempat Ke-3 : - Abdullah Amin B Abdul Aziz


KELAS BESTARI :

Tempat Pertama : - Aqil B Ariffin
Tempat Ke- 2 : - Nur Yusmira Bt Jusof
Tempat Ke-3 : - Shaikh Abdullah B Shaikh Ali


KELAS CEMERLANG :

Tempat Pertama : - Herdawati Bt Ismail
Tempat Ke -2 : - Zulhaimi B Zuhrilkifli
Tempat Ke- 3 : - Mohd Habitullah B Abd Rahim



Mohd Isamudin B Ismail

Aqil B Ariffin

Herdawati Bt Ismail


TAHNIAH UNTUK SEMUA PELAJAR YANG BERJAYA!!!


Wednesday, November 4, 2009

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2009



PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN PPKIBP 2009
TARIKH : 03 - 05 November 2009 ( Selasa - Khamis )
SUBJEK : Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Kemahiran Hidup, Pendidikan Islam & Literasi Komputer

Berikut adalah antara gelagat para pelajar sepanjang peperiksaan tersebut:


Antara kertas Peperiksaan Akhir Tahun 2009

Bersemangat...Hari pertama peperiksaan

Masing-masing khusyuk menjawab soalan peperiksaan

Cuba mengingati semula apa yang diajar oleh guru

Mudah-mudahan betul semua jawapan ni...

Menyemak semula jawapan...

Jawab betul-betul...masa ada lagi 15 minit

Tekun menjawab soalan



"SELAMAT MAJU JAYA"


Saturday, October 31, 2009

SUKANEKA PPKIBP SMKSO 2009


AKTIVITI :
Sukaneka PPKIBP SMKSO 2009
HARI : Khamis ( 29 Oktober 2009)
TEMPAT : Dataran Blok PPKIBP
ACARA : - Mengisi air di dalam botol
- Membawa bola ping pong di dalam sudu
- Berebut masuk gelung
- Melepasi halangan tali
- Memecahkan belon di kaki

Berikut antara aksi-aksi menarik sepanjang aktiviti dijalankan :


Aksi menarik sebelum masing-masing berlumba-lumba memecahkan belon lawan

Salah seorang pelajar berusaha memecahkan belon guru

Hebat...2 orang peserta akhir...wakil guru dan pelajar masing-masing cuba memecahkan belon lawan

Acara melepasi halangan tali...kene ada skill ni

Wah..wah!..antara gaya menarik pelajar untuk melepasi halangan tali

Permainan yang paling best...berebut masuk gelung...
Music please !

Guru-guru PPKIBP juga tidak ketinggalan menyertai permainan ini

Cepat...masuk dalam gelung !

Yakin boleh !...kumpulan kita mesti menang ni...

Berhati-hati ...takut nanti terjatuh bola ping pong

Bersiap sedia untuk acara mengisi air di dalam botol menggunakan span

Masing-masing berlumba-lumba mengisi air di dalam botol



* Mengikut perancangan asalnya aktiviti ini sepatutnya diadakan di pantai Teluk Gadong, tetapi disebabkan keadaan cuaca (hujan) yang tidak mengizinkan, kami hanya menjalankannya di kawasan sekolah.Walau bagaimana pun aktiviti ini tetap meriah dan happening !