Saturday, August 18, 2012

KUIH RAYA PPKI 2012


PROGRAM : Belajar Membuat Kuih Raya
TARIKH : 24 Julai -14 Ogos 2012
TEMPAT : Dapur PPKI SMKSO
PENYERTAAN : 4 Kumpulan kecil (28 orang murid)
MENU PILIHAN : - Popia Mini Simpul
- Popia Mini Gulung
- Biskut Gunting @ Rempah
- Biskut Cornflakes


Berikut adalah antara yang menarik sepanjang program :


Membuat popia mini simpul mengikut kumpulan masing-masing


Popia mini simpul yang dihasilkan


Popia mini gulung


Menggunting doh menjadi biskut menjadi saiz kecil


Menggoreng biskut gunting @ rempah


Goreng sehingga berwarna kekuning-kuningan


Biskut gunting @ rempah yang telah digoreng


Sebanyak  enam kilogram tepung gandum digunakan untuk membuat biskut gunting @ rempah ini


Proses menghasilkan adunan yang gebu untuk membuat biskut cornflakes dengan menggunakan mixer


Memasukkan adunan menjadi bentuk kecil di dalam acuan kertas


Seronok dapat belajar membuat kuih raya bersama kawan-kawan


Biskut cornflakes yang dihiasi dengan ceri siap untuk dibakar


Biskut cornflakes bercoklat


Proses pembungkusan kuih raya untuk diagihkan kepada semua murid


Penyampaian kuih raya kepada murid sebelum mereka bercuti menyambut lebaran


Gembira...dapat membawa pulang kuih raya yang dihasilkan sendiri oleh mereka


Hoorey! Bergambar beramai-ramai bersama kuih raya


@ SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI UNTUK SEMUA UMAT ISLAM @

~ Maaf Zahir & Batin ~


Saturday, August 11, 2012

CEK MEK MOLEK vs POPIA GORENG


PROGRAM : Memasak Di Bulan Ramadan (Kuih muih)
TARIKH : 31 Julai & 1 Ogos 2012 (Selasa & Rabu)
TEMPAT : Dapur PPKI SMK Sultan Omar
MENU : Kuih Cek Mek MOlek & Popia Goreng
PENYERTAAN : 4 kumpulan (25 orang)


Berikut adalah antara yang menarik sepanjang program :


Mengupas dan membersihkan keledek


Keledek yang siap dipotong akan direbus sehingga empuk


Proses menghancur @ melenyek keledek sehingga menjadi lumat


Seterusnya mencampurkan tepung gandum dan diuli bersama-sama keledek sehingga menjadi  satu adunan yang sebati


Menggentel adunan menjadi bulatan yang kecil


Kemudian bulatan tersebut dibentuk menjadi bentuk leper


Memasukkan gula di dalam adunan yang berbentuk leper tadi dan membentuknya menjadi bujur



Sedia untuk digoreng


 Kuih Cek Mek Molek yang telah siap digoreng


Inilah hasil masakan kami !


Kuih Cek Mek Molek yang siap dihias


Setiap murid akan membawa pulang hasil masakan mereka untuk dimakan ketika berbuka puasa nanti


Menumis inti popia - taugeh dan lobak merah


Masing-masing tekun menggulung popia


Setiap kumpulan cuba membuat yang terbaik


Belajar membuat popia bersama-sama ahli kumpulan


Murid lelaki menunjukkan minat yang tinggi dalam bidang masakan ini


Popia siap untuk digoreng


Menggoreng popia sehingga masak


Popia gulung yang siap digoreng akan dibawa pulang ke rumah untuk dijadikan pemanis mulut berbuka puasa


Wednesday, August 8, 2012

LAWATAN DARIPADA IPG DATO' RAZALI ISMAIL, KUALA TERENGGANU


PROGRAM : Lawatan Penanda Aras Bina Insan Guru (BIG) Daripada Pelatih Institut Pendidikan  Kampus Dato'  Razali Ismail, Kuala Terengganu
TARIKH : 16 Julai 2012 (Isnin)
TEMPAT : Dewan Warisan SMK Sultan Omar dan Blok PPKI
PESERTA ROMBONGAN : 24 orang pelatih
1 orang pensyarah

Berikut adalah antara yang menarik sepanjang program ini :


Meriah...peserta rombongan disambut dengan perarakan bunga manggar dan pemberian bunga telur ketika masuk ke Dewan Warisan


Para peserta mengambil tempat di dalam Dewan Warisan


Tarian Indang...persembahan istimewa sebagai pembuka tirai program


Turut dihadiri oleh wakil pengurusan sekolah iaitu Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Guru Penolong Kanan Kokurikulum yang mewakili pihak pengetua


Ucapan selamat datang dan alu-aluan oleh wakil pengurusan sekolah iaitu Encik Wan Yusof (PK HEM)


Ucapan balas daripada ketua rombongan (pensyarah) iaitu Encik Che Mohd Razali Abdullah


Persembahan kedua - Sketsa Kehidupan Nelayan oleh murid-murid PPKI (BP) SMK Sultan Omar


Tayangan video daripada pihak IPG DRI


Lawatan ke kelas PPKI


Demonstrasi menghasilkan kraftangan 'Kotak Serbaguna' yang dihasilkan oleh murid-murid PPKI


Beramah mesra di samping sama-sama membuat kraftangan bersama murid-murid PPKI


Melihat gerak kerja kraftangan yang dihasilkan oleh murid-murid PPKI


Berpeluang beramah mesra


Tidak ketinggalan cuba merasai keenakan  'Aiskrim Malaysia' pelbagai perisa yang dibuat oleh murid-murid PPKI ini


Menerima cenderahati daripada pihak kami


Peserta rombongan bergambar kenang-kenangan dengan murid-murid  PPKIBP SMK Sultan Omar


Bergambar bersama guru-guru PPKIBP SMK Sultan Omar