Sunday, May 30, 2010

LAWATAN BERMAKLUMAT KE PULAU LANGKAWI - SIRI I


TARIKH : 25 -28 Mei 2010
TEMPAT : Pulau Langkawi, Kedah
PENGLIBATAN : - 15 orang pelajar PPKIBP
- 5 orang pelajar Tingkatan 4 - aliran perdana (Mentor)
- 5 orang Guru PPKIBP


Berikut adalah antara tempat-tempat menarik yang dilawati kami sepanjang program tersebut :


Dataran Lang , Kuah


Underwater World Langkawi


Bird Paradise & Wildlife Park


Jeti Perahu Layar Dato'Azhar Mansor


Langkawi Cable Car - Gunung Mat Cincang


Tapak Beras Terbakar


Perigi Mahsuri


Makam Mahsuri


* Tempat-tempat lain yang dilawati :
- Langkawi Airport
- Pusat Kraftangan Malaysia, Langkawi
- Pekan Rabu, Alor Setar


==> Ikuti aksi-aksi menarik kami sepanjang lawatan dalam siri seterusnya <==


Monday, May 17, 2010

SAMBUTAN HARI GURU 2010 - 'TERIMA KASIH CIKGU !!! '


PROGRAM : Sambutan Sempena Hari Guru 2010
TEMPAT : Dewan Warisan DESSO dan Blok PPKIBP
PENYERTAAN : - Persembahan pelajar PPKIBP - Pentomin 'Tanya Sama Pokok' & Tarian ' Anak Udang'
- Penyampaian hadiah oleh pelajar PPKIBP untuk guru-gurunya


Berikut antara yang menarik sepanjang sambutan hari yang sangat istimewa ini :


Selamat Hari Guru untuk semua warga pendidik daripada kami warga PPKIBP SMK Sultan Omar


Sempat bergambar dengan kostum masing-masing sebelum mengadakan persembahan istimewa


Pelajar-pelajar PPKIBP turut tidak ketinggalan mengadakan persembahan istimewa mereka sempena sambutan Hari Guru 2010 di Dewan Warisan - Pentomin 'Tanya Sama Pokok' dan Tarian 'Anak Udang'


Antara hadiah-hadiah para pelajar PPKIBP untuk guru-guru yang tersayang


Wang Kee Yong menyampaikan hadiahnya untuk Cikgu Azran


Cikgu Noh menerima hadiah daripada Mohd Rozaidi


Mohd Arafi memberi hadiah istimewa untuk Cikgu Najihah


Cikgu Siti Nor Adhhiah menerima hadiah daripada Abdullah Amin


Hadiah daripada Syed Fikri Amri untuk Cikgu Wan Aiha



Terima kasih untuk semua anak-anak didik kami...ingatan kalian untuk kami di hari istimewa ini cukup bermakna buat kami warga pendidik...


Tuesday, May 11, 2010

KREATIVITI SENI PELAJAR - SIRI V



MATAPELAJARAN :
Pendidikan Seni

KELAS : Pintar, Cerdik dan Bijak
TAJUK : Mengenal Kraftangan -TANGLUNG KERTAS
KEMAHIRAN : Mereka cipta kraftangan mengikut kreativiti pelajar
OBJEKTIF : Membolehkan pelajar mereka corak kraftangan dengan kreatif dan menarik
BAHAN / BBM : Kertas manila, pensel warna,warna air,pisau dan gunting


Berikut adalah antara hasil seni yang dihasilkan :


Antara tanglung yang dihasilkan oleh para pelajar PPKIBP SMKSO


Bentuk yang menarik - oleh Aqil Ariffin


Percubaan yang baik - oleh Nur Yusmira


Unik - oleh Mohd Rozaidi


Tanglung berbentuk segiempat - oleh Wan Mohd Hafizuddin


Cantik - Mohd Hamdan


Menarik - oleh Shaikh Abdullah


Kreatif - oleh Mohd Zulhaikal


Mohammad Afzanizam bersama tanglung yang dihasilkannya


Wang Kee Yong gembira dapat menyiapkan tanglungnya


Mohammad Amirudin menunjukkan tanglungnya yang menarik


Tuesday, May 4, 2010

KHIDMAT MASYARAKAT : KELAS PREMIER MENGAJAR MEMBACA


PROGRAM : Khidmat Masyarakat - Membimbing pelajar PPKIBP membaca
OBJEKTIF : - Pengisian aktiviti P&P bagi matapelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK)
- Memberi peluang kepada pelajar aliran perdana bersosialisasi dan mengenali pelajar pendidikan khas
-Pendedahan dan pengetahuan mengenai pendidikan khas
PENGLIBATAN : Pelajar daripada Tingkatan 1P1, 1P2 & 3P1
KUMPULAN SASARAN : Semua pelajar PPKIBP SMK Sultan Omar
GURU MATAPELAJARAN : Pn. Hjh. Fauziah Bt Ali


Berikut adalah antara yang menarik sepanjang program dijalankan :



Berpeluang mengajar membaca


Tekun...membantu pelajar PPKIBP membaca


Perkongsian ilmu...antara pengisian aktiviti yang dijalankan


Mengenali dan mendekati pelajar PPKIBP


Memberi bimbingan dan tunjuk ajar


Berpeluang membantu pelajar istimewa


Peluang bersosialisasi...aktiviti ini juga dapat merapatkan lagi hubungan antara warga sekolah


Menambah pengalaman dan bersosialisasi antara pelajar aliran perdana dengan pelajar pendidikan khas




* Terima kasih kepada semua yang terlibat dan pihak kami amat mengalu-alaukan kedatangan serta penglibatan dan kerjasama dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan.