Friday, January 30, 2009

CARTA ORGANISASI PKBP SMK SULTAN OMAR 2009



PENGETUA : Encik Ab. Malik bin Musa Dali
GPK AKADEMIK & PENTADBIRAN : Tuan Haji Mohd Sidek bin Embong
GPK HAL EHWAL MURID : Encik Wan Su bin Wan Jaafar
GPK KOKURIKULUM : Puan Hajah Hasnah binti Tahir
PENYELARAS PKBP : Encik Noh bin Ayob
SETIAUSAHA : Cik Norul Najihah binti Kadir
BENDAHARI : Cik Wan Aiha binti Ismail
KAUNSELOR : Puan Siti Nor Adhhiah binti Mustafa
KECERIAAN : Cik Nasuha binti Masor@Ibrahim
PPM : Puan Nuraziema binti Mohd
: Puan Fauziah binti Abdul Rahman

MOTO PKBP SMK SULTAN OMAR

Berdikari dan Berbakti



FALSAFAH PKBP SMK SULTAN OMAR

Sekolah merupakan pelaksana dasar pendidikan negara dan pemegang amanah untuk mencorakkan murid-murid keperluan khas berdasarkan potensi dan bakat yang dimiliki. Sekolah bertanggungjawab mengembangkan potensi pelajar dengan tujuan melahirkan murid dengan keperluan khas yang mampu berdikari, berkemahiran, beriman dan cemerlang dalam semua bidang meliputi aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani serta mampu menyumbang kepada pembangunan negara.





MISI PKBP SMK SULTAN OMAR

Menuju ke arah PKBP SMK Sultan Omar yang lebih gemilang dengan meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan berdasarkan Standard Kualiti dalam semua bidang, program dan aktiviti PKBP.




VISI PKBP SMK SULTAN OMAR


Membentuk murid dengan keperluan khas yang berilmu, berkemahiran, beriman dan beramal, mampu berdikari seterusnya berbakti kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara selaras dengan matlamat pendidikan berpandukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.














SEJARAH PENUBUHAN KELAS PENDIDIKAN KHAS SMK SULTAN OMAR, DUNGUN



Program Integrasi Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran di SMK Sultan Omar mula dibuka pada tahun 2003 dengan bilangan pelajar perintis seramai 7 orang dan tenaga pengajar 3 orang.
Bilangan pelajar sentiasa bertambah setiap tahun iaitu seramai 11 orang pada tahun 2004 dan bertambah kepada 16 orang pada tahun 2005. Pada tahun 2006 dan 2007, seramai 18 orang
telah mendaftar di kelas ini. Tetapi berkurangan kepada 17 orang pada 2008.
Pelajar yang berdaftar di dalam program ini adalah terdiri daripada pelbagai kategori seperti Sindrom Down,Celebral Palsy, Austistik, Hiperaktif, Epilepsi, Slow Learner dan sebagainya.
Sehingga bulan Januari 2009,seramai 18 orang pelajar mengikuti kelas ini dengan bimbingan 5 orang guru dan dibantu 2 orang Pembantu Pengurusan Murid (PPM).

LAGU : TERLALU ISTIMEWA

Ku tak tergambar wajahmu
Sinar mata itu
Lirik senyumanmu
Pesona yang membelai
Wajahmu bercahaya
Memberi bahagia
Tiap yang memandang
Hati jadi salju

(Korus)
Kau terlalu istimewa
Kasih dan sayangmu terpancar
Seikhlas tiada batasan
Terus membara
Terkilan rasa jiwa
Ingin ku lihat mu dewasa
Apa daya
Tuhan lebih menyayangimu

Ku pasti kau berbahagia
Duduk di sampingnya
Mendengar cerita
Sekadar rahsia

(Ulang korus)

Tak tertanggung rindu…
Mendengar suaramu…
Tawa mengusik jiwa…
Oh…

(Ulang korus)

- Artis : Adibah Noor-

Thursday, January 29, 2009


Anak-anak adalah anugerah tuhan. Mereka tidak meminta untuk dilahirkan dan tidak pernah memilih dilahirkan sebagai anak ISTIMEWA.
Tugas kita adalah membimbing mereka dengan cinta dan menyingkap potensi yang mereka miliki.

- Torey Hyden-

Guru Pendidikan Khas, Britain


Tuesday, January 27, 2009

Assalamualaikum...Terima kasih kepada anda yang sudi melayari blog kami ini...




Anda TERLALU TERISTIMEWA buat kami.Terokai dan hayatilah segalanya yang ada disini. Semoga perkongsian ilmu ini dapat membantu kita mengenali, mendekati dan menyayangi insan ISTIMEWA yang berada di sekeliling kita. INSYAALLAH.