Saturday, February 9, 2013

TAHUN ULAR : GONG XI FA CAI


@@@@@@@ ~* ~*~*~@@@@@@@


Kami warga PPKI SMK Sultan Omar mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada  guru-guru dan semua pelajar SMK Sultan Omar terutamanya yang berbangsa cina.

Semoga sentiasa berada dalam kemakmuran,kebahagiaan dan kesihatan yang lebih baik untuk semua.




 Gong Xi Fa Cai untuk murid PPKI yang meraikannya - Lau Zie Ang dan Sing King Hong serta bekas pelajar PPKI (Wang Kee Yong)


Antara kad ucapan Tahun Baru Cina yang dihasilkan oleh murid-murid PPKI SMK Sultan Omar


Friday, February 1, 2013

SI KEMBAR CURI TUMPUAN : KEJOHANAN MERENTAS DESA DESSO 2013


PROGRAM : Kejohanan Merentas Desa SMK Sultan Omar 2013
TARIKH : 31 Januari 2013 (Khamis)
MASA : 8.00 - 11.30 pagi
PENYERTAAN : Semua Murid Tingkatan 1-5 (Rumah Sukan)
 &
Murid PPKI (3 kategori)


Berikut adalah antara yang menarik sepanjang program berlangsung :


 Acara pelepasan peserta bagi murid-murid PPKI disempurnakan oleh ayahanda pengetua


Antara peserta perempuan PPKI bagi Kategori 2  yang melalui Jalan Kubur Syed Yahya - Belakang Masjid Intan Zaharah


Salah seorang peserta PPKI bagi Kategori 1 (Laluan sama dengan P & L 15) bersungguh-sungguh menamatkan larian


Peserta PPKI Kategori 1 menuju ke garisan penamat (tempat ke-3)


Peserta PPKI Kategori 1 akhirnya berjaya menuju ke garisan akhir (naib johan)


Akhirnya....peserta terawal yang berjaya sampai ke garisan penamat  bagi Kategori 1 (johan)


 Majlis penyampaian hadiah  disampaikan oleh ayahanda pengetua - Tuan Hj Md Zin kepada johan bagi kategori 3  iaitu Wan Amiruddin b Wan Mohd Asri


 Johan bagi Kategori 2 - Mohd Fazrul Naim b Ibrahim


Johan bagi Kategori 1 - Ahmad Thohir b Rusli

Naib Johan bagi Kategori 1 - Ahmad Thoyyib b Rusli


Tahniah kepada pasangan kembar ini yang telah berjaya mendapat johan dan naib johan dalam kejohanan kali ini


Suasana yang meriah ketika majlis penyampaian hadiah dan juara keseluruhan kejohanan pada tahun ini dimenangi oleh Rumah Harimau (Kuning)


Para pemenang bagi ketiga-tiga kategori (PPKI) bergambar bersama-sama selepas acara penyampaian hadiah



TAHNIAH KEPADA SEMUA MURID PPKI DESSO...KALIAN ADALAH YANG  TERBAIK!!!!


Wednesday, January 16, 2013

SELAMAT DATANG KE BLOK PPKI : PENGETUA BAHARU KAMI


 ~ * ~ * ~ * ~

 Tahun 2012...telah pun berlalu pergi...yang tinggal hanyalah kenangan...
Terima kasih kepada pihak pengurusan DESSO sesi 2012, terutamanya mantan tuan pengetua, Encik Abdul Rahman bin Husin yang telah memberi banyak ilmu dan perkongsian idea untuk kami terus cemerlang di pendidikan khas....budi dan jasa  tuan...tak akan kami lupakan...

Tahun 2013...hadirmu ...akan kami laluinya jua...walaupun dengan cabaran dan rintangan....akan kami tempuhi....semoga kami terus cemerlang dengan kepimpinan baharu...bersama ayahanda pengetua Tn.Hj Md Zain bin Muda...selamat datang ...bersama-sama keluarga besar kami di pendidikan khas DESSO....

 
Lambaian terakhir...mantan pengetua DESSO, En Abdul Rahman b Husin di hari terakhir beliau di SMK Sultan Omar 


 Selamat datang...kunjungan pertama tuan pengetua  yang baharu, Tn Hj Md Zain b Muda ke Blok PPKIBP


Menandatangani Buku Pelawat diiringi PK Pentadbiran, En.Ruslan b Hj Ismail