Monday, August 4, 2014

MENERIMA TEMPAHAN SAMPUL DUIT RAYA


PROGRAM : Membuat Sampul Duit Raya  (Projek MPV Kraftangan)
MASA : Minggu Ke-2 hingga Minggu Ke-4 bulan Ramadan
TEMPAT : Blok PPKI DESSO


Berikut adalah antara yang menarik sepanjang aktiviti ini dijalankan :



 Ini adalah antara variasi sampul duit raya yang bersaiz kecil


 Ini pula adalah antara variasi sampul duit raya yang bersaiz besar


 Proses bermula dengan aktiviti mencetak, menggunting, melipat, gam dan proses pembungkusan


 Murid-murid yang terlibat adalah daripada kumpulan MPV Kraftangan


 Contoh pandangan hadapan dan belakang sampul duit raya


 Bahagian belakang sampul duit raya yang bersaiz besar


 Siap dibungkus dan akan diagihkan kepada pelanggan yang telah membuat tempahan


 Menggunakan perkhidmatan pos laju untuk menghantar tempahan luar daripada Dungun/ Terengganu


 Hasil jualan produk ini akan dimasukkan ke dalam tabung kelas



# Semoga tahun depan kami dapat menghasilkan sampul duit raya yang lebih menarik lagi !!!

Amin...mudah-mudahan

# PrayForGaza


Thursday, July 31, 2014

BERBUKA PUASA DI KELAS PPKI


PROGRAM : Majlis Berbuka Puasa Warga PPKI DESSO
TARIKH : 22 Julai 2014 (Selasa)
TEMPAT : Blok PPKI DESSO

Berikut adalah antara yang menarik sepanjang aktiviti ini :


Baca doa berbuka puasa dan doa makan

Solat magrib berjemaah

Selepas solat magrib baru sambung makan nasi :-)

Berseleranya !!!

 Antara murid-murid perempuan yang hadir

Seronok dapat berbuka puasa beramai-ramai di kelas sendiri


# Panjang umur kita berbuka puasa lagi di kelas tahun depan...

MAJLIS BERBUKA PUASA DI MAYANGSARI RESORT


 PROGRAM : Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan Ramadan Al-Mubarak
TARIKH : 8 Julai 2014 (Selasa) 
TEMPAT : Mayangsari Resort Dungun


Berikut adalah antara yang menarik sepanjang majlis ini berlangsung :


 Majlis ini ditaja oleh pihak pengurusan Mayangsari Resort Dungun (tajaan tempat dan makan minum)

 Sempat membuat rakaman ucapan selamat hari raya dengan kerjasama pihak wartawan Berita Harian dan TV9 'Dekat Di hati'

 Encik Abdus Shakur bin Abd Baith Azman (General Manager Mayangsari Resort Dungun) sedang memberi ucapan
 
Ucapan perasmian oleh YBhg Dato' Haji Din bin Adam

Acara bertadarus Al-quran oleh sebahagian daripada murid-murid PPKI DESSO
 
 Majlis penyampaian sumbangan @ bantuan Ramadan oleh Puan Wan Nur Sabrina bt Dato' Haji Wan Mohd Mustafa (Pengarah Urusan Rich Care Cleaning Services Sdn.Bhd) 

Penyampaian sumbangan daripada pihak pengurusan Mayangsari Resort Dungun
 
 Ybhg Dato' Haji Din bin Adam menyampaikan sumbangan kepada murid-murid PPKI DESSO yang diraikan 

 Bergambar di akhir majlis - Murid-murid lelaki
 
Murid-murid perempuan bergambar bersama-sama guru wanita





# Terima Kasih kepada semua penaja dan para penyumbang yang telah menjayakan majlis ini.Hanya Allah sahaja yang dapat membalas kebaikan kalian semua....


Sunday, June 29, 2014

DIKIR TARI : SAMBUTAN HARI GURU 2014


 PROGRAM : Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2014
TARIKH : 18 Jun 2014 (Ahad)
TEMPAT : Dewan Warisan, DESSO


Berikut adalah antara yang menarik melibatkan warga PPKI dalam majlis ini :


 Persembahan 'Dikir Tari' daripada warga PPKI DESSO


 Selain murid PPKI, persembahan istimewa ini juga melibatkan murid-murid aliran perdana (4 orang), guru-guru PPKI, PPM dan guru ETA (Miss Mecanna)


 Dikir Tari  yang menggunakan medley lagu-lagu Dikir Puteri, Hati Kama dan Joget Siang Malam


 Persembahan santai


Persembahan yang memeriahkan majlis

 Cenderahati khas daripada warga PPKI DESSO untuk warga pendidik DESSO


 Kotak Piramid Istimewa - hasil kraf murid-murid PPKI


 Kotak yang diisi dengan wangian bunga rampai


Selamat Hari Guru - 'Guru Pencetus Kreativiti Penjana Inovasi


~*~ TERIMA KASIH CIKGU ~*~


Friday, May 30, 2014

MAJLIS SANJUNGAN BUDI - PERSARAAN AYAHANDA PENGETUA


PROGRAM : Majlis Sanjungan Budi (Persaraan Ayahanda Pengetua)
TARIKH : 15 Mei 2014 (Khamis)
TEMPAT : Dewan Warisan DESSO


Berikut adalah antara yang menarik sepanjang majlis berlangsung :


 Majlis yang diadakan untuk meraikan persaraan ayahanda pengetua
 

 Tarian Zapin Selamat Datang istimewa untuk yang diraikan


 Para jemputan memenuhi dewan yang dihias indah


Diarak dengan kereta kuda berhias


   Ucapan dan amanat terakhir beliau yang telah lama berkhidmat sebagai seorang guru dan pemimpin sekolah


 Ketika sesi tayangan multimedia...berada di pelaminan yang indah bersama isteri tersayang


Acara memotong pulut kuning sempena persaraan dan ulang tahun kelahiran beliau


Persembahan tarian inang, joget dan zapin oleh PPKI DESSO


 Persembahan yang menceriakan majlis


Bersalam-salaman dengan murid dan guru-guru


Lambaian terakhir seorang guru dan pengetua cemerlang...


~ Semoga dirimu sentiasa suksess dan bahagia dunia dan akhirat ~
TERIMA KASIH CIKGU !!!


RIANG RIA DESSO FEST 2014


PROGRAM : Karnival Pendidikan SMK Sultan Omar Kali Ke-2 (DESSO FEST 2)
TARIKH : 21-24 April 2014 (Isnin-Khamis)
TEMPAT : Dewan Warisan dan Tapak Jualan
AKTIVITI : - jualan, sukanika, perkhemahan, persembahan kebudayaan,pertandingan naik wau,pakaian beragam dan banyak lagi

Berikut adalah antara yang menarik sepanjang program yang turut melibatkan PPKI  ini berlangsung :

 Perasmian program disempurnakan oleh En.Hashin bin Mohd Zin (Timbalan Pengarah Pendidikan, JPNT) yang mewakili Tuan Pengarah Pendidikan, JPNT

 Majlis diserikan dengan persembahan tarian zapin oleh Kumpulan Gema Warisan daripada PPKI DESSO

 Mencuit hati para hadirin dengan persembahan sketsa 'Madah Berhelah' oleh murid-murid PPKI DESSO

 Berkunjung ke tapak jualan PPKI yang menjual produk, hasil kerja tangan murid-murid PPKI iaitu bantal kekabu

 Bergambar kenang-kenangan di hadapan gerai jualan bersama barisan pengurusan sekolah, wakil PPD Dungun dan murid-murid PPKI DESSO

 Surprise!!! salah seorang murid PPKI tidak menyangka akan diraikan di gerai jualan sempena hari lahirnya yang ke-13

 Menerima cenderahati daripada penyelaras, Cikgu Azran

 Pertandingan Master Chef...wakil guru-guru PPKI bertungkus lumus menyiapkan hidangan

 Ayahanda pengetua tidak ketinggalan menunjukkan bakat memasak di dalam pertandingan ini

 Hidangan Nasi Goreng Istimewa dan Sandwich daripada PPKI DESSO

 Barisan penari PPKI DESSO 

 Pemegang watak-watak utama dalam sketsa 'Madah Berhelah'