Thursday, November 1, 2012

MAJLIS MINI KONVOKESYEN UNTUK WANG KEE YONG


PROGRAM : Mini Konvokesyen Pendidikan Khas 
SMK Sultan Omar 2012
TARIKH : 1 November 2012 (Khamis)
TEMPAT : Dewan Saujana Hotel, Dungun
MASA : 10.00 pagi - 12.30 tengahari
MURID YANG DIRAIKAN : Wang Kee Yong


Berikut adalah antara yang menarik sepanjang program yang bersejarah ini  berlangsung:


 Pada tahun ini hanya seorang sahaja murid pendidikan khas SMK Sultan Omar yang  menamatkan persekolahannya (tahun akhir)


Wang Kee Yong - 2012 adalah tahun akhir untuknya menamatkan zaman persekolahan


Hari bersejarah ini dikongsi bersama-sama ayah dan ibu tercinta


Menerima skrol Sijil Tamat Sekolah daripada  Pengetua Cemerlang SMK Sultan Omar - Encik Abd.Rahman Husin sebagai simbolik majlis konvokesyen


 Hadiah istimewa untuk Wang Kee Yong iaitu replika sebuah bas daripada guru-guru pendidikan khas


 Cenderamata daripada kelas PPKI (BP) iaitu bingkai bergambar lukisan batik


 Bergambar kenang-kenangan bersama-sama ayah dan ibu


Hari yang penuh bersejarah ini pasti akan menjadi kenangan terindah buat dirinya


 Merakamkan memori indah ini bersama guru-guru yang tersayang


 Menjamu selera selepas selesai majlis


Wang Kee Yong menjamu selera bersama kawan-kawan


 Berkongsi kegembiraan bersama kawan-kawannya


~ * TAHNIAH ! diucapkan kepada Wang Kee Yong kerana berjaya menamatkan persekolahannya pada tahun ini. Semoga selepas ini beliau akan terus sukses dan bahagia di samping keluarga tersayang...jadilah insan yang berguna dan jangan nakal-nakal ! ~ * ~
 Jangan lupakan kami !