Thursday, July 29, 2010

KEJOHANAN MINI OLAHRAGA DESSO KALI KE-45


PROGRAM : Kejohanan Mini Olahraga DESSO
TARIKH : 29 Julai 2010 (Khamis)
MASA : 8.30 -11.00 pagi
TEMPAT : Mini Stadium DESSO
ACARA YANG DISERTAI : Lari 100 m dan 80 m (Pelajar Pendidikan Khas sahaja)


Berikut adalah antara aksi menarik sepanjang kejohanan :



Bergaya...para peserta acara lari 100 m


Bergambar sebelum menyertai acara yang dipertandingkan (lari 80 m)


Bersemangat untuk menyertai larian


Pantas...para peserta menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi


Bersedia...peserta bagi acara lari 80 m


Masing-masing memberi cabaran untuk memenangi larian ini


Kita minum dulu! Kepenatan selepas menyertai larian 100m dan 80 m


Terima pingat kemenangan - Kategori lari 100 m, Johan - Muhammad Hamirun Hafif b Hassan, Naib Johan - Mohd Arafi b Che Hayusof dan Ketiga - Mohd Hamdan b Che Mat


Tahniah !Para pemenang Kategori lari 80 m. Johan - Mohamad Amiruddin b Wan Yet, Naib Johan - Mohd Rozaidi b Ismail dan Ketiga - Nor Syazana bt Zainal Abidin


Wednesday, July 21, 2010

MAJLIS TEMU MESRA BERSAMA IBU BAPA PPKIBP KALI KE-2


PROGRAM : Majlis Temu Mesra Bersama Ibu Bapa Kali -2
TARIKH : 21 Julai 2010 (Rabu)
MASA : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
TEMPAT : Bilik Mesyuarat DESSO

ATUCARA MAJLIS :
- Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis (Penyelaras PPKIBP)
- Tayangan video aktiviti@program sepanjang bulan Januari-Jun 2010
- Ucapan PK Pentadbiran yang baharu (En. Ruslan b Hj.Ismail)
- Ucapan Pengetua Kanan DESSO
- Tayangan video Lawatan Ke Pulau Langkawi pada Mei 2010
- Penyampaian hadiah dan sijil kepada pelajar & mentor
- Tandatangan Buku Rekod Pencapaian Murid & Laporan RPI oleh ibu bapa
- Jamuan & Bersurai

Berikut adalah antara yang menarik sepanjang majlis berlangsung :


Ucapan daripada Pengetua Kanan DESSO - En.Abdul Rahman b Hussin


Ucapan dan salam perkenalan daripada Penolong Kanan Pentadbiran yang baharu - En.Ruslan b Hj.Ismail


Beri komitmen...Antara para ibu bapa yang hadir memeriahkan majlis


Tahniah...Pelajar Terbaik bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun daripada Kelas Bijak - Mohamad Afzanizam b Mohmad


Anugerah Mentor Terbaik bagi Program Lawatan Bermaklumat ke Pulau Langkawi 2010 - Mohd Khalid Shafie b Ibrahim (Pelajar Tingkatan 4B)


Mohd Rozaidi b Ismail menerima hadiah untuk Anugerah Pelajar Pendidikan Khas Terbaik bagi Program Lawatan Bermaklumat Ke Pulau Langkawi 2010


Sesi menandatangani Buku Pelaporan Kemajuan Pelajar dan Laporan Rancangan Pengajaran Individu (RPI) oleh para ibu bapa


Salah seorang ibu kepada pelajar PPKIBP tekun menandatangi laporan RPI sambil diberikan penjelasan oleh guru


Meneliti setiap laporan dan rekod pencapaian anak



* Terima kasih kepada pihak pengurusan DESSO terutamanya Tuan Pengetua & PK Pentadbiran serta para ibu bapa yang memberi komitmen yang tinggi dalam menjayakan majlis ini.


Friday, July 9, 2010

DEMAM PIALA DUNIA 2010 ... EDISI KHAS


PROGRAM : Perlawanan Bola Sepak Persahabatan
(PPKIBP SMK Sultan Omar vs PPKIBP SMK Pulau Serai)
TARIKH : 08 Julai 2010 (Khamis)
MASA : 9.00 - 10.30 pagi
TEMPAT : Padang SMK Pulau Serai
OBJEKTIF PROGRAM : - Memupuk minat bersukan di kalangan pelajar istimewa
- Mencungkil bakat dan potensi murid
- Mengeratkan hubungan silaturrahim
KEPUTUSAN PERLAWANAN : SMK Sultan Omar - 5
SMK Pulau Serai - 3


Berikut adalah antara aksi menarik sepanjang perlawanan tersebut :


Pasukan PPKIBP SMK Pulau Serai dan SMK Sultan Omar (jersi merah biru) bergambar bersama-sama guru dan rakan-rakan yang lain


Pemain daripada SMK Sultan Omar begitu bersemangat untuk menghasilkan gol


Masing-masing berebut bola...hati-hati jangan sampai dikenakan kad kuning


Aksi menarik oleh pemain SMK Pulau Serai


Masing-masing memberikan saingan yang cukup hebat


Kekurangan diri (fizikal) bukan halangan bagi murid-murid istimewa untuk turut serta dalam sukan yang popular ini


Potensi dan bakat mereka juga setanding dengan murid-murid yang lain


Tahniah kepada pasukan yang menang...apa yang penting adalah nilai persahabatan dan hubungan silaturahim akan lebih erat lagi dengan aktiviti seperti ini



* Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak PPKIBP SMK PULAU SERAI kerana sudi menerima kami sebagai tetamu dan menjadi tuan rumah kepada perlawanan persahabatan ini.
SELAMAT DATANG ke sekolah kami selepas ini...



Tuesday, July 6, 2010

TERAPI BOLING DI U-BOWL , MESRA MALL



HARI : Isnin (05 Julai 2010)
MASA : 10.30 pagi - 12.00 Tengahari
PROGRAM : Terapi Boling
TEMPAT : U-Bowl, Mesra Mall (Kerteh),Kemaman
PENYERTAAN : 17 orang murid PPKIBP SMK Sultan Omar
OBJEKTIF PROGRAM : - Memberi terapi kepada murid-murid berkeperluan khas terutamanya dari segi pergerakan motor halus dan kasar
- Memberi peluang kepada mereka untuk bersosialisasi dengan komuniti luar


Berikut antara aksi-aksi sepanjang program :


Bergambar di hadapan bangunan U-Bowl di Mesra Mall (Kerteh)


Tempat berlangsungnya terapi boling di U-Bowl


Memakai kasut yang sesuai untuk bermain boling


Memerlukan bantuan untuk memakai kasut


Penerangan daripada guru mengenai teknik permainan yang betul


Cara memegang bola dengan betul


Cuba membuat balingan


Terapi boling ini memerlukan kekuatan fizikal seperti jari,tangan dan juga pergerakan kaki


Friday, July 2, 2010

SELESAI MENDUDUKI ...


PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2010


TARIKH : 30 Jun - 01 Julai 2010 (Rabu -Khamis)
SUBJEK : Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris,Pendidikan Islam/Moral,Matematik,Sains Sosial & Alam Sekitar & Kemahiran Hidup
TEMPAT : Blok PPKIBP SMK Sultan Omar


Berikut adalah antara yang sempat dirakamkan sepanjang peperiksaan dijalankan :


Seramai 18 orang terlibat menduduki peperiksaan ini


Masing-masing tekun menjawab soalan yang diberikan


Bersemangat waja...Mohammad Zulhaikal tetap hadir ke sekolah untuk menduduki peperiksaan walaupun sehari sebelumnya di masukkan ke wad kerana kurang sihat


Wang Kee Yong...satu-satunya murid yang menduduki peperiksaan bagi subjek Pendidikan Moral


Menjawab dengan bersungguh-sungguh...Abdullah Amin daripada Kelas Cerdik


Buat yang terbaik...Mohamad Afzanizam daripada Kelas Bijak


Wan Amiruddin...merupakan murid baru turut menduduki peperiksaan ini



ALHAMDULILLAH...SEMUANYA SELESAI!


* Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010 ini sepatutnya dijalankan pada akhir bulan Mei baru-baru ini tetapi telah dianjakkan kepada akhir bulan Jun disebabkan warga PPKIBP terlibat dengan program Lawatan Bermaklumat ke Pulau Langkawi (25-28 Mei 2010)