Wednesday, July 27, 2011

KOMITMEN IBU BAPA PENGARUHI PENCAPAIAN ANAK-ANAK


PROGRAM :
Majlis Temu Mesra Ibu bapa Pelajar Kali Ke-2

TARIKH : 27 Julai 2011 (Rabu)
MASA : 11.30 pagi - 1.30 tengahari
TEMPAT : Blok PPKI SMK Sultan Omar
KEHADIRAN : 23 orang - hadir
4 orang - tidak hadir

ATUCARA MAJLIS : - Taklimat oleh penyelaras
- Soal jawab / dialog dengan ibu bapa
- Penyampaian hadiah untuk pelajar terbaik setiap kelas
- Tandatangan Buku Rekod Pencapaian Pelajar (mengikut kelas)



Berikut adalah antara yang menarik sepanjang perjalanan majlis :


Bukti kehadiran...ibu bapa menulis nama dan tandatangan di dalam buku rekod kehadiran


Kehadiran ibu bapa yang memberangsangkan


Taklimat daripada Penyelaras PPKI - Cikgu Azran Ibrahim


Sesi tandatangan buku rekod pencapaian anak-anak oleh ibu bapa masing-masing


Berbincang dengan guru kelas mengenai tahap pencapaian anak-anak dan masalah-masalah yang berbangkit


Berbincang dari hati ke hati sekurang-kurangnya dapat mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk kebaikan bersama


Puan Fatimah, ibu kepada Shaikh Abdullah b Shaik Ali berbincang dengan Guru Kelas Tekun - Cikgu Wan Aiha


Encik Yusoh @ Abd Halim bapa kepada Nur Yusmira berbincang bersama-sama dengan Guru Kelas Gigih - Cikgu Norul Najihah


Cikgu Azran berbincang sesuatu dengan ibu bapa pelajar


Ibu dan kakak kepada Wang Kee Yong bersama-sama wakil Guru Kelas Cekal - Cikgu Siti Nor Adhhiah




@@ Terima kasih kepada semua ibu bapa pelajar yang hadir pada majlis ini. Komitmen kalian semua menjadi pembakar semangat untuk kami untuk terus berjuang dalam mendidik anak-anak istimewa ini...Semoga kerja buat kita mendapat keredhaanNya.Amin...@@


Wednesday, July 20, 2011

HASIL SENI PELAJAR 2011 (SIRI III)


MATAPELAJARAN :
Pendidikan Seni

TAJUK : Mencorak (Tidak Terancang)
TEKNIK : Marbling @ Pualaman (Membuat corak menggunakan titisan cat minyak atas permukaan air)
BAHAN / ALATAN : Kertas lukisan, air dan cat minyak
KELAS : Tekun & Gigih


TEKNIK MARBLING @ PUALAMAN :

@ Titiskan cat minyak (2 atau lebih pilihan warna) di atas permukaan air
@@ Letakkan kertas di atas permukaan air
@@@ Tarik kertas tersebut setelah cat meresap
@@@@ Keringkan kertas tadi di bawah terik matahari



Berikut adalah proses dan hasil seni marbling @ pualaman yang menarik dihasilkan oleh pelajar :



Cat minyak pelbagai warna digunakan dalam teknik marbling @ pualaman


Air di masukkan ke dalam bekas dan kemudian titiskan cat minyak di permukaannya


Cat minyak yang tidak larut di dalam air akan menghasilkan corak-corak yang menarik di permukaan air


Kemudian telangkupkan kertas lukisan di atas permukaan air dan cat minyak tersebut sehingga meresap


Jemur kertas lukisan tadi di bawah panas terik matahari untuk mengeringkannya


Lebih praktikal dijemur di ampaian untuk mengelakkan daripada habuk atau kotoran melekat di lukisan yang belum kering


Antara hasil seni marbling @ pualaman yang telah berjaya disiapkan oleh pelajar-pelajar Kelas Pintar dan Gigih


Menarik... oleh Mohd Hamdan b Che Mat


Lain daripada yang lain... oleh Mohd Rozaidi b Ismail


Kombinasi 3 warna... oleh Azfar Faqih b Azman


Eksperimentasi warna... oleh Fatin Adyra bt Yusof


Unik...sentuhan seni oleh Mohd Arafi b Che Hayusof


Sunday, July 17, 2011

JAMUAN MAKAN TENGAHARI BERSAMA PENGARAH PELAJARAN : KAMI DIRAIKAN



PROGRAM :
Majlis Meraikan Murid Pendidikan Khas Yang Menjayakan Pentas Istimewa Bersama-sama Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu

TARIKH :
17 Julai 2011 (Ahad)

MASA :
11.30 pagi - 1.30 tengahari

TEMPAT :
Hotel Permai Inn, Kuala Terengganu



TETAMU YANG DIRAIKAN :

- Murid-murid Pendidikan Khas yang telah membuat persembahan pentas (12 buah sekolah)
- Guru-guru Pembimbing Pentas Istimewa
2011
- Guru-guru JU Muzik negeri yang telah menjayakan Pentas Istimewa 2011


Berikut adalah antara yang menarik sepanjang program tersebut :


Meraikan mereka yang menjayakan Pentas Istimewa yang berlangsung pada 21 Jun 2011 lepas di Dewan Wisma Darul Iman


Ketibaan tetamu kehormat dan para jemputan


Ucapan daripada Pengarah Pelajaran JPNT - EncikRazali b Daud


Semua peserta, guru pembimbing dan tenaga produksi yang menjayakan Pentas Istimewa 2011 menerima sijil penghargaan daripada pihak JPNT


Salah seorang murid PPKI SMK Sultan Omar menerima sijil penghargaan daripada Pengarah Pelajaran JPNT


Sijil Penghargaan dan Cenderamata (Tafsir Al-Quran - untuk guru)


Beratur mengambil makanan selepas selesai majlis penyampaian sijil dan cenderamata


Semuanya diraikan di dalam majlis jamuan makan tengahari


Menjamu selera...Rezeki jangan ditolak


Kumpulan guru-guru pembimbing PPKI SMK Sultan Omar dan SMK Pulau Serai


Bergambar tanda kenang-kenangan


Wednesday, July 13, 2011

KOLABORASI : PROGRAM BERSAMA PELAJAR 1 EMERALD & 1 OBSODIAN



PROGRAM : Lawatan Muhibbah dan Gotong Royong Pelajar Aliran Perdana (Tingkatan 1) ke Blok PPKI SMK Sultan Omar
TARIKH : 11 Julai 2011 (Isnin)
MASA : 7.40 pagi - 9.00 pagi
TEMPAT : Blok PPKI
KELAS TERLIBAT : Kelas 1 Emerald & 1 Obsodian
JUMLAH : 55 orang
MATAPELAJARAN : Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan (PSK)
GURU MATEPELAJARAN PSK : Puan Fauziah Ali


Berikut adalah antara yang menarik sepanjang program berlangsung :


Mengeratkan hubungan silaturrahim...Kolabrasi antara pelajar-pelajar pendidikan khas dengan pelajar-pelajar daripada aliran perdana


Taklimat dan penerangan mengenai Program Pendidikan Khas Integrasi oleh Cikgu Azran - Penyelaras PPKI SMK Sultan Omar


Melawat sudut-sudut yang terdapat di Blok PPKI


Menambah pengetahuan...pelbagai info yang diperolehi oleh mereka dengan kolabrasi ini


Ringan tulang...menolong mengemas dan menceriakan Bilik Pengurusan Diri


Aktiviti luar kelas...bersama-sama membantu membersihkan kebun untuk Projek Bumi Hijau


Tekun...melihat demonstrasi menyemai anak pokok cili oleh Cikgu Siti Zuraidah


Membantu menyemai anak-anak pokok cili di atas batas


Guru matapelajaran PSK - (Puan Fauziah Ali) turut sama-sama menyemai anak pokok cili


Inilah hasilnya...anak-anak pokok cili yang berjaya disemai



>>> Terima kasih daun keladi kepada guru matapelajaran PSK, Puan Fauziah Ali dan juga pelajar-pelajar dari Kelas 1 Emerald & 1 Obsodian yang telah sudi datang dan membuat khidmat bakti di Blok PPKI. Jasa kalian kami hargai...<<<


Friday, July 8, 2011

RIADAH DI RIMBA BANDAR BUKIT BAUK


AKTIVITI : Riadah dan Rekreasi
TEMPAT : Rimba Bandar Bukit Bauk, Dungun
TARIKH : 7 Julai 2011 (Khamis)
MASA : 8.30 pagi - 11.30 pagi


Berikut adalah antara yang menarik sepanjang aktiviti tersebut :


Doa dibaca sebelum memulakan perjalanan


Bergambar beramai-ramai di hadapan pintu gerbang Rimba Bandar Bukit Bauk


Seronok dapat beriadah bersama-sama


Bersemangat meneruskan perjalanan yang di kelilingi kehijauan flora


Antara aktiviti yang dijalankan ketika berada di dataran


'Tol duduk' permainan yang mengisi masa riadah kami


Cepat lari !!!


Cikgu-cikgu pun turut bermain bersama-sama pelajar


Penat ke?


Menuruni bukit selepas menjalankan aktiviti riadah di dataran Rimba Bandar Bukit Bauk