Wednesday, July 20, 2011

HASIL SENI PELAJAR 2011 (SIRI III)


MATAPELAJARAN :
Pendidikan Seni

TAJUK : Mencorak (Tidak Terancang)
TEKNIK : Marbling @ Pualaman (Membuat corak menggunakan titisan cat minyak atas permukaan air)
BAHAN / ALATAN : Kertas lukisan, air dan cat minyak
KELAS : Tekun & Gigih


TEKNIK MARBLING @ PUALAMAN :

@ Titiskan cat minyak (2 atau lebih pilihan warna) di atas permukaan air
@@ Letakkan kertas di atas permukaan air
@@@ Tarik kertas tersebut setelah cat meresap
@@@@ Keringkan kertas tadi di bawah terik matahari



Berikut adalah proses dan hasil seni marbling @ pualaman yang menarik dihasilkan oleh pelajar :



Cat minyak pelbagai warna digunakan dalam teknik marbling @ pualaman


Air di masukkan ke dalam bekas dan kemudian titiskan cat minyak di permukaannya


Cat minyak yang tidak larut di dalam air akan menghasilkan corak-corak yang menarik di permukaan air


Kemudian telangkupkan kertas lukisan di atas permukaan air dan cat minyak tersebut sehingga meresap


Jemur kertas lukisan tadi di bawah panas terik matahari untuk mengeringkannya


Lebih praktikal dijemur di ampaian untuk mengelakkan daripada habuk atau kotoran melekat di lukisan yang belum kering


Antara hasil seni marbling @ pualaman yang telah berjaya disiapkan oleh pelajar-pelajar Kelas Pintar dan Gigih


Menarik... oleh Mohd Hamdan b Che Mat


Lain daripada yang lain... oleh Mohd Rozaidi b Ismail


Kombinasi 3 warna... oleh Azfar Faqih b Azman


Eksperimentasi warna... oleh Fatin Adyra bt Yusof


Unik...sentuhan seni oleh Mohd Arafi b Che Hayusof


No comments:

Post a Comment