Thursday, September 29, 2011

JOHAN PERTANDINGAN TARIAN 1 MALAYSIA (PENDIDIKAN KHAS) PERINGKAT NEGERI TERENGGANU


PROGRAM : Pertandingan Tarian 1 Malaysia Pendidikan Khas 2011
(Saringan Akhir) Peringkat Negeri Terengganu
TARIKH : 29 September 2011 (Khamis)
MASA : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
TEMPAT : Dewan SMK Ibrahim Fikri, Kuala Terengganu


Berikut adalah antara yang menarik sepanjang pertandingan berlangsung :


Di sebalik tabir... tiga orang penari ini sempat berposing selepas siap didandan dan dimake-up


Mewakili pelbagai etnik Sabah dan Sarawak


12 orang peserta tarian PPKIBP SMK Sultan Omar, Dungun


Para pelajar yang tidak terlibat (berbaju biru) turut hadir memberi semangat kepada kawan-kawan yang membuat persembahan


Berdebar-debar menunggu giliran


Persembahan Tarian Citratari daripada PPKIBP SMK Sultan Omar


Menampilkan ketangkasan Pahlawan Melayu


Gabungan tarian pelbagai kaum di Malaysia


Menarik...persembahan tarian daripada PPKIBP SMK Bukit Besar, Kuala Terengganu


Meriah...persembahan tarian daripada PPKIBP/BD SMK Tembila, Besut



@@ ALHAMDULILLAH...SYUKUR DI ATAS KEJAYAAN INI @@



@>--- TAHNIAH & SYABAS kepada warga PPKIBP SMK Sultan Omar yang telah berjaya menjadi johan dan akan mewakili Terengganu ke peringkat kebangsaan November 2011 nanti...@>---


Sunday, September 25, 2011

PEMERIKSAAN TELINGA OLEH PEGAWAI PUSAT PERKHIDMATAN PENDIDIKAN KHAS (3PK)


PROGRAM : Pemeriksaan Salur Telinga Untuk Pelajar Pendidikan Khas
TARIKH : 25 September 2011 (Ahad)
MASA : 8.00 pagi - 12.00 tengahari
TEMPAT : Blok PPKIBP SMK Sultan Omar
OBJEKTIF : - Mengenalpasti pelajar yang mempunyai masalah pendengaran
- Menyampaikan maklumat yang berkaitan kepada warga pendidikan khas
PEGAWAI : Puan Rasidah bt Ismail (Penolong Pengarah, Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK Terengganu)
DIBANTU : Mohd Sabri b Moh Musedek (Audiolab Hearing Care Center, Kuala Terengganu)



Berikut adalah antara yang menarik sepanjang program :


Puan Rasidah sedang memberi taklimat ringkas kepada para pelajar


Semua pelajar diperiksa telinga oleh pegawai 3PK Terengganu - Puan Rasidah Ismail


Bersoal jawab dengan pelajar di samping menguji tahap pendengaran mereka


Menggunakan alat khas yang dapat menguji tahap pendengaran di samping dapat mengetahui keadaan telinga luar, saluran telinga dan gegendang telinga


Aksi takut salah seorang pelajar apabila tiba giliran telinganya diperiksa


Pemeriksaan telinga juga dibantu oleh pegawai daripada Audiolab Hearing Care Center, Kuala Terengganu


Pegawai juga menguji pelajar dengan menggunakan kaedah lisan untuk mengetahui tahap pendengaran mereka


Pelajar yang mempunyai masalah pendengaran yang berkaitan akan diberikan ubat titis (masalah ringan), manakala tindakan susulan akan diambil untuk pelajar yang dikenalpasti mempunyai masalah pendengaran yang serius


Puan Rasidah Ismail bergambar bersama-sama dengan guru-guru PPKIBP SMK Sultan Omar


@@ Terdapat seorang pelajar telah dikenalpasti mempunyai masalah pendengaran yang agak serius dan tindakan susulan akan diambil bagi memastikan hak dan peluangnya untuk belajar akan lebih baik dan terjamin selepas ini @@



@>--- Terima Kasih Daun Keladi kepada pihak 3PK Terengganu dan Audiolab Hearing Care Center yang telah menjayakan program ini ---<@


Wednesday, September 14, 2011

RUMAH TERBUKA @ JAMUAN RAYA AIDILFITRI ISTIMEWA


PROGRAM :
Rumah Terbuka @ Jamuan Raya Aidilfitri Pendidikan Khas
DESSO
TARIKH : 13 September 2011 (Selasa)
MASA : 10.00 pagi - 12.30 tengahari
TEMPAT : Perkarangan Blok PPKI
JEMPUTAN : Semua Guru & Staf DESSO serta ibu bapa pelajar (200 orang)
JUADAH ISTIMEWA :
~ Mihun sotong ~
~ Mee goreng ayam ~
~ Colek @ rojak buah ~
~ Rendang ayam ~
~ Ketupat palas ~
~ Tapai ~


Berikut adalah antara yang menarik sepanjang majlis tersebut :


Diserbu...seawal jam 9.00 pagi lagi rumah terbuka PPKI telah didatangi para jemputan


Tuan pengetua, Encik Abdul Rahman Hussin sudi meluangkan masa untuk menghadiri jamuan ini


Antara juadah yang disediakan ...termasuklah biskut raya, kek dan juga kuih muih


Menjamu selera...antara jemputan yang hadir memeriahkan majlis


Jamuan raya PPKI merupakan acara tahunan yang sentiasa dinanti-nantikan oleh warga DESSO


Rezeki...terima duit raya daripada Ketua Bidang Kerohanian - Puan Maizatul Akmaliah


Bersalam-salaman dengan para jemputan...termasuklah dengan Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Ruslan Hj Ismail


Warna sedondon...sempat lagi bergambar bersama-sama kawan yang berbaju ungu


Kenangan aidilfitri...bergambar bersama-sama dengan pihak pengurusan DESSO



@@ Terima Kasih Daun Keladi kepada semua jemputan yang hadir dan bersama-sama memeriahkan majlis pada kali ini. Panjang umur dan dimurahkan rezeki kita jumpa lagi di tahun hadapan. InsyaAllah. @@


Friday, September 9, 2011

JAMUAN RAYA DI PRIMULA BEACH HOTEL


PROGRAM :
Majlis Jamuan Teh Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2011

TARIKH : 8 September 2011 (Khamis)
MASA : 2.00 - 4.00 petang
TEMPAT : Primula Beach Hotel (Dewan Gamelan II), Kuala Terengganu
PENGANJUR : PRIMULA BEACH HOTEL
JEMPUTAN : Warga PPKI dan SKPK terpilih (12 buah sekolah)
VVIP : Pengurus Primula Beach Hotel (Encik Mazuki Hashim), Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas JPNT, (Tuan Hj Ngah b Bidin) , staf-staf hotel, pegawai-pegawai JPNT, wakil pengurusan sekolah dan wakil media



Berikut adalah antara yang menarik sepanjang majlis berlangsung :


Warga PPKI SMK Sultan Omar antara yang terpilih menghadiri majlis ini


Gembira dan ceria...barisan guru-guru dan pelajar-pelajar PPKI SMK Sultan Omar


Wakil pihak pengurusan SMK Sultan Omar - Encik Ruslan b Hj Ismail (PK Pentadbiran) - dua dari kanan turut serta dalam majlis ini


Mood raya...nyanyian lagu-lagu raya oleh pelajar pendidikan khas


Segak dan bergaya...dua orang pelajar pendidikan khas PPKI SMK Sultan Omar yang berbangsa cina iaitu Wang Kee Yong dan Sing King Hong gembira dapat menyertai majlis ini


Berselera...masing-masing menikmati hidangan yang disediakan


Meriah...sambil menikmati hidangan, para hadirin turut dipersembahkan dengan pelbagai persembahan nyanyian,tarian,sketsa dan banyak lagi oleh para pelajar pendidikan khas


Rezeki Syawal...pihak pengurusan hotel turut memberi duit raya kepada para pelajar


Bersalam-salaman...di akhir majlis semua hadirin bersalam-salaman dengan pengurusan dan staf Primula Beach Hotel - Encik Mazuki Hashim (Pengurus) - berkot coklat


Bergambar kenang-kenangan bersama-sama dengan PK Pentadbiran DESSO -En.Ruslan b Hj.Ismail(berbaju batik coklat)



@>----- Terima kasih daun keladi kepada pihak pengurusan Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu yang telah menjemput kami menghadiri majlis tersebut...Budi Yang Baik Dikenang Jua -----<@