Sunday, September 25, 2011

PEMERIKSAAN TELINGA OLEH PEGAWAI PUSAT PERKHIDMATAN PENDIDIKAN KHAS (3PK)


PROGRAM : Pemeriksaan Salur Telinga Untuk Pelajar Pendidikan Khas
TARIKH : 25 September 2011 (Ahad)
MASA : 8.00 pagi - 12.00 tengahari
TEMPAT : Blok PPKIBP SMK Sultan Omar
OBJEKTIF : - Mengenalpasti pelajar yang mempunyai masalah pendengaran
- Menyampaikan maklumat yang berkaitan kepada warga pendidikan khas
PEGAWAI : Puan Rasidah bt Ismail (Penolong Pengarah, Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK Terengganu)
DIBANTU : Mohd Sabri b Moh Musedek (Audiolab Hearing Care Center, Kuala Terengganu)



Berikut adalah antara yang menarik sepanjang program :


Puan Rasidah sedang memberi taklimat ringkas kepada para pelajar


Semua pelajar diperiksa telinga oleh pegawai 3PK Terengganu - Puan Rasidah Ismail


Bersoal jawab dengan pelajar di samping menguji tahap pendengaran mereka


Menggunakan alat khas yang dapat menguji tahap pendengaran di samping dapat mengetahui keadaan telinga luar, saluran telinga dan gegendang telinga


Aksi takut salah seorang pelajar apabila tiba giliran telinganya diperiksa


Pemeriksaan telinga juga dibantu oleh pegawai daripada Audiolab Hearing Care Center, Kuala Terengganu


Pegawai juga menguji pelajar dengan menggunakan kaedah lisan untuk mengetahui tahap pendengaran mereka


Pelajar yang mempunyai masalah pendengaran yang berkaitan akan diberikan ubat titis (masalah ringan), manakala tindakan susulan akan diambil untuk pelajar yang dikenalpasti mempunyai masalah pendengaran yang serius


Puan Rasidah Ismail bergambar bersama-sama dengan guru-guru PPKIBP SMK Sultan Omar


@@ Terdapat seorang pelajar telah dikenalpasti mempunyai masalah pendengaran yang agak serius dan tindakan susulan akan diambil bagi memastikan hak dan peluangnya untuk belajar akan lebih baik dan terjamin selepas ini @@



@>--- Terima Kasih Daun Keladi kepada pihak 3PK Terengganu dan Audiolab Hearing Care Center yang telah menjayakan program ini ---<@


No comments:

Post a Comment