Friday, March 25, 2011

HASIL KERJA SENI PELAJAR 2011 (SIRI I)



MATAPELAJARAN : Pendidikan Seni
TAJUK : Mencorak (Secara Bebas)
TEKNIK : Mencorak Menggunakan Benang
BAHAN / ALATAN : Kertas lukisan, Warna air dan Benang
KELAS : Tekun & Gigih


Berikut adalah antara hasil kerja pelajar yang terpilih :


Menghasilkan corak yang menarik menggunakan teknik 'menarik benang'


Hasil seni yang kreatif


Menarik walaupun coraknya agak ringkas


Pelbagai corak dapat dihasilkan


Menghasilkan corak abstrak


Pilihan warna yang sesuai akan menghasilkan hasil kerja seni yang menarik


Unik


Antara aktiviti yang menyeronokkan pelajar di samping dapat mencungkil bakat seni mereka


Thursday, March 10, 2011

PERLAWANAN BOLA SEPAK PERSAHABATAN


PROGRAM : Perlawanan Bola Sepak Persahabatan antara PPKI SMK Sultan Omar VS PPKI SMK Seri Paka
TARIKH :
10 Mac 2011 (Khamis)

MASA : 8.45 pagi - 10.00 pagi
TEMPAT :
Padang SMK Sultan Omar

KEPUTUSAN PERLAWANAN :
PPKI SMKSO - 7 PPKI SMKSP - 3



Berikut adalah antara aksi-aksi menarik sepanjang perlawanan tersebut :



Taklimat mengenai peraturan permainan oleh Cikgu Azran - Penyelaras PPKI SMK Sultan Omar


Kerjasama daripada mentor sebagai pengadil perlawanan dan penjaga garisan


Aksi 2 pasukan sebelum memulakan perlawanan


Keadaan cuaca yang amat baik...


Perlawanan persahabatan ini akan dapat memupuk semangat kesukanan di kalangan para pelajar


Alamak ! Masuk gol sendiri ke?


Cubaan untuk menjaringkan gol


Pasukan pelawat memberi tentangan yang hebat dalam perlawanan ini


Mesti masuk gol kali ni...


Wakil pelajar PPKI SMK Seri Paka, Mohd Shamsul menerima hamper daripada guru PPKI SMK Sultan Omar, Cikgu Siti Nor Adhhiah


Wakil pelajar PPKI SMK Sultan Omar, Muhammad Hamirun Hafif menerima hamper daripada Guru Penyelaras PPKI SMK Seri Paka, Cikgu Wan Nor Haslina


Kita makan dulu...menjamu selera selepas tamat perlawanan bola sepak persahabatan


Barisan mentor (pelajar aliran perdana - Tingkatan 4) yang banyak membantu menjayakan program hari ini



@@ Terima kasih kepada semua pihak yang telah sama-sama menjayakan program ini. Nantikan kunjungan balas kami nanti ! @@


Sunday, March 6, 2011

PROJEK USAHAWAN MUDA : JUAL AISKRIM


PROGRAM :
Menjual aiskrim dan buah-buahan sempena Kejohanan Olahraga MSSM Dungun Kali ke-42

TARIKH :
28 Februari - 3 Mac 2011 ( Isnin - Khamis)

TEMPAT :
Padang SMK Sultan Omar

OBJEKTIF : - Memberi kemahiran mengenai proses jual beli secara langsung kepada para pelajar
- Melatih pelajar untuk bekerjasama dengan rakan-rakan

- Memupuk minat untuk menjadi usahawan
- Memberi pengalaman berguna sebagai persediaan di alam kerjaya selepas tamat sekolah


Berikut adalah antara yang menarik sepanjang program tersebut :



Suasana di sekitar tapak jualan


Sibuk melayan pelanggan di gerai jualan


Program ini sekurang-kurangnya dapat memberi pendedahan awal dalam dunia keusahawanan


Mendapat sambutan yang amat menggalakan daripada pengunjung kejohanan


Para atlit tidak melepaskan peluang untuk mencuba aiskrim yang dijual dengan pelbagai perisa


Hasil jualan ini akan dimasukkan ke dalam Tabung Kelab KIST ( Kasih Istimewa) untuk membiayai aktiviti-aktiviti lain


Projek Usahawan Muda ini akan diteruskan lagi untuk memberi kemahiran keusahawanan kepada para pelajar


Friday, March 4, 2011

BBQ : SANTAI DI PANTAI BATU PELANDUK


PROGRAM : Riadah dan Rekreasi serta BBQ
TEMPAT : Pantai Batu Pelanduk, Kuala Abang, Dungun
HARI : Khamis
MASA : 8.30 pagi - 1.00 petang


Berikut adalah antara yang menarik sepanjang program tersebut :


Cantik...pemandangan di Pantai Batu Pelanduk, Dungun


Enam orang puteri PPKI...memberi pose istimewa



Bersantai bersama-sama dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain


BBQ - antara aktiviti yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh warga PPKI


Seronoknya dapat sama-sama membakar ayam


Guru-guru juga tidak ketinggalan membakar ayam


Sempat lagi bermain 'skipping' dengan kawan-kawan


Guru dan pelajar mengisi masa terluang dengan bermain bola tampar pantai


Berselera...makan tengahari di tepi pantai yang nyaman dan indah...


Guru-guru tidak melepaskan peluang untuk menjamu selera selepas penat membakar ayam dan sotong


Wednesday, March 2, 2011

MAJLIS TEMU MESRA IBU BAPA & GURU PENDIDIKAN KHAS 2011



PROGRAM : Majlis Temu Mesra Pendidikan Khas SMK Sultan Omar 2011
TARIKH : 02 Mac 2011 (Rabu)
MASA : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
TEMPAT : Blok PPKI


Berikut adalah antara yang menarik sepanjang program tersebut :


Berbakat - Nor Syazana binti Zainal Abidin iaitu salah seorang pelajar PPKI - diberi peluang untuk menjadi Pengerusi Majlis di dalam program ini


Ucapan alu-aluan daripada wakil pengurusan sekolah iaitu Encik Roslan bin Haji Ismail (PK Pentadbiran)


Ucapan dan penerangan daripada Cikgu Azran Ibrahim selaku Penyelaras PPKI SMK Sultan Omar kepada para hadirin


Khusyuk mendengar penerangan mengenai perancangan aktiviti-aktiviti bagi tahun 2011


Berkongsi idea dan pendapat antara guru-guru dan para ibu bapa. Turut hadir ialah ayahanda pengetua iaitu Encik Abdul Rahman bin Husin


* Terima kasih kepada semua pihak terutamanya para ibu bapa yang telah menghadiri majlis ini.