Thursday, November 1, 2012

MAJLIS MINI KONVOKESYEN UNTUK WANG KEE YONG


PROGRAM : Mini Konvokesyen Pendidikan Khas 
SMK Sultan Omar 2012
TARIKH : 1 November 2012 (Khamis)
TEMPAT : Dewan Saujana Hotel, Dungun
MASA : 10.00 pagi - 12.30 tengahari
MURID YANG DIRAIKAN : Wang Kee Yong


Berikut adalah antara yang menarik sepanjang program yang bersejarah ini  berlangsung:


 Pada tahun ini hanya seorang sahaja murid pendidikan khas SMK Sultan Omar yang  menamatkan persekolahannya (tahun akhir)


Wang Kee Yong - 2012 adalah tahun akhir untuknya menamatkan zaman persekolahan


Hari bersejarah ini dikongsi bersama-sama ayah dan ibu tercinta


Menerima skrol Sijil Tamat Sekolah daripada  Pengetua Cemerlang SMK Sultan Omar - Encik Abd.Rahman Husin sebagai simbolik majlis konvokesyen


 Hadiah istimewa untuk Wang Kee Yong iaitu replika sebuah bas daripada guru-guru pendidikan khas


 Cenderamata daripada kelas PPKI (BP) iaitu bingkai bergambar lukisan batik


 Bergambar kenang-kenangan bersama-sama ayah dan ibu


Hari yang penuh bersejarah ini pasti akan menjadi kenangan terindah buat dirinya


 Merakamkan memori indah ini bersama guru-guru yang tersayang


 Menjamu selera selepas selesai majlis


Wang Kee Yong menjamu selera bersama kawan-kawan


 Berkongsi kegembiraan bersama kawan-kawannya


~ * TAHNIAH ! diucapkan kepada Wang Kee Yong kerana berjaya menamatkan persekolahannya pada tahun ini. Semoga selepas ini beliau akan terus sukses dan bahagia di samping keluarga tersayang...jadilah insan yang berguna dan jangan nakal-nakal ! ~ * ~
 Jangan lupakan kami !


Tuesday, October 23, 2012

KONGSI ILMU & PENGALAMAN BERSAMA WARGA SK TEPUS


PROGRAM : Lawatan Muhibbah & Bermaklumat Ke SK Tepus
TEMPAT : SK Tepus, Bukit Besi, Dungun (Sekolah Kurang Murid- SKM)
TARIKH : 22 Oktober 2012 (Isnin)
MASA : 8.30 pagi - 1.30 tengahari
JUMLAH PESERTA : - 35 orang murid PPKI
- 5 orang Guru
-2 orang PPM


Berikut adalah antara yang menarik sepanjang program :


Hujan yang turun sejak dari awal pagi tidak menghalang rombongan kami untuk datang ke SK Tepus



Kami diraikan dengan menjamu selera terlebih dahulu di kantin (sarapan pagi)



Kedatangan kami dialu-alukan oleh semua warga SK Tepus



Ucapan daripada Penyelaras PPKI (BP) SMK Sultan Omar - Cikgu Azran



Taklimat daripada Guru Besar SK Tepus - Encik Azmi b A.Bakar




Cikgu Azan menerima cenderahati untuk PPKI sebagai tanda kenang-kenangan daripada guru besar



Bertukar-tukar cenderahati - Encik Azmi menerima plak (hasil kraftangan murid PPKI) yang disampaikan oleh Cikgu Azran



PK 1 - Encik Roslan b Taib



PK HEM - Encik Suri Sham b Mamat



PK KOKU - Encik Zamri Izuan b Hasan



Wakil murid daripada Kelas Pemulihan Khas menerima hamper daripada wakil guru PPKI - Pn. Siti Nor Adhhiah Mustafa



Setiap murid daripada Kelas Pemulihan Khas turut menerima cenderahati daripada pihak kami (seramai 4 orang)



Cantik...pemandangan di sekitar kawasan kelas dan pejabat pentadbiran



Projek fertigasi - musim kedua yang ditanam dengan anak-anak pokok cili dan terung
(Musim pertama- pokok timun)



 Penerangan daripada Cikgu Nik Sabri mengenai  teknik dan proses tanaman fertigasi



 Cuba buat sendiri - murid menggaul sabut kelapa yang dimasukkan ke dalam polybag yang dibimbing oleh Cikgu Muhammad Khairil dan Cikgu Zamri




Jinak....kambing ternakan yang diberi makan oleh salah seorang murid PPKI -Wang Kee Yong



Gambar kenang-kenangan bersama warga SK Tepus dan PPKI SMK Sultan Omar



~ * ~ *  TERIMA KASIH DAUN KELADI kepada warga SK Tepus yang telah sudi menerima kunjungan kami pada kali ini. Banyak pengalaman dan ilmu yang dapat kami perolehi sepanjang program ini. Semoga SK Tepus terus cemerlang !!!! * ~ * ~


- KITA JUMPA LAGI -


Thursday, October 18, 2012

PERTANDINGAN MEMASAK - MI GORENG ISTIMEWA


PROGRAM : Pertandingan Memasak (Sarapan pagi)
TARIKH : 25 September 2012 (Selasa)
MASA : 8.00 pagi - 10.00 pagi
MENU : - Mi Goreng Basah
- Mi Goreng Mamak
- Teh O Ais
- Teh O Panas
- Sunquick Laici Ais

Berikut adalah antara yang menarik sepanjang pertandingan berlangsung :


Tempat pertandingan - di perkarangan blok PPKI


Persediaan  sebelum memasak - memotong sayur-sayuran dan bahan-bahan lain


Setiap kumpulan bertungkus lumus untuk menyediakan bahan-bahan untuk menggoreng mi


Wakil Kumpulan 1 sedang tekun menumis bawang dan cili


Wakil Kumpulan 2


Bekerjasama antara ahli Kumpulan 5


Masing-masing menunjukkan bakat dan minat dalam pertandingan ini


Mi Goreng Basah


Menjadi ke Mi Goreng Mamak ni ?


Kumpulan 3


Kumpulan 4


Kumpulan 6


Mi Goreng Mamak - Kumpulan 1


Mi Goreng Basah - Kumpulan 2


Mi Goreng Mamak - Kumpulan 3


Mi Goreng Basah - Kumpulan 4


Mi Goreng Basah - Kumpulan 5


Mi Goreng Biasa - Kumpulan 6


Hasil masakan yang telah siap dihias bersama dengan air minuman


Barisan guru menjadi juri untuk menentukan kumpulan yang menang dalam pertandingan ini


* Tahniah kepada Kumpulan 1 yang memenangi pertandingan kali ini.