Sunday, August 28, 2011

KUIH RAYA ISTIMEWA


PROGRAM : Membuat Kuih Raya Istimewa
MINGGU : Minggu Ke -2 dan Ke -3 Ramadan
MASA : 10.00 pagi - 12.30 tengahari
PENYERTAAN : Semua pelajar PPKI

JENIS KUIH RAYA :


@ Chocolate Rice
@ Putu Kacang Hijau
@ Buah Rotan
@ Kacang Bersalut Rempah


Berikut adalah antara yang menarik sepanjang program tersebut :


Rajin...masing-masing membantu membuat kuih raya


Membuat putu kacang hijau menggunakan acuannya


Jemur...selain dibakar, putu kacang juga boleh dijemur dibawah panas terik matahari


Menggoreng kacang bersalut tepung berempah


Menggentel adunan tepung pulut kecil-kecil untuk dijadikan kuih buah rotan


Menggoreng kuih buah rotan yang telah disalut dengan bijan


Biskut Chocolate Rice


Putu Kacang Hijau


Kacang Bersalut Rempah


Buah Rotan


Siap untuk dibungkus !


Penyelaras PPKI , Cikgu Azran mengagihkan kuih raya yang dibuat kepada semua pelajar PPKI


Wakil guru perempuan, Cikgu Siti Adhhiah menyampaikan kuih raya kepada pelajar


Semuanya gembira di hari terakhir sekolah sebelum bercuti raya !



@>--- SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI ---<@
Maaf Zahir & Batin


Wednesday, August 24, 2011

KAD RAYA ISTIMEWA


KAD RAYA ISTIMEWA UNTUK GURU-GURU TERSAYANG



Kreatif...replika ketupat untuk guru-guru dan rakan-rakan tersayang daripada Wang Kee Yong


Warna-warni...muka depan kad ucapan untuk guru


Bahagian dalam...ucapan daripada Mohd Hazriq b Ishak untuk guru-guru tersayang


Menarik...hasil kreatif pelajar


Dari hati...ucapan ikhlas daripada Abdullah Amin b Abdul Aziz


Kreativiti tersendiri...kad ucapan daripada Mohd Zulhaikal b Mat Othman


Istimewa Buat Guruku...daripada Nor Syazana bt Zainal Abidin


Kad Ucapan daripada Mohd Arafi b Che Hayusof


Buat Sendiri...Kad ucapan daripada Wan Amiruddin b Wan Mohd Asri


Istimewa daripada warga PPKI untuk pihak pengurusan, guru-guru dan staff DESSO



@@@ Terima kepada semua pelajar PPKI yang telah memberi kad-kad ucapan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri kepada kami guru-guru PPKI...Maaf Zahir & Batin @@@


Friday, August 19, 2011

AKTIVITI KEROHANIAN SEPANJANG BULAN RAMADAN


PROGRAM :
Pengisian Aktiviti Kerohanian Sepanjang Bulan Ramadan

MINGGU : Minggu Pertama - Minggu Ketiga sepanjang Ramadan
TEMPAT : Blok PPKI

ANTARA PENGISIAN PROGRAM :
@ Tadarus Al-Quran
@ Amali Wuduk dan Solat
@ Tazkirah
@Kuiz


Berikut adalah antara yang menarik sepanjang program berlangsung :


Semua murid terlibat dengan aktiviti tadarus Al-Quran dengan bimbingan guru-guru PPKI


Amali wuduk...guru menunjuk cara mengambil wuduk dengan betul


Ingat semula...mempraktikkan apa yang diajar oleh guru sebelum ini


Ceramah atau tazkirah oleh ustaz jemputan iaitu Ustaz Razduan


Tekun...mendengar tazkirah yang disampaikan oleh ustaz


Setiap hari Khamis sepanjang bulan Ramadan ini Ustaz Radzuan akan memberi tazkirah kepada warga PPKI


Tazkirah yang disampaikan merangkumi perkara-perkara Fardhu Ain yang sangat penting dalam kehidupan seharian


Wakil pelajar menyampaikan cenderahati kepada Ustaz Radzuan sebagai tanda terima kasih warga PPKI atas khidmat yang diberikan


Monday, August 15, 2011

REZEKI RAMADAN : TAJAAN BERBUKA PUASA DI RESIDENCE INN RESORT


PROGRAM :
Majlis Berbuka Puasa (Tajaan Kali Ke-2)

TARIKH : 14 Ogos 2011 (Ahad)
TEMPAT : Residence Inn Resort, Paka
MASA : 6.00 petang - 8.30 malam
PENAJA : LAN CANOPY PLANET SDN.BHD & RAKAN-RAKAN


Berikut adalah antara yang menarik sepanjang majlis tersebut :


Seronoknya...para pelajar dan guru di dalam perjalanan ke majlis tersebut di Paka


Berkumpul...semua pelajar iaitu seramai 27 orang bersama-sama 7 orang guru menghadiri majlis ini


Rezeki jangan ditolak...para pelajar berbuka puasa di Residence Inn Resort sama seperti tahun 2010 yang ditaja oleh pihak yang sama


Pelajar bukan muslim juga turut serta dalam majlis ini (tiga orang pelajar berbangsa cina)


Berselera menjamu selera


Pihak penaja menyampaikan hamper kepada setiap pelajar


Masing-masing gembira mendapat hadiah hamper raya


Hadiah penghargaan daripada pihak PPKI kepada pihak penaja



@>--- Terima kasih daun keladi kepada pihak penaja yang telah mejemput kami menghadiri majlis berbuka puasa pada kali ini...Semoga Allah memberkati segala jasa baik kalian semua ---<@


Thursday, August 11, 2011

MERIAHNYA BERBUKA PUASA BERAMAI-RAMAI DI KELAS PPKI


PROGRAM :
Majlis Berbuka Puasa PPKI (BP) SMKSO

TARIKH : 10 Ogos 2011 (Rabu)
MASA : 4.00 petang - 9.00 malam
TEMPAT : Blok PPKI
KEHADIRAN : 25 orang pelajar ( 2 orang tidak hadir)
MENU : Nasi putih, ayam masak merah, ikan bakar, telur dadar,sup sayur campur,sambal belacan,telur masin,kurma, buah-buahan ,kuih muih dan air sirap bandung cincau


Berikut adalah antara yang menarik sepanjang program:


Penyediaan bahan...guru-guru dibantu para pelajar menyediakan bahan-bahan untuk dimasak nanti


Sibuk...Cikgu Maria sedang menumis untuk resepi ayam masak merah


Rajin...mengoreng ayam untuk juadah berbuka puasa nanti


Ringan tulang...membantu guru membuat telur dadar


Menyelerakan...ikan yang siap untuk dibakar


Ikan Cencaru Bakar Special...antara juadah istimewa hari ini


Buah dan kuih muih yang disediakan sebagai pencuci mulut


Guru-guru sibuk menghidangkan juadah berbuka puasa


Saat-saat yang dinantikan...bersama-sama mengaminkan doa berbuka puasa


Meriah...berbuka puasa beramai-ramai dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim


Seronok...berpeluang bermain tanglung selepas kenyang berbuka puasa


Nostalgia zaman kanak-kanak...Cikgu Jihah bersama-sama pelajar yang seronok bermain tanglung