Saturday, July 21, 2012
LAWATAN KE SARAWAK : UNIK & MENARIK (PART V)
Sepanjang berada di Kuching, Sarawak pelbagai perkara menarik dan pengalaman baru yang kami rasai. Berikut adalah antara yang menarik :
Pesawat AirAsia...pengalaman manis dan pertama kami menaiki kapal terbang
Beribu-beribu pasu yang terdapat di kilang membuat pasu
Pelbagai bentuk pasu dihasilkan contohnya yang berbentuk kasut wanita
Berpeluang melihat pasukan pendayung bot panjang sedang menjalani latihan di sepanjang Sungai Sarawak
Pelbagai jenis perahu atau bot tradisional yang sangat menarik dapat dilihat disini
Makanan tradisional Sarawak, iaitu Celorot (yang berbentuk panjang)
Labu gergasi yang ditanam di SMK Demak Baru
Mengeluarkan hasil...pokok tomato ditanam menggunakan teknik fertigasi di SMK Demak Baru
Pengalaman menaiki tangga yang tinggi di rumah panjang
Berpeluang bermain alat muzik di rumah panjang
Menyumpit...berpeluang melakukannya ketika berada di Pondok Orang Penan
Demonstrasi menghasilkan sejenis alat muzik iaitu Sape
Membuat kuih jala di rumah panjang
Boleh juga mencuba menumbuk padi
Persembahan tarian yang unik dengan pakaian tradisional yang sangat menarik
Aksi Orang Utan ketika sedang makan
Bergambar beramai-ramai dengan aksi tersendiri ketika berada di Semenggol Wildlife
Cantik...pokok Periuk Kera yang terdapat di sekitar hutan di Semenggol Wildlife
Masing-masing membawa troli yang dipenuhi dengan bagasi dan barang-barang yang sempat dibeli ketika berada di Kuching
Inilah cenderahati hasil kerja murid yang dibawa ke Kuching untuk diberikan kepada pihak penaja kami
@>----- Selama 4 hari 3 malam kami berada di Kuching, Sarawak banyak pengalaman baru yang dapat kami kutip.Pengalaman ini akan menjadi kenangan manis buat kami semua @>-----
* Panjang umur dan dimurahkan rezeki kami mahu datang lagi ke Sarawak pada masa akan datang *
Wednesday, July 18, 2012
SUMBANGAN @ TAJAAN UNTUK KAMI DI KUCHING - PART IV
Sepanjang lawatan kami di Sarawak, beberapa pihak telah bermurah hati memberi sumbangan dan tajaan kepada kami dalam melancarkan perjalanan program pada kali ini. Berikut adalah antaranya :
Bot yang membawa kami menyusuri Sungai Sarawak milik Koperasi Lam Berambeh River Cruise
Cenderahati istimewa daripada kami....wakil koperasi menerimanya sebagai tanda penghargaan kami
Sijil dan cenderahati kepada pihak pengurusan Rumah Budaya Sarawak
Wakil daripada pihak pengurusan Semenggoh Wildlife
Penghargaan untuk pihak KFC Holding
Makan malam yang berkonsepkan makanan barat
Menjamu selera
Wakil daripada pihak Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak yang menaja makan malam kami
Menjadi tetamu istimewa di Pusat Pemulihan Samarahan
Makan malam yang diadakan istimewa untuk kami bersama jemputan lain
Ucapan alu-aluan oleh Penolong Pegawai Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Kota Samarahan - Puan Norhayati bt Abdul Rahman
Tarian kebudayaan oleh pelatih Pusat Pemulihan Samarahan
Wakil PPKIBP SMK Sultan Omar turut membuat persembahan
Wakil kami - Encik Noh b Ayob menerima cenderahati daripada Puan Norhayati
sebagai tanda kenang-kenangan daripada Sarawak
Menerima plak daripada pihak kami
Penghargaan untuk pemilik Nadin Homestay iaitu Tn Haji Nawawi - tempat penginapan kami sepanjang berada di Kuching
Sebagai tanda penghargaan kepada pemandu bas yang membawa kami ke tempat-tempat menarik sepanjang program kami di Sarawak - Bas SKPK (P) Kota Samarahan
~ Terima kasih kepada semua pihak yang memberi sumbangan dan perkhidmatan yang baik sepanjang kami berada di Kuching baru-baru ini ~
Sunday, July 15, 2012
LAWATAN KE PPKI(BP) & PPKI(BD) DI KUCHING, SARAWAK - PART III
Selain melawat tempat-tempat menarik yang terdapat di sekitar Bandaraya Kuching, kami juga berkesempatan melawat 2 buah sekolah menengah yang mempunyai program pendidikan khas integrasi.
* PPKI (BP) SMK Demak Baru
* PPKI (BD) SMK Datuk Patinggi Haji Abdul Gapor
Berikut adalah antara yang menarik sepanjang lawatan kami di dua buah sekolah tersebut :
Seawal jam 8.30 pagi, (Khamis - 5 Julai 2012) kami melawat sekolah pertama iaitu PPKI (BP) SMK Demak Baru
Lawatan untuk menambah pengetahuan dan berkongsi idea serta pengalaman dalam dunia pendidikan khas
Kedatangan kami di sambut oleh guru-guru dan murid-murid PPKI (BP) SMK Demak Baru
Persembahan nasyid oleh murid-murid PPKI(BP) SMK Demak Baru yang sungguh menghiburkan dan sangat berbakat
Taklimat dan perkongsian idea oleh Guru Penolong Kanan PPKI(BP) SMK Demak Baru iaitu Encik Jamal Shukuri Bolhassan
Ucapan balas daripada pihak kami oleh Penolong Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Dungun (Unit Pendidikan Swasta & Pendidikan Khas) iaitu Encik Noh Ayob
Menerima cenderahati daripada pihak tuan rumah, PPKI(BP) SMK Demak Baru
Sebagai tanda kenang-kenangan, pihak kami turut memberi cenderahati daripada Terengganu kepada PPKI (BP) SMK Demak Baru
Berpeluang melihat demonstrasi menghasilkan kraf manik oleh murid PPKI (BP) SMK Demak Baru
Menghias tudung saji
Mendengar taklimat dan penerangan daripada guru pendidikan khas SMK Demak Baru, Puan Norzita Mohamed mengenai aktiviti keusahawanan mereka
Melawat tapak tanaman tomato yang menggunakan teknik fertigasi
Acara kemuncak, kami semua dijamu dengan jamuan yang sungguh meriah dan enak
Jam 2.30 petang, kami tiba di sekolah kedua dalam siri lawatan kali ini iaitu, PPKI (BD) SMK Datuk Patinggi Haji Abdul Gapor
Sambutan yang meriah dan hebat oleh guru-guru dan murid-murid PPKI (BD) SMK DPHA Gapor
Terlebih dahulu wakil kami, Encik Noh Ayob menandatangani buku lawatan sebagi simbolik lawatan daripada PPKI (BP) SMK Sultan Omar ke sekolah mereka
Menerima cenderahati daripada pihak kami , selepas selesai taklimat dan ucapan ringkas daripada pihak tuan rumah
Melawat Galeri Seni & Kebudayaan - taklimat oleh Encik Zainoren b Hj Jack
Sambil menjamu selera, kami dihiburkan dengan persembahan tarian kebudayaan oleh murid-murid PPKI(BD) SMK DPHA Gapor yang sangat hebat dan menarik
Menjamu selera dangan Laksa Sarawak yang sangat sedap
Bergambar beramai-ramai tanda kenang-kenangan
@>------ Sekalung terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak PPKI(BP) dan PPKI(BD) SMK Demak Baru dan SMK DPHA Gapor atas kesudian menerima kunjungan kami ini.Semoga dengan program ini, akan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara kita -----<@
~ TERIMA KASIH DAUN KELADI ~
~ PANJANG UMUR KITA JUMPA LAGI ~
* Kedua-dua buah sekolah ini adalah antara sekolah yang cemerlang dan terbaik di negeri Sarawak dalam program pendidikan khas.TAHNIAH!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)