Friday, February 25, 2011

PUISI : BICARA HATI INSAN ISTIMEWA


@@@
Sekadar terjermahan tentang bicara hati dan perasaan seorang pelajar yang tidak dapat mendengar dan bertutur @@@


Sebuah Epilog Sepi


Ya Tuhanku...

Betapa indahnya ciptaan Mu ini

Terasa kerdilnya diriku

Inginku ungkapkan kata-kata

Memuji kebesaran Mu Allahu Rabbi

Pencipta alam semesta

Ingin sekali

Ku mendengar merdunya alunan ombak Mu

Gemersiknya hembusan bayu laut Mu

Riuhnya kicauan burung-burung yang berterbangan

Di sini

Ku berdiri memuji keagungan Mu

Pencipta seluruh alam

Ingin sekali

Ku ceritakan ini semua

Bersama teman-teman

Tentang perasaan ku

Tentang hati ku

Betapa kagumnya diriku

Akan keindahan ciptaan Mu ini

Bersyukurlah kalian semua

Masih dapat mendengar dan mengungkapkan kata-kata

Berkongsi rasa dan perasaan

Bukan seperti diriku...

Hanya mampu melihat

Tidak mampu untuk ku mendengar dan berkata-kata

Namun ku syukuri anugerah Mu ini

Masih mampu untuk ku berdiri

Mengkagumi ciptaan Mu yang terindah...

Alhamdulillah..segala puji bagi Allah.


Hasil Nukilan : Cikgu Wan Aiha Ismail

( Pantai Batu Pelanduk, Dungun - 24.02.2011)



Berikut adalah aksi pelajar tersebut yang 'khusyuk' menikmati keindahan ciptaan Yang Maha Esa - sebenarnya tiada kata yang terbaik yang dapat menterjemahkan hati dan perasaannya tika itu...


Hanyut dalam keasyikan menikmati ciptaanNya


Aku & pantai...


Merenung jauh...


Ya Allah...Ku syukuri anugerah dan nikmat Mu ini


Semoga ia menjadi kenangan terindah buat dirinya


Setiap saat tidak dilepaskan...


Nikmatnya anugerah Illahi...


@@@ Aksi-aksi spontan pelajar ini dirakamkan tanpa disedarinya ketika menyertai Program Riadah & Rekreasi di Pantai Batu Pelanduk, Dungun @@@


Wednesday, February 23, 2011

PENTAS ISTIMEWA 2011 : PEMILIHAN UNTUK WAKILI DAERAH DUNGUN


PROGRAM : PENTAS ISTIMEWA 2011 - Pemantauan & Pemilihan Mewakili Daerah Dungun
TARIKH : 21 Februari 2011 (Isnin)
MASA : 9.45 - 10.15 pagi (30 minit)
TEMPAT : Dewan Warisan, DESSO
JURI : Pegawai JPNT & PPD Daerah Dungun


Berikut adalah antara yang menarik sepanjang persembahan oleh pelajar-pelajar PPKI SMK Sultan Omar :


Barisan para juri yang diketuai oleh Encik Marzuki (Pegawai JPNT) yang turut diiringi oleh pegawai PPD Dungun- Encik Noh


Persembahan pertama - Tarian Tari Tualang Tiga


Para pelajar cuba memberi yang terbaik di dalam persembahan ini


Bakat terpendam anak-anak istimewa


Persembahan Kedua - Sketsa Muzikal Aci-aci Buka Pintu


Menampilkan bakat dalam lakonan


Antara babak menarik yang terdapat di dalam sketsa tersebut


Barisan para pelakon sketsa



* Kami warga PPKI SMK Sultan Omar telah sedaya upaya memberi yang terbaik di dalam menjayakan persembahan tersebut. Semoga sekolah kami adalah antara yang terpilih untuk membuat persembahan di PENTAS ISTIMEWA 2011 di peringkat negeri pada Mac / April nanti.. MUDAH-MUDAHAN.....AMIN.


Monday, February 21, 2011

DI SEBALIK TABIR - PERSEMBAHAN SKETSA DAN TARIAN



AKTIVITI :
Sesi latihan dan persiapan bagi persembahan tarian dan sketsa
TEMPAT : Dewan Warisan , DESSO
MASA : 10.00 pagi - 12.00 tengahari (setiap Selasa dan Rabu)


Berikut adalah antara yang menarik sepanjang latihan dan persiapan untuk persembahan tersebut :


Antara pelajar yang terlibat di dalam sesi latihan tarian



Segak dan anggun - memberikan pose istimewa sebelum naik ke pentas


Bersungguh-sungguh - ketika sesi latihan tarian yang terakhir

Bergambar beramai-ramai selepas tamat sesi latihan (sketsa)


Aksi tiga watak hantu bertopeng yang menyeramkan


Berposing ketika sesi latihan - dua watak utama sketsa


Watak hantu jembalang - diberi sentuhan terakhir sebelum memulakan persembahan


Watak hantu pocong @ zombie yang sedang disolek



* TUNGGU ... aksi-aksi menarik sepanjang persembahan sebenar nanti....

SURPRISE!!!


Tuesday, February 15, 2011

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1432H


"Dan tiadalah KAMI mengutuskan Engkau (Wahai MUHAMMAD) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam"

(Surah Al-Anbia' : Ayat 107)





Tuesday, February 1, 2011

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN ARNAB !


Happy Chinese New Year untuk semua yang merayakannya!
Gong Xi Fa Cai!!!



Semoga semakin makmur di tahun arnab


Kanan : Wang Kee Yong, Sing King Hong dan Lau Jie Ang...gembira menerima kad ucapan daripada guru dan kawan-kawan


Ceria...Semoga dapat banyak ang pau tahun ni... ( ^ - ^ )


Wakil Persatuan Bahasa Cina DESSO mengagihkan limau mandarin kepada murid-murid pendidikan khas...Terima Kasih !


Terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa ingat kami di sini !


* Warga DESSO mula bercuti pada 1 - 5 Februari 2011