Friday, January 27, 2012

PROGRAM TUKAR KAD OKU BAHARU


PROGRAM : Lawatan Ke Pejabat Kebajikan Masyarakat - Tukar Kad OKU Baharu
TARIKH : 17 Januari 2012 (Isnin)
MASA : 10.00 pagi - 11.30 pagi
TEMPAT : Pejabat JKM Daerah Dungun
TUJUAN : Menukar Kad OKU baharu murid-murid PPKI (BP) SMK Sultan Omar,Dungun


Berikut adalah antara yang menarik sepanjang program :


Jarak pejabat ini dengan sekolah adalah lebih kurang 1.5 kilometer sahaja


Khusyuk...antara murid-murid PPKI yang hadir mendengar taklimat daripada pegawai


Pegawai sedang memberi taklimat mengenai program penukaran kad OKU baharu yang mirip seperti MyKad


Menunggu giliran untuk merakam gambar bagi tujuan membuat kad baharu


1...2...3...senyum!


Tidak ketinggalan...Mohd Hazriq turut serta bersama kawan-kawan yang lain


Gambar semua murid PPKI dirakam oleh pegawai yang bertugas


Semua murid membei kerjasama yang baik sepanjang program ini


Kad OKU yang baharu nanti akan memberi lebih banyak faedah dan kemudahan akses terbaik bagi mendapatkan pelbagai kemudahan yang disediakan oleh kerajaan


Saturday, January 21, 2012

PELAJAR BAHARU 2012


Pada sesi persekolahan sesi 2012 ini, warga PPKI (BP) telah menerima ahli keluarga yang baharu. Seramai 12 orang murid lelaki dan perempuan telah mendaftar masuk. Mereka adalah terdiri daripada murid-murid sekolah rendah di sekitar daerah Dungun.


SK Sultan Omar (4 orang)
SK Kuala Dungun ( 4 orang)
SK Padang Pulut ( 3 orang)
Negeri Sembilan ( 1 orang)

Berikut adalah murid-murid baharu PPKI (BP) SMK Sultan Omar:


Mohamad Ramadhan b Radzali


Muhammad Razin b Ramzi


Khairul Imran b Hasen


Mohd Khairul b Mohd Rafi


Mohd Shahrul Khuzaimi b Mohd Rolek


Muhammad Firdaus b Mustafa


Ahmad Safiq b Che Othman


Mohammad Ikram b Ahammad


Muhammad Badrul Alaina b Wahab


Rosfatin bt Abu Bakar


Nor Atika bt Othman


Nurul Syafiqah bt Razak


Sunday, January 1, 2012

2012 : CIKGU JIHAH BERTUKAR KE MELAKA


SELAMAT BERTUGAS UNTUK CIKGU JIHAH DI SEKOLAH BAHARU BERMULA SESI PERSEKOLAHAN 2012


Cikgu Jihah telah menabur bakti di PPKI (BP) SMK Sultan Omar, Dungun selama 5 tahun (2007 - 2011)


Kenangan bersama warga PPKI (BP) SMK Sultan Omar 2011


Cikgu Jihah akan bertugas di PPKI (BP) SMK Seri Mahkota di Umbai, Merlimau, Melaka



@>--- DEDIKASI ISTIMEWA UNTUK CIKGU JIHAH ---<@ :

~~ Selamat bertugas di sekolah baharu...mungkin di sana lebih baik dan semoga mendapat pengalaman berguna untuk lebih cemerlang lagi dalam kerjaya ~~

~~ Terima kasih atas segala tunjuk ajar, perkongsian ilmu dan budi baik yang ditabur Cikgu Jihah selama bersama-sama kami warga PPKI...JASAMU TETAP DIKENANG ~~

~~ Suka duka yang kita lalui bersama adalah MEMORI TERINDAH buat kita semua ~~


~~ KAMI SAYANG CIKGU JIHAH, JANGAN LUPAKAN KAMI YE !!! ~~

* SEDETIK BERSAMA SEABAD TERASA *