Tuesday, May 29, 2012

PERTEMUAN TERAKHIR BERSAMA ARWAH MOHD ARAFI


PROGRAM : Jamuan Meraikan Murid-murid Yang Tamat Persekolahan 2012
TARIKH : 24 Mei 2012 (Khamis)
TEMPAT : Blok PPKIBP SMKSO
MASA : 9.00 pagi - 12.30 tengahari
MURID-MURID YANG DIRAIKAN : Abdullah Amin b Abd Aziz, Mohd Arafi b Che Hayusof (arwah) dan Mohd Rozaidi b Ismail


Berikut adalah antara yang menarik sepanjang program ini :


Ketibaan 3 orang murid yang diraikan ini disambut dengan meriah oleh guru-guru dan kawan-kawan


Jamuan yang sangat dinanti-nantikan oleh murid-murid yang telah tamat sekolah ini


Sempat bergambar sebelum tayangan video istimewa untuk mereka ditayangkan


Mereka dijamukan dengan hidangan istimewa


Takdir...inilah jamuan  yang sangat dinanti-nantikan oleh mereka bertiga  terutamanya Mohd Arafi (arwah) - berbaju merah sebelum beliau kembali ke rahmatullah keesokkan harinya


Menerima cenderahati - Abdullah Amin menerima hamper daripada Cikgu Azran (Penyelaras PPKIBP)


Mohd Rozaidi - selain menerima hamper, mereka juga dihadiahkan dengan sebuah album untuk setiap seorang yang mengandungi gambar-gambar kenangan sepanjang mereka belajar di PPKIBP SMKSO


Arwah Mohd Arafi turut menerima hadiah untuk Anugerah Khas Bakti Istimewa kerana penglibatan aktif beliau dalam pelbagai bidang sepanjang bersekolah di sini


Pada awalnya kami guru-guru PPKIBP SMKSO telah merancang untuk mengadakan jamuan ini dari awal tahun lagi. Seingat kami sekurang-kurangnya 3 kali tarikh telah dipilih (Febuari hingga April)  tetapi tidak juga dapat dijalankan kerana pelbagai perkara yang tidak dapat dielakkan. 

Namun  dengan izin Allah jua, tarikh 24 Mei 2012 telah dipilih dan Alhamdulillah jamuan ini dapat dijalankan dengan lancarnya dengan kehadiran 3 orang murid yang diraikan ini.

Tanggal 25 Mei 2012 (Jumaat), takdir telah menentukan segalanya, apabila kami semua dikejutkan dengan berita yang menyedihkan, iaitu berita kematian Mohd Arafi yang telah kembali ke rahmatullah pada petang Jumaat. Berita kematian arwah sesungguhnya sangat mengejutkan kami semua kerana baru semalam kami berjumpa, bergelak ketawa dan berkongsi cerita suka dan duka dengan guru dan kawan-kawan....

Dia pergi tak kembali lagi...semalam adalah kenangan terakhir kami bersama arwah...Kami redha ini semua...KITA HANYA MERANCANG ALLAH JUA YANG MENENTUKAN SEGALANYA.

Semoha rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman.
AL-FATIHAH.



Tuesday, May 15, 2012

PENANDA BUKU ISTIMEWA SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU 2012


PROGRAM : Membuat Kraftangan Sempena Sambutan Hari Guru 2012
MASA : 13 - 15 Mei 2012
PRODUK : Penanda Buku  Kasih Istimewa
ALATAN / BAHAN : Kayu aiskrim terpakai ,kertas manila pelbagai warna, penebuk pelbagai bentuk, gam, pewarna dan art marker

Berikut adalah proses menghasilkan kraf tersebut :
  
 Contoh hasil kraf yang dihasilkan - Penanda Buku Kasih Istimewa

 Menggunakan pelbagai jenis warna yang menarik

 Murid-murid sedang mengecat kayu aiskrim dengan pelbagai warna

 Selain menggunakan teknik mengecat, kayu aiskrim juga boleh direndam di dalam  pewarna bagi mendapatkan warna yang lebih sekata

 Selesai mengecat, kayu-kayu aiskrim ini dijemur sehingga kering

 Kayu aiskrim yang terdiri daripada pelbagai warna yang terang dan menarik

Menghasilkan corak yang berbentuk bunga dan hati daripada kertas manila

Murid tekun melekatkan pelbagai bentuk dan corak acuan  pada kayu aiskrim yang berwarna warni

Bentuk hati dan bunga yang siap dilekatkan pada kayu aiskrim

Murid sedang melekatkan corak-corak kecil yang ditebuk untuk hiasan

Inilah hasilnya setelah dilekatkan dengan corak-corak kecil di sekelilingnya

Siap...hasil kraf yang telah siap sepenuhnya 

Penanda Buku Kasih Istimewa yang akan dihadiahkan kepada semua guru SMK Sultan Omar sempena Hari Guru 2012



  @>----- SELAMAT HARI GURU UNTUK SEMUA WARGA PENDIDIK -----<@