Tuesday, May 24, 2011

TUAN RUMAH KEJOHANAN OLAHRAGA PENDIDIKAN KHAS DAERAH DUNGUN


PROGRAM :
Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Daerah Dungun 2011

TARIKH : 24 Mei 2011 (Selasa)
MASA : 8.00 pagi - 2.30 petang
TEMPAT : Trek Olahraga SMK Sultan Omar, Dungun
PENYERTAAN : 20 buah sekolah (rendah & menengah)


PENCAPAIAN PPKI SMK Sultan Omar :

9 pingat (4 emas 1 perak 4 gangsa)
&
Anugerah Olahragawati Terbaik Kejohanan ( Nor Salmie Syuhana bt Abdullah)


Berikut adalah antara yang menarik sepanjang kejohanan tersebut :


Desso Box...Maskot PPKI SMK Sultan Omar


Senamrobik yang diketuai oleh pasukan PPKI SMK Sultan Omar


Perbarisan masuk kontinjen ke padang


Ucapan perasmian pembukaan kejohanan oleh Pengetua Kanan SMK Sultan Omar - Encik Abd Rahman b Husin


Gimik perasmian pembukaan kejohanan


Perlumbaan yang sangat sengit antara para peserta - 100m (L) Senior


Ambil tempat...acara 4 x 100m Junior (L)


Ucapan perasmian penutupan kejohanan oleh YB Senator Hjh Zainon bt Abu Bakar


Menerima pingat kemenangan...gangsa bagi acara 100 m (L) Junior - PPKI SMK Sultan Omar

Para pemenang bagi acara lontar peluru (L) Senior - perak dan gangsa dimenangi oleh PPKI SMK Sultan Omar



Tahniah... Olahragawan Terbaik (PPKI SK Pulau Serai) dan Olahragawati Terbaik (PPKI SMK Sultan Omar)


Sokongan padu daripada guru dan rakan-rakan pasukan..DESSO Boleh !


Seronok...pelajar-pelajar PPKI SMK Sultan Omar bersorak kegembiraan selepas tamat kejohanan


TAHNIAH kepada semua para peserta yang telah berjaya !

TERIMA KASIH DAUN KELADI KEPADA :

@@ Senator Zainun bt Abu Bakar @@
@@ Pegawai Khas Pendidikan Swasta & Pendidikan Khas Daerah Dungun - En. Noh b Ayob @@
@@ Pejabat Pelajaran Daerah Dungun @@
@@ Pengetua Kanan DESSO - En. Abd Rahman b Husin @@
@@ Semua pengetua dan guru besar @@
@@ Pejabat Penerangan Daerah Dungun @@
@@ Pasaraya U-Hoe @@
@@ Awang Beach Resort @@
@@ MZ Planet Canopy Sdn.Bhd @@


Dan semua pihak yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kejohanan kali ini....


Friday, May 20, 2011

SAMBUTAN HARI GURU 2011


PROGRAM :
Sambutan Hari Guru 2011

TARIKH : 16 Mei 2011 ( Isnin)
MASA : 8.30 pagi - 1.00 tengahari
TEMPAT : Dewan Warisan DESSO

Berikut adalah antara yang menarik melibatkan murid-murid PPKI SMK Sultan Omar sepanjang program tersebut :


Penghargaan untuk guru-guru...antara kad ucapan yang diterima daripada murid PPKI


Untuk guru-guru tersayang daripada Abdullah Amin b Abdul Aziz


Segak dan bergaya...Mohd Hazriq b Ishak berlatih mendeklamasikan sajak 'Guru Oh Guru' sebelum membuat persembahan di Dewan Warisan


Persembahan daripada murid-murid PPKI - deklamasi sajak dan koir


Nyanyian lagu 'Warisan' oleh murid-murid PPKI bersama guru-guru mereka


Selamat Hari Guru...Terima Kasih Cikgu !!!


Sunday, May 15, 2011

KOTAK ISTIMEWA SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU 2011


PROGRAM :
Menghasilkan kraf sempena sambutan Hari Guru 2011

PRODUK : Kotak Cenderahati
KELAS : Kelas Pintar, Gigih & Tekun
MATAPELAJARAN : MPV (Kraftangan)
HARI : Setiap Rabu
MASA : 11.40 pagi hingga 1.00 tengahari
KUANTITI : 123 biji kotak


Berikut adalah produk (Kotak Cenderahati) yang dihasilkan untuk dihadiahkan kepada guru-guru SMK Sultan Omar sempena sambutan Hari Guru pada 16 Mei 2011 ini :


Inilah hasilnya kraf daripada kotak yang telah dihias dengan cantik


Kotak-kotak cenderahati yang siap untuk dihadiahkan kepada warga pendidik


Produk kraf...antara komponen yang diajar di dalam Matapelajaran Vokasional (MPV)


Kemahiran kraf yang diajar ini akan dapat membantu pelajar untuk lebih kreatif


Kraf daripada barang terbuang @ kitar semula juga dapat menghasilkan produk yang menarik


Terima Kasih Cikgu...hadiah daripada kami anak-anak istimewa


Kotak pelbagai guna...boleh juga dijadikan sebagai bekas telur,gula-gula,pin,kerongsang dan lain-lain



KAMI SEDIA MENERIMA TEMPAHAN. Hubungi kami sekiranya berminat.


Thursday, May 12, 2011

KARNIVAL PERMAINAN : FUTSAL


PROGRAM : Perlawanan Futsal Pendidikan Khas Daerah Dungun 2011
TARIKH : 12 Mei 2011 (Khamis)
MASA : 9.00 pagi - 1.00 tengahari
TEMPAT : Gelanggang Futsal MPD, Dungun
PENYERTAAN : Senior ( 6 pasukan) & Junior (9 pasukan)


Berikut adalah antara aksi pasukan PPKI SMK Sultan Omar dalam perlawanan tersebut :


Memberi tentangan yang hebat kepada pasukan senior PPKI SMK Sura


Aksi ketika menentang pasukan senior PPKI SMK Seri Paka


Bersemangat...ketika menentang pasukan senior PPKI SMK Jerangau


Memberi cabaran...pasukan junior memberi tentangan kepada pasukan junior SK Padang Pulut


Aksi separuh akhir pasukan senior


Pasukan senior PPKI SMK Sultan Omar vs PPKI SMK Ketengah Jaya (peringkat separuh akhir)


Berjaya menyelamatkan bola daripada dibolos gawang


Penjaga gol yang cekap....


Tahniah...walaupun hanya mendapat tempat ke-3 ,pasukan senior tetap memberi tentangan yang hebat kepada pasukan lawan


Bergambar kenang-kenangan bersama-sama guru selepas tamat perlawanan


Thursday, May 5, 2011

WABAK HANTU MANIA !!!

Sejak dua minggu yang lepas, warga PPKI SMK Sultan Omar telah dilanda 'wabak hantu mania'...Setiap hari bermula pukul 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari hantu-hantu ini akan muncul di dewan sekolah...(^ = ^)


Berikut adalah antara hantu-hantu tersebut :


Biar betul ! Ini Hantu Zombi Kampung Pisang ke?


Hantu Tiga Serangkai...Eee...Takutnye...


Ini hantu boleh senyum maa....


Awas...ada pocong di belakang anda !


Tingginya Hantu Cina ni lompat...


Pocong mengejar Hantu Cina


Hantu-hantu yang control macho..hehehe...


AWAS!!!

8 Mei 2011 ( Ahad), hantu-hantu ini akan berkeliaran di SMK Datuk Razali, Kuala Terengganu sempena Pemilihan Akhir Pentas Istimewa 2011. Tunggu kami di sana......