Wednesday, September 22, 2010

SELAMAT MENJALANKAN TUGAS BARU...UNTUK CIKGU NOH


MAJLIS RINGKAS PERPISAHAN PENYELARAS PPKIBP SMK SULTAN OMAR - CIKGU NOH B AYOB

(2008-2010)

TARIKH : 22 September 2010 (Rabu)
TEMPAT : Blok PPKIBP
MASA : 11.00 -12.00 tengahari
ATUCARA MAJLIS : - Ucapan perpisahan daripada Cikgu Noh
- Penyampaian hadiah daripada pelajar

Berikut adalah antara yang menarik sepanjang majlis berlangsung :


Sekalung tahniah untuk Cikgu Noh yang telah dilantik sebagai Pegawai Khas Pendidikan Khas dan Swasta Pejabat Pelajaran Daerah Dungun


Ucapan perpisahan untuk anak-anak didik


Masing-masing khusyuk mendengar amanat dan nasihat daripada Cikgu Noh


Menerima hadiah daripada anak-anak didik sebagai tanda penghargaan dan ingatan daripada mereka buat guru yang tersayang


Hadiah tanda penghargaan


Antara hadiah daripada pelajar pendidikan khas untuk Cikgu Noh...Terima Kasih Cikgu! Kami berjanji akan menjadi pelajar yang baik


Untuk Cikgu Noh :

@@@---Selamat menjalankan tugas baru
@@@--- Semoga dapat meningkat dan memartabatkan lagi bidang pendidikan khas di daerah Dungun
@@@--- Ampun dan maaf atas segala salah dan silap kami warga PPKIBP SMK Sultan Omar selama kita berada di bawah satu bumbung


" SETULUS BUDI TERSEMAT DI HATI BERBUNGA KENANGAN SEPANJANG ZAMAN"


Wednesday, September 8, 2010

SALAM LEBARAN DARIPADA KAMI...


Bergema takbir di pagi raya
Menyambut Syawal bulan mulia
Oh ! Bersyukur insan pada Yang Esa
Berhari Raya kita semua...



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN


Kad Ucapan Kreatif sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri daripada pelajar-pelajar PPKIBP SMK Sultan Omar


Isi kandungan kad ucapan


Dedikasi untuk semua terutamanya guru-guru di DESSO


Cap Jari pelbagai warna mewakili setiap pelajar Pendidikan Khas DESSO



@@@ Di kesempatan ini kami, barisan pendidik PPKIBP SMK Sultan Omar mengucapkan Minal Aidil Wal Faizin...Mohon maaf zahir & batin buat teman-teman dan rakan seperjuangan semua...Semoga berbahagia di Syawal yang mulia....@@@


Sunday, September 5, 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA DI RESIDENCE RESORT PAKA


PROGRAM : Majlis Berbuka Puasa Bersama Pelajar Pendidikan Khas SMK Sultan Omar
TEMPAT : Residence Resort Paka, Dungun
TARIKH : 4 September 2010 bersamaan 25 Ramadan 1431 H (Sabtu)
PENYERTAAN : 15 orang pelajar pendidikan khas
5 orang guru pengiring
PENAJA : Encik Mazlan ( S.A. Synergy Berhad) dan kawan-kawan


Berikut antara yang menarik sepanjang program :


Warga Pendidikan Khas SMK Sultan Omar... bergambar beramai-ramai di hadapan Residence Resort Paka


Rozaidi, Arafi dan Amin...sempat lagi berposing ketika menunggu masuk waktu berbuka puasa


Sabar...menunggu waktu berbuka puasa


Hadir memeriahkan majlis...Nur Yusmira, Annur Fatiha dan Nor Syazana


Rezeki Ramadan...sungguh berselera menjamah juadah berbuka puasa yang semuanya sedap-sedap


Setiap pelajar menerima hamper daripada pihak penaja


Perut sudah kenyang...dapat pulak duit raya..seronok pelajar-pelajar ini diraikan...


Gembira menerima duit raya...


Murah rezeki...guru-guru juga tidak ketingglan menerima hamper daripada pihak penaja.TERIMA KASIH !


Penaja 1 (Encik Mazlan) - Menerima cenderahati daripada pihak Pendidikan Khas SMK Sultan Omar sebagai tanda terima kasih di atas sumbangan yang diberikan


Penaja 2 (Encik Shukri) - Cikgu Noh (Guru Penyelaras PPKIBP) menyampaikan cenderahati kepada beliau


Lain-lain penaja - turut menerima cenderahati daripada warga Pendidikan Khas SMK Sultan Omar



@@@ Terima Kasih Daun Keladi kepada pihak penaja @@@
Allah jua yang dapat membalas budi baik kalian semua.


Friday, September 3, 2010

PELAJAR PENDIDIKAN KHAS MEMBUAT BISKUT RAYA



PROGRAM : Membuat Biskut Raya Sempena Hari Raya Aidilfitri 2010
HARI : Setiap hari Selasa dan Rabu
MASA : 10.00 pagi - 12.00 Tengahari
TEMPAT : Blok PPKIBP SMKSO
BISKUT PILIHAN : Popia Simpul & Popia Bersalut Kacang Hijau
PENGLIBATAN : Semua warga PPKIBP


Berikut antara yang menarik sepanjang program :


Memasukkan inti iaitu serunding ikan untuk dijadikan Popia Simpul (Biskut Raya 1)


Memotong gulungan kulit popia sebelum digoreng dan digaul dengan serbuk kacang hijau (Biskut Raya 2)


Ada bakat...Shaikh Abdullah gembira apabila diberi peluang untuk turut serta menjayakan program ini


Rajin...Zulhaikal turut membantu menggoreng popia


Popia Simpul yang siap digoreng


Inilah rupanya Popia Bersalut Kacang Hijau


Bekerjasama...proses pembungkusan biskut raya


Proses terakhir...Melabel setiap bekas biskut raya sebelum diagihkan kepada para pelajar


Siap untuk diagihkan


Majlis penyampaian sumbangan biskut raya kepada pelajar pendidikan khas di hari terakhir persekolahan sebelum bercuti raya


Gembira ...Nor Syazana menerima sumbangan biskut raya daripada Cikgu Azran


Tidak ketinggalan...Cikgu Jihah turut menyampaikan sumbangan biskut raya kepada Wang Kee Yong -satu-satunya pelajar bukan Melayu di kelas kami



P/S : Jangan lupa Majlis Berbuka Puasa pada 4 September ini di Residence Resort Paka.