Tuesday, March 30, 2010

AKTIVITI PENGAKAP - ROTI LILIT BAKAR


HARI : Selasa

MASA : 8.00 - 10.00 pagi
TEMPAT : Perkarangan Blok PPKIBP SMKSO
AKTIVITI : IKHTIAR HIDUP - Membuat Roti Lilit Bakar
PENGLIBATAN : Semua Ahli Pengakap Muda PPKIBP SMKSO
OBJEKTIF : Memberi peluang kepada ahli pengakap untuk berdikari dan memupuk semangat kerjasama antara ahli kumpulan.

Berikut adalah antara yang menarik sepanjang aktiviti tersebut :


Para pelajar beratur mengikut kumpulan bersama-sama dengan kelengkapan (kayu api) dan bahan untuk membuat roti lilit bakar


Mengadun bahan untuk membuat roti lilit


Bekerjasama menghidupkan api


Berjaya menghidupkan api untuk membakar roti lilit


Besarnya api...boleh terbakar roti nanti


Sabar menunggu roti lilit masak


Roti lilit...dililit menggunakan pelepah daun kelapa


Menu tambahan...sosej bakar


Roti lilit dan sosej yang siap dibakar


Monday, March 22, 2010

RIADAH DI MINI GIMNASIUM TERBUKA



AKTIVITI : Riadah di luar bilik darjah
TEMPAT : Taman Rekreasi Teluk Lipat, Dungun
OBJEKTIF : Murid dapat menggunakan kemudahan peralatan mini gimnasium terbuka yang terdapat di taman tersebut


Berikut adalah antara aksi-aksi menarik sepanjang aktiviti dijalankan :


Melakukan teknik tekan tubi dengan betul


Salah seorang murid cuba menyeimbangkan badan


Menguji kekuatan tangan


Senaman untuk menguatkan otot-otot tangan,lengan serta bahu


Berkayuh...untuk menguatkan otot -otot kaki


Latihan untuk menguatkan kaki dan pinggang


Senaman untuk menguatkan otot-otot kaki dan tangan


Pergerakan untuk menguatkan otot kaki dan tangan


Melakukan sit-up


Senaman untuk menguatkan otot-otot kaki


Berjalan di atas laluan refleksologi


Tuesday, March 9, 2010

KHIDMAT MASYARAKAT : UCAPAN BERTATASUSILA PELBAGAI NEGARA



TARIKH : 09 Mac 2010 (Selasa)
MASA : 10.00 -11.00 pagi
TEMPAT : BLOK PPKIBP SMK Sultan Omar
PROGRAM : Khidmat Masyarakat Persatuan Pandu Puteri Malaysia :
- 2 orang ahli Pandu Puteri daripada SMK (A) Kuala Abang, Dungun
- Puan Raudah bt Abd Wahab (guru) daripada SMK (A) Kuala Abang, Dungun
KUMPULAN SASARAN : Murid PPKIBP SMK Sultan Omar
PENGISIAN PROGRAM : - Berkongsi maklumat mengenai ucapan bertatasusila mengikut negara-negara di Asia Pasifik


Berikut adalah antara yang menarik sepanjang program tersebut :

Memperkenalkan diri kepada murid-murid PPKIBP - Alia bt Samsudin (kanan) dan Nurul Nasuha bt Mohamad Zawawi (kiri)


Ucapan salam sejahtera daripada Thailand - SAWADIKAP


Seronok...murid-murid PPKIBP membuat aksi berdasarkan contoh-contoh yang diajar oleh ahli Pandu Puteri ini


Aksi dan ucapan daripada Singapura - HELLO


Membuat aksi dan ucapan daripada Negara Matahari Terbit , Jepun - KONICHIWA


Peluang...salah seorang murid PPKIBP, Wang Kee Yong menunjukkan aksi dan ucapan salam sejahtera dalam bahasa Mandarin - NI HAU MA


Selepas penat belajar memberi ucapan, mereka juga diajar menyanyi...


Menyanyi dalam bahasa Korea sambil membuat gaya memukul gendang


Bergambar bersama sebagai tanda kenang-kenangan



* Ucapan-ucapan bertatasusila yang dipelajari:

- ASSALAMUALAIKUM - Malaysia dan Brunei
- HELLO - Singapura
- KONICHIWA - Jepun
- NAMASTE - India
- MANAKAM - Sri Lanka
- SAWADIKAP - Thailand
- ANYO SAYOUR - Korea



* Terima kasih kepada pihak Persatuan Pandu Puteri SMK (A) Kuala Abang, Dungun kerana sudi mengadakan khidmat masyarakat untuk murid-murid pendidikan khas. Pihak kami sentiasa memberi peluang kepada masyarakat luar untuk mengadakan aktiviti dan perkongsian ilmu serta kemahiran untuk anak-anak didik kami....TERIMA KASIH.



Tuesday, March 2, 2010

PERARAKAN SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1431 H



TARIKH : 02 Mac 2010 (Selasa)
MASA : 7.45 pagi - 11.00 pagi
PROGRAM : Perarakan Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1431 H / 2010 M
TEMPAT : Dataran Perhimpunan SMKSO menuju ke Masjid Tengku Ampuan Intan Zaharah, Dungun
PENYERTAAN : SMK Sultan Omar bergabung dengan SMK Seri Dungun
* Termasuk pelajar PPKIBP SMKSO - 15 orang


Berikut adalah antara perjalanan program yang berjaya dirakamkan :


Segak...masing-masing bersiap sedia untuk menjayakan Perarakan Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah


Para pelajar PPKIBP berada di barisan hadapan untuk memulakan perarakan menuju ke Masjid Tengku Ampuan Intan Zaharah, Dungun


Berarak sambil berselawat beramai-ramai ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W


Para pelajar PPKIBP bersemangat untuk turut serta dalam perarakan ini


Bergabung di hadapan SMK Seri Dungun...perarakan bersama-sama antara 2 sekolah berjiran


Para pelajar dan guru mengikuti ceramah ringkas daripada Imam Besar Masjid Tengku Ampuan Intan Zaharah , Dungun di dataran masjid tersebut


Perarakan pulang ke sekolah masing-masing


Bersama-sama mengikuti pelbagai aktiviti lain di Dewan Warisan seperti persembahan deklamasi sajak, nasyid, marhaban dan kuiz


Tahniah ! Berpuas hati dengan mendapat dua hadiah iaitu tempat ke-2 bagi pertandingan Sepanduk Terbaik dan tempat ke-3 bagi Perarakan Terbaik