Monday, January 24, 2011

HAZRIQ DAPAT KERUSI RODA


TERIMA KASIH DAUN KELADI...


@@@ Semoga dengan sumbangan yang diberikan ini akan membantu Hazriq untuk lebih berjaya dalam pelajaran dan kehidupan seharian... @@@




Kerusi roda untuk Hazriq


Terima kasih kepada Ahli Parlimen Dungun yang telah menghulurkan sumbangan kepada Hazriq


Banyak membantu pergerakan Hazriq yang agak terbatas sebelum ini


Friday, January 7, 2011

MINGGU ORIENTASI PENDIDIKAN KHAS



PROGRAM : Minggu Orientasi Pelajar PPKI SMK Sultan Omar
TARIKH :
3 - 6 Januari 2011 ( Isnin - Khamis)

TEMPAT :
BLOK PPKIBP

MASA :
8.00 - 12 tengahari

PESERTA : 17 orang pelajar lama
8 orang pelajar baharu


Berikut adalah antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang minggu orientasi :


Sesi taaruf atau memperkenalkan diri masing -masing


Antara gelagat pelajar baharu ketika sesi memperkenalkan diri di hadapan kawan-kawan yang lain


Aktiviti 1 : Rantaian Nama (menyebut nama penuh kawan-kawan mengikut urutan dengan betul)


Aktiviti 2 : Ops Penampilan Diri Pelajar (kekemasan dan kebersihan diri serta disiplin)


Khusyuk mendengar nasihat dan pesanan daripada ayahanda pengetua - Encik Abdul Rahman Husin mengenai pentingnya menjaga penampilan diri sebagai seorang pelajar sekolah


Aktiviti 3 : Si Buta Ku Sayang


Memupuk sikap yakin kepada diri sendiri dan orang lain untuk mencapai sesuatu matlamat atau cita-cita


Merasai sendiri pengalaman menjadi orang kurang upaya penglihatan


Aktiviti 4 : Cermin Ajaib (Apa Yang Kamu Nampak Di Dalam Cermin Ini?)


Melihat diri sendiri di dalam cermin...memberi pengajaran bahawa sayangilah diri sendiri dan pentingnya kita disisi orang lain


Aktiviti 5 : Senam Seni Satu Malaysia


Seronok...senaman untuk kesihatan dan kecergasan diri


Wednesday, January 5, 2011

AHLI KELUARGA PPKIBP YANG BAHARU BAGI TAHUN 2011


SELAMAT DATANG KEPADA WARGA PPKIBP SMK SULTAN OMAR YANG BAHARU


Berikut adalah guru dan pelajar-pelajar yang menjadi ahli keluarga kami yang baharu :


Cikgu Siti Zuraidah binti Mat Napi


Mohd Hisyamuddin bin Che Maula


Ahmad Nazhan bin Mohd Nor


Lau Zie Ang


Mohd Farid bin Abdullah


Muhammad Hazriq bin Ishak


Sing King Hong


Noor Fatin Adyra binti Yusof


Nurajlaa Kamilah Bt Othman


Saturday, January 1, 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2011



Semoga kita semua akan lebih maju jaya lagi dalam bidang yang diceburi...mudah-mudahan...Amin.