Friday, November 18, 2011

KAMI TERIMA ANUGERAH (KEBANGSAAN)


PROGRAM : Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Pendidikan Khas Kebangsaan 1 Malaysia
TARIKH : 16 November 2011 (Rabu)
TEMPAT : Dewan Seri Siantan, Perbadanan Putrajaya
PENYERTAAN : Wakil PPKI (BP) SMK Sultan Omar - 4 orang murid PPKI dan 1 orang guru pengiring

Berikut adalah antara yang menarik sepanjang majlis :


Inilah sijil pencapaian dan piala kemenangan yang diterima oleh PPKI (BP) SMK Sultan Omar, Dungun bagi kategori Anugerah Khas Juri (Kreatif & Inovasi) bagi PPKI (Menengah)


Kenangan manis...Penyelaras PPKI (BP) SMK Sultan Omar - Cikgu Azran bergambar bersama-sama murid yang mewakili PPKI (BP) SMK Sultan Omar, Dungun


Ceria...dari kanan : Abdullah Amin b Abd Aziz, Muhammad Amiruddin b Wan Yet, Mohd Arafi b Che Hayusof dan Mohamad Zulhaikal b Mat Othman


Wakil murid-murid PPKI (BP) SMK Sultan Omar menerima anugerah daripada Yang Berbahagia Dato' Sri Abd Ghafar b Mahmud (Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia)


Menunggu...para penerima anugerah menunggu giliran untuk naik ke pentas menerima anugerah masing-masing



@>---- TAHNIAH kepada semua warga PENDIDIKAN KHAS di seluruh Malaysia yang menerima anugerah dalam majlis kali ini ----<@



* Pada 13 Nov 2011 (Ahad) baru-baru ini, PPKI (BP) SMK Sultan Omar turut berjaya merangkul anugerah Pendidikan Khas Cemerlang sempena Hari Anugerah Kualiti Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Dungun. TAHNIAH !


Sunday, November 13, 2011

PERTANDINGAN TARIAN 1 MALAYSIA PENDIDIKAN KHAS KEBANGSAAN 2011


PROGRAM : Pertandingan Kesenian dan Ekspedisi Seni Pendidikan Khas Kebangsaan 1 Malaysia 2011
TARIKH : 8 - 11 November 2011 (Selasa - Jumaat)
TEMPAT : - Hotel Permai Kuala Terengganu (Penginapan)
- Auditorium Pentas Budaya Kuala Ibai (Tarian 1 Malaysia)
- Sekitar Bandaraya Kuala Terengganu
- Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man (Sukaneka)
ANJURAN : Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
PENGELOLA / TUAN RUMAH : JPNT
PENYERTAAN : 16 pasukan negeri termasuk W.P Putrajaya & Labuan


Berikut adalah antara yang menarik sepanjang program ini berlangsung :


Penyerahan bendera negeri bagi setiap kontinjen kepada Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu


Wakil pasukan Negeri Terengganu ( PPKIBP SMK Sultan Omar) mendengar amanat dan nasihat daripada guru pembimbing sebelum hari pertandingan


Raptai tarian bagi setiap kontinjen negeri


Kontinjen Terengganu


Bergaya...antara para penari daripada kontinjen Melaka, Sarawak dan Terengganu bergambar kenang-kenangan selepas selesai persembahan


Segak dan menawan...antara penari yang memakai busana tradisional Melayu


Ambil peluang...guru bergaya dengan aksesori kepala daripada suku kaum di Sarawak


Bersiar-siar dengan menaiki bas kayu yang unik mengelilingi bandaraya Kuala Terengganu


Mengeratkan lagi ikatan ukhuwwah antara para peserta di dalam acara sukaneka


Berpeluang mengelilingi Pulau Wan Man dengan bot yang disediakan


Masjid Kristal...antara mercu tanda popular yang terdapat di Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man


Majlis Makan Malam di Seri Iman (Kediaman Menteri Besar Terengganu)


Para peserta berpakaian tradisional (pakaian tarian masing-masing) di dalam majlis makan malam ini


Keputusan Pertandingan Tarian 1 Malaysia juga diumumkan dalam majlis ini


Semua para peserta menerima cenderahati daripada Toh Puan Seri Datin Norliza Mahmud (Isteri Menteri Besar Terengganu)


Salam Sayonara - Semua peserta dan guru pengiring menerima ole-ole sebagai kenang-kenangan untuk dibawa balik ke tempat masing-masing


KEPUTUSAN :

JOHAN : Melaka
NAIB JOHAN : Sarawak
KETIGA : W.P Labuan


@>---- TAHNIAH dan SYABAS kepada semua pasukan yang berjaya mewakili negeri masing-masing...bakat dan keISTIMEWAan kalian amat mengagumkan...
PENDIDIKAN KHAS BOLEH !

Jumpa lagi di tahun akan datang !!!



~ SEDETIK BERSAMA SEABAD TERASA ~


Saturday, November 12, 2011

LAWATAN BERMAKLUMAT KE PUTRAJAYA DAN MELAKA (PART II)


PENGHARGAAN UNTUK PARA PENAJA

@ Sepanjang kami mengadakan program ini, pelbagai pihak telah sudi memberi penajaan dan sumbangan kepada kami. Terima kasih daun keladi.Sumbangan yang dihulurkan hanya Allah jua yang dapat membalasnya.Semoga dimurahkan rezeki untuk kalian... @

Berikut adalah antara orang perseorangan mahupun syarikat koprat yang telah memberi sumbangan dan penajaan kepada kami :


Encik Zakwan Zulkifli - penginapan


Inilah banglo penginapan kami - amat selesa

Bergambar bersama-sama keluarga Encik Zul - menaja sarapan pagi dan makan tengahari


Makan tengahari - tajaan En. Zul


Sijil penghargaan dan cenderahati untuk pihak Melaka Duck Tours


Terima kasih kepada pihak Melaka Monorail


Penghargaan untuk pihak Menara Taming Sari


Wakil daripada pihak Persatuan Beca Melaka menerima sijil penghargaan dan cenderahati daripada pihak kami


Wakil Hotel Queenspark - tajaan makan malam oleh Y.A.B Datuk Seri Mohd Ali Rustam - Ketua Menteri Melaka


Wakil McDonald's Air Keroh


Wakil KFC


Wakil penajaan sarapan pagi (perjalanan pergi ke Melaka) - oleh Y.A.B Datuk Seri Ahmad Shaberry Cheek



@@ Terima kasih juga kepada orang persorangan dan persatuan yang telah sudi menghulurkan sumbangan wang tunai dalam menjayakan lagi program ini @@


Saturday, November 5, 2011

LAWATAN BERMAKLUMAT KE PUTRAJAYA DAN MELAKA (PART I)


PROGRAM : Lawatan Bermaklumat Ke Putrajaya & Melaka Bandaraya Bersejarah
TARIKH : 30 Oktober - 1 November 2011 (Ahad- Selasa)
PENYERTAAN : 20 orang pelajar PPKI
5 orang guru PPKI
2 orang PPM


Berikut adalah antara yang menarik sepanjang program tersebut :


Singgah di sekitar Wilayah Persekutuan Putrajaya (Hari Pertama)


Rezeki kami...menerima jemputan ke kediaman seorang usahawan berjaya di Melaka


Melawat Perigi Hang Tuah (Hari Kedua)


Bergambar di hadapan Rumah Tradisi Melayu Melaka


Gembira...berpeluang menaiki kenderaan Melaka Duck Tours


Melawat di sekitar tapak bersejarah iaitu di Kota A Famosa


Berpeluang menaiki beca berhias yang sangat cantik mengelilingi sekitar Bandaraya Melaka


Masing-masing teruja apabila dapat menaiki Menara Taming Sari


Makan Malam di Queens Park Hotel Malacca


Menyusuri Sungai Melaka dengan menaiki Malacca River Cruise pada waktu malam


Menaiki Melaka Monorail


Hari ke-3 di akhiri dengan melawat Zoo Melaka di Air Keroh



* Banyak lagi pengalaman dan cerita-cerita menarik sepanjang program lawatan ini...TUNGGU...dalam episod seterusnya...