Saturday, October 31, 2009

SUKANEKA PPKIBP SMKSO 2009


AKTIVITI :
Sukaneka PPKIBP SMKSO 2009
HARI : Khamis ( 29 Oktober 2009)
TEMPAT : Dataran Blok PPKIBP
ACARA : - Mengisi air di dalam botol
- Membawa bola ping pong di dalam sudu
- Berebut masuk gelung
- Melepasi halangan tali
- Memecahkan belon di kaki

Berikut antara aksi-aksi menarik sepanjang aktiviti dijalankan :


Aksi menarik sebelum masing-masing berlumba-lumba memecahkan belon lawan

Salah seorang pelajar berusaha memecahkan belon guru

Hebat...2 orang peserta akhir...wakil guru dan pelajar masing-masing cuba memecahkan belon lawan

Acara melepasi halangan tali...kene ada skill ni

Wah..wah!..antara gaya menarik pelajar untuk melepasi halangan tali

Permainan yang paling best...berebut masuk gelung...
Music please !

Guru-guru PPKIBP juga tidak ketinggalan menyertai permainan ini

Cepat...masuk dalam gelung !

Yakin boleh !...kumpulan kita mesti menang ni...

Berhati-hati ...takut nanti terjatuh bola ping pong

Bersiap sedia untuk acara mengisi air di dalam botol menggunakan span

Masing-masing berlumba-lumba mengisi air di dalam botol



* Mengikut perancangan asalnya aktiviti ini sepatutnya diadakan di pantai Teluk Gadong, tetapi disebabkan keadaan cuaca (hujan) yang tidak mengizinkan, kami hanya menjalankannya di kawasan sekolah.Walau bagaimana pun aktiviti ini tetap meriah dan happening !

Monday, October 26, 2009

KARNIVAL KO -KURIKULUM PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT DAERAH DUNGUN 2009



PROGRAM :
Karnival Ko-Kurikulum Pendidikan Khas Daerah Dungun 2009
TARIKH : 26 Oktober 2009 ( Isnin )
MASA : 9.00 pagi - 1.oo tengahari
TEMPAT : Dataran SK Sultan Omar
AKTIVITI : - Perasmian oleh Pegawai Pelajaran Daerah Dungun
- Demonstrasi daripada Bomba dan Penyelamat Daerah Dungun
- Demonstrasi daripada Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) Daerah Dungun
- Pameran daripada Pasukan Polis Diraja Malaysia
- Jamuan


Pegawai JPA3 Daerah Dungun sedang memberi demonstrasi kepada hadirin mengenai langkah-langkah yang betul menangkap ular

Berani...para pelajar melihat secara dekat ular sawa yang dipegang oleh pegawai JPA3 Daerah Dungun

Asyik....Demonstrasi daripada pegawai JPA3 mendapat sambutan yang hangat daripada para hadirin

Cuba...salah seorang wakil guru cuba menangkap ular sawa menggunakan peralatan khas yang digunakan oleh pasukan Jabatan Pertahanan Awam Daerah Dungun (JPA3)

Ahli bomba memberi demonstrasi cara memadam kebakaran kepada para pelajar dan guru-guru pendidikan khas

Cara memadam kebakaran dengan betul

Peluang keemasan...pelajar-pelajar pendidikan khas menyerbu kenderaan pasukan Bomba dan Penyelamat Daerah Dungun

Tidak melepaskan peluang mencuba uniform pasukan bomba dan penyelamat

Pelajar PPKIBP SMKSO bergaya dengan uniform bomba

Jom kita minum milo dulu !


Tuesday, October 20, 2009

LAWATAN MUHIBBAH 3 BUAH SEKOLAH KE PPKIBP SMKSO


AKTIVITI : Menerima Lawatan Muhibbah daripada PPKIBP SMK Sultan Ismail (Kemaman), PPKIBP SMK Merchang & PPKIBP SK Merchang (Marang)
TARIKH : 20 Oktober 2009 ( Selasa )
JUMLAH ROMBONGAN : 70 orang
TEMPAT : Bilik Mesyuarat & Blok PPKIBP

ATUCARA PROGRAM : - Ucapan alu-aluan penyelaras
- Ucapan wakil rombongan
- Tayangan video klip PPKIBP SMK Sultan Omar
- Lawatan ke Blok PPKIBP
- Jamuan ringan

Rombongan daripada PPKIBP SMK Sultan Ismail, Kemaman

Rombongan daripada PPKIBP SMK Merchang & SK Merchang, Marang


Selamat datang ke kelas kami...jemputlah masuk

Antara guru-guru pengiring yang hadir dalam menjayakan program ini

Penyampaian cenderahati daripada Penyelaras SMK Merchang ( Cikgu Azam) kepada PK HEM - Cikgu Wan Su Wan Jaffar mewakili pihak SMK Sultan Omar

Ucapan daripada wakil rombongan - Cikgu Norlida daripada SMK Sultan Ismail, Kemaman

Guru Penyelaras PPKIBP SMKSO - Cikgu Noh memberi ucapan alu-aluan kepada peserta rombongan

Guru dan para pelajar khusyuk mendengar taklimat ringkas dan tayangan video klip

Sedapnya makan beramai-ramai....kumpulan pelajar daripada SK Merchang, Marang

Menjamu selera....antara para pelajar daripada SMK Sultan Ismail, Kemaman


* Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga kita semua mendapat manfaat bersama dan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara kita.


Thursday, October 8, 2009

SAMBUTAN & JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI PPKIBP SMKSO



PROGRAM : Sambutan & Jamuan Hari Raya Aidilfitri PPKIBP
HARI : Rabu (07.10.09)
MASA : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
TEMPAT : Blok PPKIBP SMKSO
JEMPUTAN : Semua warga SMKSO
JUADAH : Nasi Tomata, Ayam Masak Merah, Dalca, Acar, Ketupat Palas, Tapai Pulut, Puding, Biskut Raya, Tembikai & Air Blackcurrant


Selamat datang! Jemputlah masuk

Tapai pulut daun getah & bekas plastik

Ketupat pulut daun palas

Kuih & biskut raya

Segak & cantik. Masing-masing bergaya dengan baju raya.

Bermaaf-maafan. Ini aksi sahaja.Warna baju sedondon

Bersalam-salaman

Kita minum dulu!

Antara jemputan VIP yang hadir - Ayahanda pengetua, PK1 & PK HEM

Guru-guru dan kakitangan SMKSO turut sama memeriahkan jamuan raya

Menjamu selera


* Terima kasih kepada semua tetamu & para jemputan yang hadir memeriahkan majlis.InsyaAllah kita jemput lagi tahun depan.

Friday, October 2, 2009

LATIHAN FUTSAL DAERAH


AKTIVITI : Latihan Futsal Peringkat Daerah Dungun
TARIKH : 27 Sept - 1 Okt 2009
TEMPAT: Padang SMK Sura & Twin Court, Dungun (Dewan Futsal)
SEKOLAH TERLIBAT : SMK Sultan Omar,SMK Sura, SMK Ketengan Jaya & SMK Pulau Serai
TARIKH PERLAWANAN: 3 Oktober 2009 (Sabtu) di Kuala Terengganu.

SEMOGA BERJAYA

Berikut antara aksi-aksi menarik sepanjang latihan :