Wednesday, February 29, 2012

BERKENALAN DENGAN MISS KAITLIN O'MALLEY


PROGRAM : Berkenalan Dengan Guru ETA
(English Teaching Assistance)

TARIKH : 26 Februari 2012 (Ahad)
MASA : 11.00 pagi - 11.40 pagi
TEMPAT : Blok PPKIBP DESSO

Berikut adalah antara yang menarik sepanjang program :


Memperkenalkan diri kepada warga PPKIBP SMK Sultan Omar


Guru ETA SMK Sultan Omar- Miss Kaitlin O'Malley berasal daripada Chicago, Amerika Syarikat


Sesi berkenalan dengan murid-murid PPKI dengan menggunakan teknik permainan yang sangat menarik


Murid PPKI memperkenalkan diri


Murid PPKI berpeluang bertanyakan soalan kepada Miss Kaitlin


Gembira dapat menyanyi bersama-sama


Bergambar kenang-kenangan

Sunday, February 26, 2012

KEM KEROHANIAN DI MASJID KG RAWAI,MARANG


PROGRAM : Program Memasyarakatkan Murid Berasaskan Masjid - Perkampungan Rohani, Solat & Al-Quran Murid-Murid Pendidikan Khas Negeri Terengganu 2012
TARIKH : 21 - 23 Februari 2012 (Selasa-Khamis)
TEMPAT : Masjid Kampung Rawai, Marang
PESERTA : 120 orang Murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran, Masalah Pendengaran & Masalah Penglihatan
PENGISIAN PROGRAM : - Lawatan sosial ke rumah penduduk kampung
- Solat berjemaah 5 waktu
- Tazkirah
- Riadah pagi & petang
LDK (mengucap shahadah,wuduk,solat,mandi wajib,zikir dll) - teori & amali
-Kembara Bandaraya

Berikut adalah antara yang menarik sepanjang program tersebut :


Fasilitator jemputan memberi ceramah dan bimbingan menggunakan bahasa isyarat kepada murid-murid bagi kategori masalah pendengaran


Murid PPKI (BP) SMK Sultan Omar diwakili oleh Mohamad Zulhaikal b Mat Othman (berbaju biru) dibimbing oleh Ustaz Rusdi dalam aktiviti LDK


Seorang lagi wakil murid daripada PPKI (BP) SMK Sultan Omar, Mohd Hamdan b Che Mat berada dalam kumpulan yang dibimbing oleh Ustaz Ahmad Yazid


Amali wuduk - Mohd Hamdan diberi peluang untuk menunjukan cara yang betul menyempurnakan wuduk dengan bimbingan Ustaz Ahmad Yazid


Antara aktiviti yang disertai dalam aktiviti riadah petang


Mengisi air dalam botol menggunakan span


Aktiviti berkumpulan ini dapat memupuk sikap kerjasama sesama ahli kumpulan


Riadah pagi - mendengar taklimat daripada pihak urusetia sebelum aktiviti dijalankan


Seronok dan teruja apabila berpeluang mencuba permainan Paintball


Antara tempat menarik yang dilawati dalam Program Kembara Bandaraya - Pulau Warisan berhampiran Taman Shahbandar,Kuala Terengganu


Bergambar di hadapan Masjid Kristal


Friday, February 24, 2012

KELAB KIST - JUAL ROTI HAMLET


PROGRAM : Projek Keusahawanan - Kelab KIST (Kasih Istimewa)
TEMPOH : Mulai Februari - September (projek tahunan)
MASA : Setiap hari Rabu (8.00 pagi - 9.30 pagi & 1.00 petang - 2.00 petang)
PRODUK : - Roti Hamlet
- Aiskrim Malaysia} proses pembungkusan
- Kerepek /biskut } proses pembungkusan


Berikut adalah antara yang menarik ketika aktiviti dijalankan :


Setiap minggu, seramai 3 orang murid akan ditugaskan untuk menjalankan projek ini


Murid dilatih dengan kemahiran pengurusan dan gerak kerja di bahagian dapur


Aktiviti seperti ini akan dapat memberi pendedahan kepada murid dalam pelbagai aspek seperti penyediaan,proses sehinggalah menjual produk


Murid menunjukkan minat yang tinggi untuk menjayakan projek keusahawanan ini


Roti hamlet yang dijual sentiasa mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga sekolah


Peluang seperti ini dapat memberi pendedahan awal kepada murid untuk berjaya dalam bidang keusahawanan sebagai kerjaya mereka suatu hari nanti


Menerima tempahan awal dua hari sebelum hari jualan


Hasil jualan akan disimpan di dalam akaun Kelab KIST untuk kegunaan pelbagai aktiviti kelab


Operasi jualan dibuka bermula pukul 10.20 pagi (waktu rehat tingkatan 1-3) sehingga pukul 11.20 pagi (tamat waktu rehat tingkatan 4-6)



HARGA BERBALOI-BALOI !!!

~~ Roti Hamlet bersalut telur, berintikan sosej ayam@daging ,timun & bawang tumis berperisa lada hitam + mayonis & sos cili ~~

RM 1.50 sahaja !


Thursday, February 16, 2012

BOLA BOTOL vs BOLA TIN


PROGRAM : Permainan Bola Botol dan Bola Tin
TARIKH : 9 & 16 Februari 2012 (Khamis)
MASA : 8.00 pagi - 9.00 pagi
TEMPAT : Dataran PPKI dan Trek Olahraga DESSO
ALATAN : Botol minuman dan tin susu terpakai
(bahan kitar semula)



Berikut adalah antara aksi-aksi menarik sepanjang permainan :


Botol minuman terpakai yang bentuknya hampir sama dengan pin boling


Tin susu terpakai digunakan dalam permainan bola tin, iaitu antara permainan popular kanak-kanak di kampung


Permainan bola botol sama seperti permainan boling dengan mengira jumlah jatuhan botol


Permainan bola tin menguji ketangkasan ahli-ahli kumpulan untuk menang


Teknik dan cara membaling bola sangat penting untuk menjatuhkan botol


Pasukan yang dapat menjatuhkan semua tin akan berpeluang untuk menang jika berjaya menyusun semula tin dengan sempurna


Fokus dan bijak membuat sasaran dapat membantu menjatuhkan semua botol


Antara permainan yang kian dilupakan oleh generasi muda pada hari ini


Tersilap sasaran!


Kerjasama antara ahli kumpulan adalah sangat penting untuk mencapai kemenangan