Saturday, August 21, 2010

PELAJAR ISTIMEWA BERTADARUS DI BULAN RAMADHAN



PROGRAM :
Bertadarus di Bulan Ramadhan (Juzuk 30)

OBJEKTIF : Diharapkan warga PPKIBP SMKSO dapat menghayati dan mengisi masa dengan amalan dan aktiviti kerohanian sepanjang bulan puasa ini
PENYERTAAN : Guru dan Pelajar PPKIBP
TEMPAT : Blok PPKIBP SMKSO
MASA : 8.30 pagi -9.30 pagi ( Setiap Khamis sepanjang bulan Ramadhan)


INFO :

BERTADARUS ertinya membaca Al Quran secara beramai-ramai sehingga tamat (khatam) terutamanya di dalam bulan Ramadhan.Hukumnya adalah SUNAT



Bertadarus Juzuk 30


Bertadarus...diketuai oleh Cikgu Siti Nor Adhhiah


Meluangkan masa dengan aktiviti berfaedah sepanjang bulan ramadhan


Kekurangan diri tidak menghalang pelajar-pelajar istimewa untuk sama-sama memuliakan bulan yang penuh keberkatan ini



Khusyuk...membaca dan menghayati bacaan al-quran bersama-sama guru dan kawan-kawan


Bersemangat... Muhammad Hamirun dan Wan Amiruddin turut serta melibatkan diri dalam aktiviti kerohanian ini


Selesai sudah...masing-masing bersalam-salaman setelah tamat berkhatam



KEUTAMAAN BERTADARUS IALAH :

@@@ Setiap huruf daripada ayat Al Quran yang dibaca, Allah beri satu kebajikan.

@@@ Ayat-ayat di dalam Al Quran banyak berisi ayat memohon keampunan, memohon kebajikan, memohon dijauhi seksaan neraka dan sebagainya. Dengan membaca Al Quran, secara tidak langsung kita berdoa dan memohon daripada Allah. Allah akan memberi sebaik baik pemberian kepada orang-orang yang memohon kepadaNya.

@@@ Orang yang berpuasa dan bertadarus, mendapat syafaat dari puasa dan Al Quran.



*=== Selain BERTADARUS, kami juga mengadakan aktiviti TAZKIRAH RAMADHAN pada setiap pagi yang disampaikan oleh Cikgu Noh Ayob (Penyelaras PPKIBP SMKSO) ===*


No comments:

Post a Comment