Friday, October 29, 2010

BELAJAR MEMBUAT KRAF :PROMOSI KRAF MALAYSIA 2010 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU


PROGRAM : Belajar Membuat Kraf di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
TARIKH : 28 Oktober 2010 (Khamis)
MASA : 11.00 -12.30 Tenghari
TEMPAT : Chendering, Kuala Terengganu
PESERTA : 17 orang pelajar
JENIS KRAF : Bekas Cenderahati Pelbagai Bentuk


Berikut adalah antara yang menarik sepanjang program berlangsung :


Cantik dan Unik...Inilah bentuk kraf yang akan diajar kepada Pelajar-pelajar Pendidikan Khas SMK Sultan Omar


Pengajar kraf iaitu Puan Ismawati Ismail memberi tunjuk ajar kepada pelajar-pelajar ini untuk menghasilkan kraf yang menarik


Bersemangat...Nur Yusmira dan Nor Syazana cuba untuk menyiapkan hasil kraf mereka sendiri


Masing-masing begitu tekun mengikut setiap langkah yang diajar untuk menghasilkan kraf yang menarik


Tidak mahu ketinggalan..Mohd Arafi dan Wan Mohd Amiruddin menyiapkan kraf mereka


Dibantu...Salah seorang pelatih menunjuk cara kepada pelajar-pelajar dalam proses menghasilkan kraf


Aktiviti sebegini sangat membantu pelajar untuk menggilap bakat dan kreativiti mereka


Tekun...pelajar dan guru bersungguh-sungguh menyiapkan hasil kraf yang baru diajar


Siap...inilah hasil kraf yang telah berjaya dibuat oleh pelajar-pelajar


Selain membuat kraf berbentuk segitiga, pelajar juga diajar membuat kraf berbentuk segiempat



===>>> Sekalung TERIMA KASIH kepada pihak yang terlibat terutamanya kepada Puan Ismawati Ismail yang telah sudi memberi tunjuk ajar dan berkongsi idea untuk kami warga PPKIBP SMK Sultan Omar bagi menghasilkan kraf yang sangat menarik dan cantik. >>>>===


3 comments:

  1. Comellllllnya.....tahniah...mereka memang berbakat kalau diberi peluang......pergi k.Trg...lawatan ker?pergi tempat mana lagi?

    ReplyDelete
  2. Betul tu Kak Da...guna sebaiknye peluang yg ada..kalo x sayang bakat anak2 istimewa ni..
    Kami pergi kat Pusat Kraftangan tu jer..kebetulan ade pameran & demo..kami join skali.ader lg yg blm diposting...Tunggu..hehehe.

    ReplyDelete