Friday, May 8, 2009

PROJEK "BUMI HIJAU" (SIRI 2)

TARIKH : 07 MEI 2009 (KHAMIS)
MASA :12.00 - 1.30 PTG
TEMPAT : TAMAN LANDSKAP BUMI HIJAU PKBP
PENYERTAAN : PELAJAR TINGKATAN 1,2,& 3 (KELAS PREMIER SAHAJA) & PKBP
ANJURAN : JABATAN PERTANIAN DAERAH DUNGUN
AKTIVITI : CERAMAH, DEMONSTRASI & AMALI CARA MENANAM ANAK POKOK



Hati-hati..nanti terjatuh plak anak pokok tu...


Eh..Betul ke ni cara nak pindahkan anak pokok..


Pelajar istimewa pun nak tunjuk kemahiran jugak cara nak tanam anak pokok.


Nanti boleh tolong mak pulak tanam pokok cili kat belakang rumah.


Antara anak-anak pokok yang dibekalkan oleh Jabatan Pertanian Daerah Dungun (cili,bendi dan terung)


4 comments:

  1. Salam..
    Wah seronok tu tanam sayur...akak ada pengalaman tanam cili, bendi dan terung ni. Now, bendi dan terung dah takde kena semai balik tinggal cili je satu pokok...tu pun tak berapa nak subur...hehe

    Yang paling seronok bila time bendi berbuah...nanti keluar buahnya tak renti2. Kalau terlambat ambil, bendi nya cepat jadi matang dan dah tak sesuai dimasak lagi. Kena selalu kutip sampai hari2 akak takde masak menu lain, balik2 kalau tak kari...asam pedas... hehe

    ReplyDelete
  2. w'salam..
    Terima kasih kak.Nanti kita boleh sahut seruan kerajaan...tanam sayur2 & ulam2 kat umah.Memang seronok sgt kak. lebih2 lagi murid2 istimewa ni.Kami setiap hari Isnin berkebun..semai benih, tanam anak2 pokok..merumput.Sekarang ni pokok kangkung tunggu masa je nak ambik...dah ada yg bagi cadangan nak masak kangkung goreng dan nasi goreng kg taruk kangkung byk2.hehehe...InsyaAllah hari Rabu minggu depan ader kelas memasak..kami masak kangkung byk2.pokok bendi kecik lagi.pokok cili dh ader yg berbuah.tapi x byk sgt...

    ReplyDelete
  3. Akak ucapkan Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik SMK Sultan Omar....

    Daripada Abu Umamah al-Bahili, Rasulullah SAW bersabda yang ertinya: "Sesungguhnya Allah, malaikat dan ahli (penduduk) langit dan bumi; hinggakan semut di dalam lubang dan juga ikan paus (meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut) mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia." (Riwayat al-Tarmizi)

    ReplyDelete
  4. Terima kasih byk2 kak.Amin...

    ReplyDelete