Friday, January 30, 2009

SEJARAH PENUBUHAN KELAS PENDIDIKAN KHAS SMK SULTAN OMAR, DUNGUN



Program Integrasi Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran di SMK Sultan Omar mula dibuka pada tahun 2003 dengan bilangan pelajar perintis seramai 7 orang dan tenaga pengajar 3 orang.
Bilangan pelajar sentiasa bertambah setiap tahun iaitu seramai 11 orang pada tahun 2004 dan bertambah kepada 16 orang pada tahun 2005. Pada tahun 2006 dan 2007, seramai 18 orang
telah mendaftar di kelas ini. Tetapi berkurangan kepada 17 orang pada 2008.
Pelajar yang berdaftar di dalam program ini adalah terdiri daripada pelbagai kategori seperti Sindrom Down,Celebral Palsy, Austistik, Hiperaktif, Epilepsi, Slow Learner dan sebagainya.
Sehingga bulan Januari 2009,seramai 18 orang pelajar mengikuti kelas ini dengan bimbingan 5 orang guru dan dibantu 2 orang Pembantu Pengurusan Murid (PPM).

1 comment:

  1. salam....

    Syabas sy ucpkan kepada guru-guru khas yg mempunyai semangat juang yg tinggi demi mendidik anak murid yg bermasalah, walaupun sy yakin bukan smua guru mampu memikul tanggungjawab ini, namun anda semua adalah hamba-hamba Allah yang terpilih. Besar ganjarannya di Akhirat nnt..
    akhr kata, teruskan perjuangan, didik dan bimbinglh sehingga mereka kenal erti kehidupan..wassalam

    ReplyDelete