Saturday, July 21, 2012
LAWATAN KE SARAWAK : UNIK & MENARIK (PART V)
Sepanjang berada di Kuching, Sarawak pelbagai perkara menarik dan pengalaman baru yang kami rasai. Berikut adalah antara yang menarik :
Pesawat AirAsia...pengalaman manis dan pertama kami menaiki kapal terbang
Beribu-beribu pasu yang terdapat di kilang membuat pasu
Pelbagai bentuk pasu dihasilkan contohnya yang berbentuk kasut wanita
Berpeluang melihat pasukan pendayung bot panjang sedang menjalani latihan di sepanjang Sungai Sarawak
Pelbagai jenis perahu atau bot tradisional yang sangat menarik dapat dilihat disini
Makanan tradisional Sarawak, iaitu Celorot (yang berbentuk panjang)
Labu gergasi yang ditanam di SMK Demak Baru
Mengeluarkan hasil...pokok tomato ditanam menggunakan teknik fertigasi di SMK Demak Baru
Pengalaman menaiki tangga yang tinggi di rumah panjang
Berpeluang bermain alat muzik di rumah panjang
Menyumpit...berpeluang melakukannya ketika berada di Pondok Orang Penan
Demonstrasi menghasilkan sejenis alat muzik iaitu Sape
Membuat kuih jala di rumah panjang
Boleh juga mencuba menumbuk padi
Persembahan tarian yang unik dengan pakaian tradisional yang sangat menarik
Aksi Orang Utan ketika sedang makan
Bergambar beramai-ramai dengan aksi tersendiri ketika berada di Semenggol Wildlife
Cantik...pokok Periuk Kera yang terdapat di sekitar hutan di Semenggol Wildlife
Masing-masing membawa troli yang dipenuhi dengan bagasi dan barang-barang yang sempat dibeli ketika berada di Kuching
Inilah cenderahati hasil kerja murid yang dibawa ke Kuching untuk diberikan kepada pihak penaja kami
@>----- Selama 4 hari 3 malam kami berada di Kuching, Sarawak banyak pengalaman baru yang dapat kami kutip.Pengalaman ini akan menjadi kenangan manis buat kami semua @>-----
* Panjang umur dan dimurahkan rezeki kami mahu datang lagi ke Sarawak pada masa akan datang *
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment