Monday, June 28, 2010

AHLI KELUARGA PPKIBP BAHARU



SELAMAT DATANG KEPADA MURID PPKIBP BAHARU



Pada minggu lepas, pihak kami telah menerima seorang lagi murid baharu sebagai ahli keluarga PPKIBP Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar.
Berikut adalah butirannya :



NAMA : Wan Amiruddin b Wan Mohd Asri
UMUR : 15 tahun
SEKOLAH SEBELUM INI : PPKIBP SMK Seri Paka, Dungun
SEBAB BERTUKAR : Mengikut ayah yang bertukar tempat kerja



Wan Amiruddin b Wan Mohd Asri




* JUMLAH MURID PPKIBP = 18 orang
(15 orang lelaki & 3 orang perempuan)
* JUMLAH GURU PPKIBP = 5 orang
* JUMLAH PPM = 2 orang



Saturday, June 19, 2010

GELAGAT & AKSI PERCUTIAN DI PULAU LANGKAWI


Sepanjang lawatan kami ke Pulau Langkawi ini, tidak lengkap rasanya jika tidak beraksi di depan kamera.Masing-masing memberi gaya dan aksi tersendiri.


Berikut adalah antara yang sempat dirakamkan :



Bermesra dengan keldai


Bersantai di waktu malam sambil menikmati burger sumbangan McDonald's


Guru dan pelajar...teruja dapat melihat pelbagai spesies ikan di Underwater World Langkawi


Cikgu-cikgu bergaya sakan di depan kamera !


Aksi bersahaja si kembar Upin dan Ipin...


Aksi manja bersama arnab


Lena di ulit keletihan...dalam perjalanan pulang ke Terengganu


Beraksi bersaksikan bulan purnama


Jinaknya... bergambar bersama burung kakak tua


Tidak mahu ketinggalan...bergambar dengan arnab


Sedih @ gembira ? Tiba masanya untuk pulang semula ke Terengganu



* Sekian untuk paparan semua.Memori terindah kami di pulau lagenda,Pulau Langkawi.Panjang umur kami mahu pergi lagi ! Jumpa di sana.


Tuesday, June 8, 2010

LAWATAN BERMAKLUMAT KE PULAU LANGKAWI - SIRI IV


Dalam menjayakan program Lawatan Bermaklumat ke Pulau Langkawi ini, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak memberi sumbangan dan kerjasama sepanjang program ini dijalankan.



Berikut adalah antaranya :


Penghargaan kepada pengusaha Motel Suria Langkawi, Encik Wan Ruslan (motel penginapan kami sepanjang program)


Pemberian sijil penghargaan kepada pihak pengurusan Galeri Mahsuri


Terima kasih kepada pihak pengurusan Underwater World Langkawi


Tidak ketinggalan penghargaan kepada pihak KFC Holding Malaysia Berhad (Cawangan Langkawi Mall) yang telah memberi sumbangan kepada kami


McDonald's juga sangat prihatin dengan menghulurkan sumbangan kepada kami.Terima Kasih!



Penghargaan kepada pihak pengurusan Bird Paradise & Wildlife Park


Terima kasih kepada pihak pengurusan Cable Car Langkawi



* Jutaan terima kasih juga kepada pihak-pihak lain yang turut memberi sumbangan dan kerjasama kepada kami sama ada syarikat mahupun persendirian.
TERIMA KASIH DAUN KELADI !!!


Friday, June 4, 2010

LAWATAN BERMAKLUMAT KE PULAU LANGKAWI - SIRI III


Antara memori indah sepanjang lawatan :


Bergambar bersama-sama selepas merasai pengalaman menaiki kereta kabel


Merakamkan detik-detik indah di Puncak Gunung Mat Cincang selepas berhenti di stesen kedua Kereta Kabel Langkawi


Berpeluang bergambar dengan burung nuri


Bersama-sama bergambar di Underwater World Langkawi


Bergambar di hadapan Rumah Kedah berhampiran dengan Perigi Mahsuri


Ketika berada di Jeti Kapal Layar Dato'Azhar Mansor


Pelajar-pelajar aliran perdana turut serta sebagai mentor kepada pelajar pendidikan khas


Bergambar bersama-sama ahli keluarga sebelum berangkat ke Pulau Langkawi



>>> Jumpa lagi di dalam siri seterusnya <<<



Tuesday, June 1, 2010

LAWATAN BERMAKLUMAT KE PULAU LANGKAWI - SIRI II


Berikut antara aksi-aksi menarik sepanjang lawatan ke Pulau Langkawi :


Masing-masing bersiap sedia untuk memulakan perjalanan dengan menaiki pengangkutan feri dari Jeti Kuala Perlis


Sabar menunggu ketibaan feri


Merasai pengalaman menaiki feri


Sesi taklimat mengenai produk-produk gamat daripada pengusaha gamat


Teruja dapat menaiki kereta kabel ke puncak Gunung Mat Cincang


Pengalaman berharga...gembira bercampur takut menaiki kereta kabel


Ketika di Bird Paradise & Wildlife Park


Bersama-sama menonton tayangan video mengenai sejarah Mahsuri di Galeri Mahsuri


Merasai kesejukan air Perigi Mahsuri



<<< --- Bertemu di dalam siri seterusnya --- >>>