Saturday, July 21, 2012

LAWATAN KE SARAWAK : UNIK & MENARIK (PART V)


 Sepanjang berada di Kuching, Sarawak pelbagai perkara menarik dan pengalaman baru yang kami  rasai. Berikut adalah  antara yang menarik :


Pesawat AirAsia...pengalaman manis dan pertama kami menaiki kapal terbang


Beribu-beribu pasu yang terdapat di kilang membuat pasu


Pelbagai bentuk pasu dihasilkan contohnya yang berbentuk kasut wanita 


Berpeluang melihat pasukan pendayung bot panjang sedang menjalani latihan di sepanjang Sungai Sarawak


Pelbagai jenis perahu atau bot tradisional yang sangat menarik dapat dilihat disini


Makanan tradisional Sarawak, iaitu Celorot (yang berbentuk panjang)


Labu gergasi yang ditanam di SMK Demak Baru


Mengeluarkan hasil...pokok tomato ditanam menggunakan teknik fertigasi di SMK Demak Baru


Pengalaman menaiki tangga yang tinggi di rumah panjang


Berpeluang bermain alat muzik di rumah panjang


Menyumpit...berpeluang melakukannya ketika berada di Pondok  Orang Penan


 Demonstrasi menghasilkan sejenis alat muzik iaitu Sape


Membuat kuih jala di rumah panjang


Boleh juga mencuba menumbuk padi


Persembahan tarian yang unik dengan pakaian tradisional yang sangat menarik


Aksi Orang  Utan ketika sedang makan


Bergambar beramai-ramai dengan aksi tersendiri ketika berada di Semenggol Wildlife


Cantik...pokok Periuk Kera  yang terdapat di sekitar hutan di Semenggol Wildlife


Masing-masing membawa troli yang dipenuhi dengan bagasi dan barang-barang yang sempat dibeli ketika berada di Kuching


Inilah cenderahati hasil kerja murid yang dibawa ke Kuching untuk diberikan kepada pihak penaja kami


@>----- Selama 4 hari 3 malam kami berada di Kuching, Sarawak banyak pengalaman baru yang dapat kami kutip.Pengalaman ini akan menjadi kenangan manis buat kami semua @>-----


* Panjang umur dan dimurahkan rezeki kami mahu datang lagi ke Sarawak pada masa akan datang *


Wednesday, July 18, 2012

SUMBANGAN @ TAJAAN UNTUK KAMI DI KUCHING - PART IV


Sepanjang lawatan kami di Sarawak, beberapa pihak telah bermurah hati memberi sumbangan dan tajaan  kepada kami dalam melancarkan perjalanan program pada kali ini. Berikut adalah antaranya :


Bot yang membawa kami menyusuri Sungai Sarawak milik Koperasi Lam Berambeh River Cruise


Cenderahati istimewa daripada kami....wakil koperasi menerimanya sebagai tanda penghargaan kami


Sijil dan cenderahati kepada pihak pengurusan Rumah Budaya Sarawak


Wakil daripada pihak pengurusan Semenggoh Wildlife


Penghargaan untuk pihak KFC Holding


Makan malam  yang berkonsepkan makanan barat


Menjamu selera


Wakil daripada pihak Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak yang menaja makan malam kami


 Menjadi tetamu istimewa di Pusat Pemulihan Samarahan


 Makan malam yang diadakan istimewa untuk kami bersama jemputan lain


Ucapan alu-aluan oleh Penolong Pegawai Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Kota Samarahan - Puan Norhayati bt Abdul Rahman

 Tarian kebudayaan oleh pelatih Pusat Pemulihan Samarahan


 Wakil PPKIBP SMK Sultan Omar turut membuat persembahan


 Wakil kami - Encik Noh b Ayob menerima cenderahati daripada Puan Norhayati
sebagai tanda kenang-kenangan daripada Sarawak


 Menerima plak daripada pihak kami


Penghargaan untuk pemilik Nadin Homestay iaitu Tn Haji Nawawi - tempat  penginapan kami sepanjang berada di Kuching

Sebagai tanda penghargaan kepada pemandu bas yang membawa kami ke tempat-tempat menarik sepanjang program kami di Sarawak - Bas SKPK (P) Kota Samarahan



~ Terima kasih kepada semua pihak yang memberi sumbangan dan perkhidmatan yang baik sepanjang kami berada di Kuching baru-baru ini ~


Sunday, July 15, 2012

LAWATAN KE PPKI(BP) & PPKI(BD) DI KUCHING, SARAWAK - PART III


Selain melawat tempat-tempat menarik yang terdapat di sekitar Bandaraya Kuching, kami juga berkesempatan melawat 2 buah sekolah menengah yang mempunyai program pendidikan khas integrasi. 

 * PPKI (BP) SMK Demak Baru
 * PPKI (BD) SMK Datuk Patinggi Haji Abdul Gapor


Berikut adalah antara yang menarik sepanjang lawatan kami di dua buah sekolah tersebut :


Seawal jam 8.30 pagi, (Khamis - 5 Julai 2012) kami melawat sekolah pertama iaitu PPKI (BP) SMK Demak Baru


Lawatan untuk menambah  pengetahuan dan berkongsi idea serta pengalaman dalam dunia pendidikan khas


Kedatangan kami di sambut oleh guru-guru dan murid-murid PPKI (BP) SMK Demak Baru


 Persembahan nasyid oleh murid-murid PPKI(BP) SMK Demak Baru  yang sungguh menghiburkan dan sangat berbakat


Taklimat dan perkongsian idea oleh Guru Penolong Kanan PPKI(BP) SMK Demak Baru  iaitu Encik Jamal Shukuri Bolhassan


Ucapan balas daripada pihak kami oleh Penolong Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Dungun (Unit Pendidikan Swasta & Pendidikan Khas) iaitu Encik Noh Ayob


Menerima cenderahati daripada pihak tuan rumah, PPKI(BP) SMK Demak Baru


Sebagai tanda kenang-kenangan, pihak kami turut memberi cenderahati daripada Terengganu kepada PPKI (BP) SMK Demak Baru


Berpeluang melihat demonstrasi menghasilkan kraf manik oleh murid PPKI (BP) SMK Demak Baru


Menghias tudung saji


Mendengar taklimat dan penerangan daripada guru pendidikan khas SMK Demak Baru, Puan Norzita Mohamed mengenai aktiviti keusahawanan mereka


Melawat tapak tanaman tomato yang menggunakan teknik fertigasi


Acara kemuncak, kami semua dijamu dengan jamuan yang sungguh meriah dan enak


Jam 2.30 petang, kami tiba di sekolah kedua dalam siri lawatan kali ini iaitu, PPKI (BD) SMK Datuk Patinggi Haji Abdul Gapor


Sambutan yang meriah dan hebat oleh guru-guru dan murid-murid PPKI (BD) SMK DPHA Gapor


Terlebih dahulu wakil kami, Encik Noh Ayob menandatangani buku lawatan sebagi simbolik lawatan daripada PPKI (BP) SMK Sultan Omar ke sekolah mereka


Menerima cenderahati daripada pihak kami , selepas selesai taklimat dan ucapan ringkas daripada pihak tuan rumah


Melawat Galeri Seni & Kebudayaan - taklimat oleh Encik Zainoren b Hj Jack


Sambil menjamu selera, kami dihiburkan dengan persembahan tarian kebudayaan oleh murid-murid PPKI(BD) SMK DPHA Gapor  yang sangat hebat dan menarik


Menjamu selera dangan Laksa Sarawak yang sangat sedap


Bergambar beramai-ramai tanda kenang-kenangan


@>------ Sekalung terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak PPKI(BP) dan PPKI(BD) SMK Demak Baru dan SMK DPHA Gapor atas kesudian menerima kunjungan kami ini.Semoga dengan program ini, akan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara kita -----<@

~ TERIMA KASIH DAUN KELADI ~
~ PANJANG UMUR KITA JUMPA LAGI ~


* Kedua-dua buah sekolah ini adalah antara sekolah yang cemerlang dan terbaik di negeri Sarawak dalam program pendidikan khas.TAHNIAH!!!