Sunday, April 25, 2010

BURGER LARIS DIJUAL : PROJEK USAHAWAN MUDA PPKIBP 2010



PROGRAM : Usahawan Muda Pendidikan Khas SMKSO 2010
OBJEKTIF : - Memberi kemahiran dalam bidang pengurusan jual beli
- Mencungkil bakat keusahawanan para pelajar
- Memupuk semangat kerjasama
- Mencari dana untuk aktiviti-akiviti sepanjang tahun
PENGISIAN : - Penyediaan dan jualan burger ayam/ daging (Selasa dan Rabu sahaja)
- Pembungkusan dan jualan kerepek / keropok
- Jualan aiskrim
JANGKAMASA PROGRAM : April - Julai 2010


Berikut adalah antara yang menarik sepanjang program :



Ada bakat ... para pelajar berkemahiran menyediakan burger


Seramai 2 orang pelajar ditugaskan setiap hari untuk membuat burger yang akan dipantau oleh guru


Sibuk...sentiasa menerima tempahan daripada para pelajar dan guru sekolah


Bersama-sama guru dalam proses pembungkusan kerepek


Secara tidak langsung, pelajar turut didedahkan dengan kemahiran menimbang dan membungkus makanan (kerepek dan keropok)


Burger...burger...Sentiasa mendapat sambutan yang menggalakkan


Hasil jualan yang diperolehi akan dapat menampung dana kelas untuk menjalankan aktiviti sepanjang tahun


Wednesday, April 7, 2010

KREATIVITI SENI PELAJAR - SIRI IV



MATAPELAJARAN :
Pendidikan Seni

KELAS : Pintar, Cerdik dan Bijak
TAJUK : Mewarna Corak dan Titisan Lilin
KEMAHIRAN : Membuat corak dan mewarna dengan teknik yang betul
OBJEKTIF : Membolehkan murid mereka corak / hasil seni secara terancang
BAHAN / BBM : Kertas lukisan, pensel warna,warna air, span dan lilin


Berikut adalah antara hasil seni yang dihasilkan :


Menarik... menggunakan teknik titisan lilin (titisan kecil)


Unik...menggunakan teknik titisan lilin (titisan besar)


Cantik...teknik titisan penuh


Harmoni...penggunaan corak latar belakang memberi kesan yang berbeza


Teknik mewarna corak


Corak dan teknik mewarna yang betul akan memberi illusi yang menarik


Kombinasi warna juga sangat penting


Hasil seni yang kemas dan menarik