Thursday, June 30, 2011

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PENDIDIKAN KHAS DAERAH DUNGUN 2011



PROGRAM : Majlis Tilawah Al- Quran Pendidikan Khas Daerah Dungun 2011
TARIKH : 22 Jun 2011 (Rabu)
MASA : 8.30 pagi - 12.30 tengahari
TEMPAT : SMK Pulau Serai, Dungun


Berikut adalah antara yang menarik sepanjang majlis berlangsung :


Antara para peserta yang menyertai majlis tilawah kali ini


Berlatih sementara menunggu giliran


Peserta-peserta Tilawah Al-Quran....Bersiap sedia untuk memperdengarkan bacaan...


Menunggu giliran...antara para peserta bagi acara Azan Subuh


Memperdengarkan Azan Subuh bagi kategori senior oleh Abdullah Amin b Abdul Aziz


Peserta Tilawah Al-Quran kategori Senior (P) - Nor Syazana bt Zainal Abidin


Peserta Tilawah Al-Quran kategori Junior (L) - Muhamad Hazriq b Ishak



*** KEJAYAAN PPKI SMK Sultan Omar ***


@@ Johan Tilawah Al-Quran Kategori Junior (L)
Muhamad Hazriq b Ishak

@@ Johan Tilawah Al-Quran Kategori Senior (P)
Nor Syazana bt Zainal Abidin

@@ Johan Hafazan Kategori Senior (P)
Nor Syazana bt Zainal Abidin

@@ Naib Johan Hafazan Kategori Senior (L)
Mohd Rozaidi b Ismail



TAHNIAH kepada semua peserta yang berjaya !!!



Thursday, June 23, 2011

KONSERT PENTAS ISTIMEWA 2011


PROGRAM :
Konsert Pentas Istimewa Pendidikan Khas 2011

TARIKH : 21 Jun 2011 (Selasa)
MASA : 10.30 pagi -12.30 tengahari
TEMPAT : Dewan Besar Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu
TETAMU KEHORMAT : @@ Toh Puan Seri Hajah Norliza Binti Mahmud @@
( Yang Di Pertua
SERIKANDI)
@@ Encik Razali Bin Daud @@
(Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu)


SEKOLAH TERPILIH : 12 buah sekolah - PPKI (Masalah Pembelajaran, Masalah Pendengaran & Masalah Penglihatan) Negeri Terengganu



Berikut adalah antara persembahan menarik oleh PPKI SMK Sultan Omar (Tarian) :


Tarian Tari Tualang Tiga...Persembahan pembukaan oleh PPKI SMK Sultan Omar


Buat yang terbaik...para penari Tari Tualang Tiga memberi persembahan yang menarik di hadapan para tetamu dan penonton


Berbakat...antara aksi Pahlawan Melayu dalam persembahan tarian


Bersemangat memberikan persembahan yang menarik dan bertenaga


Perarakan masuk hulubalang-hulubalang dan dayang-dayang


Menarik...Persembahan istimewa oleh putera dan puteri PPKI SMK Sultan Omar


Antara persembahan yang memukau para tetamu


Penutup...semua peserta Pentas Istimewa naik ke pentas menyanyikan lagu 'Teman Sejati' beramai-ramai


Memori terindah...Kumpulan Tarian PPKI SMK Sultan Omar bergambar sebagai tanda kenang-kenangan di hari istimewa ini



SENARAI SEKOLAH YANG TERPILIH :


<< SMK Sultan Omar, Dungun (Tarian & Drama Muzikal) >>
<< SMK Permaisuri Nur Zahirah, Besut (Sajak) >>
<< SMK Kuala Telemong, Hulu Terengganu (Pentomin Si Tanggang) >>
<< SMK Pulau Serai, Dungun (Nasyid) >>
<< SMK Bukit Besar, Kuala Terengganu ( Nyanyian Solo) >>
<< SMK Tembila, Besut ( Dikir Barat Berisyarat) >>
<< SMK Panji Alam, Kuala Terengganu (Nyanyian Solo) >>
<< SMK Bukit Diman, Hulu Terengganu (Nyanyian Solo) >>
<< SKPK Besut (Silat) >>
<< SK Ibok, Kemaman (Drama Muzikal - Mimik) >>
<< SK Pauh, Hulu Terengganu (Tarian) >>
<< SK Sungai Pergam, Kemaman ( Tarian Sewang) >>



Tuesday, June 21, 2011

GURISAN HATI



SEBUAH PENGHARAPAN (Terimalah Kami Seadanya)


Apalah ertinya sebuah pengorbanan

Jika hanya dipandang sekecil kuman

Apalah ertinya sebuah impian

Jika hanya disamakan angan-angan


Mengertikah kalian

Pengorbanan itu bukan untuk hiasan

Bukan untuk kebanggaan

Tetapi untuk sebuah keinsafan...


Mengertikah kalian

Sesungguhnya

Bukan kemegahan

Bukan juga sanjungan

Kami dambakan

Hanya satu

KECAKNAAN BUAT KAMI INSAN ISTIMEWA


Renunglah

Fikirlah

Selamilah

Hati dan perasaan ini


Namun…

Siapalah kami di sisi kalian

Hanyalah sekadar di pinggiran...



(Nukilan : Cikgu Wan Aiha Ismail)

21 Jun 2011 ( Selasa)

@@ Pentas Istimewa 2011 - Dewan Besar Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu) @@



Monday, June 13, 2011

JUN ...DIKEJAR KESIBUKAN...


@@@@@@@

KHAS untuk warga PPKI (BP) SMK Sultan Omar, sepanjang bulan Jun ini banyak program@ aktiviti( selain P&P) yang perlu dilaksanakan sama ada program anjuran pihak JPNT, komuniti setempat mahupun pihak sekolah sendiri...




KALENDAR JUN 2011


<<< 16 Jun 2011 (Khamis) - Latihan Pusat (Program Pentas Istimewa) di SMK Dato' Razali Ismail, Kuala Terengganu

<<< 20 Jun 2011 (Isnin)
- Raptai Penuh Program Pentas Istimewa 2011 di Dewan Besar Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu


<<< 21 Jun 2011 (Selasa) - Persembahan Tarian & Sketsa Muzikal dalam Program Pentas Istimewa 2011 di Dewan Besar Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu

<<< 22 Jun 2011 (Rabu) - Pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Dungun di SMK Pulau Serai

<<< 26 Jun 2011 (Ahad) - Persembahan Jemputan dalam Majlis Hari Q @ Kecemerlangan DESSO 2011 di Dewan Warisan SMK Sultan Omar

<<< 28 Jun 2011 (Selasa) - Projek Bumi Hijau @ Kitchen Garden ( Bersama Jabatan Pertanian)




@@@ Dalam kesibukan guru-guru mengajar (P&P) dan menghadiri kursus-kursus, rancangan dan program yang dirancang ini perlu dilaksanakan dengan jayanya...apa yang penting...KERJASAMA dan KOMITMEN semua pihak... @@@