Sunday, July 15, 2012
LAWATAN KE PPKI(BP) & PPKI(BD) DI KUCHING, SARAWAK - PART III
Selain melawat tempat-tempat menarik yang terdapat di sekitar Bandaraya Kuching, kami juga berkesempatan melawat 2 buah sekolah menengah yang mempunyai program pendidikan khas integrasi.
* PPKI (BP) SMK Demak Baru
* PPKI (BD) SMK Datuk Patinggi Haji Abdul Gapor
Berikut adalah antara yang menarik sepanjang lawatan kami di dua buah sekolah tersebut :
Seawal jam 8.30 pagi, (Khamis - 5 Julai 2012) kami melawat sekolah pertama iaitu PPKI (BP) SMK Demak Baru
Lawatan untuk menambah pengetahuan dan berkongsi idea serta pengalaman dalam dunia pendidikan khas
Kedatangan kami di sambut oleh guru-guru dan murid-murid PPKI (BP) SMK Demak Baru
Persembahan nasyid oleh murid-murid PPKI(BP) SMK Demak Baru yang sungguh menghiburkan dan sangat berbakat
Taklimat dan perkongsian idea oleh Guru Penolong Kanan PPKI(BP) SMK Demak Baru iaitu Encik Jamal Shukuri Bolhassan
Ucapan balas daripada pihak kami oleh Penolong Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Dungun (Unit Pendidikan Swasta & Pendidikan Khas) iaitu Encik Noh Ayob
Menerima cenderahati daripada pihak tuan rumah, PPKI(BP) SMK Demak Baru
Sebagai tanda kenang-kenangan, pihak kami turut memberi cenderahati daripada Terengganu kepada PPKI (BP) SMK Demak Baru
Berpeluang melihat demonstrasi menghasilkan kraf manik oleh murid PPKI (BP) SMK Demak Baru
Menghias tudung saji
Mendengar taklimat dan penerangan daripada guru pendidikan khas SMK Demak Baru, Puan Norzita Mohamed mengenai aktiviti keusahawanan mereka
Melawat tapak tanaman tomato yang menggunakan teknik fertigasi
Acara kemuncak, kami semua dijamu dengan jamuan yang sungguh meriah dan enak
Jam 2.30 petang, kami tiba di sekolah kedua dalam siri lawatan kali ini iaitu, PPKI (BD) SMK Datuk Patinggi Haji Abdul Gapor
Sambutan yang meriah dan hebat oleh guru-guru dan murid-murid PPKI (BD) SMK DPHA Gapor
Terlebih dahulu wakil kami, Encik Noh Ayob menandatangani buku lawatan sebagi simbolik lawatan daripada PPKI (BP) SMK Sultan Omar ke sekolah mereka
Menerima cenderahati daripada pihak kami , selepas selesai taklimat dan ucapan ringkas daripada pihak tuan rumah
Melawat Galeri Seni & Kebudayaan - taklimat oleh Encik Zainoren b Hj Jack
Sambil menjamu selera, kami dihiburkan dengan persembahan tarian kebudayaan oleh murid-murid PPKI(BD) SMK DPHA Gapor yang sangat hebat dan menarik
Menjamu selera dangan Laksa Sarawak yang sangat sedap
Bergambar beramai-ramai tanda kenang-kenangan
@>------ Sekalung terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak PPKI(BP) dan PPKI(BD) SMK Demak Baru dan SMK DPHA Gapor atas kesudian menerima kunjungan kami ini.Semoga dengan program ini, akan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara kita -----<@
~ TERIMA KASIH DAUN KELADI ~
~ PANJANG UMUR KITA JUMPA LAGI ~
* Kedua-dua buah sekolah ini adalah antara sekolah yang cemerlang dan terbaik di negeri Sarawak dalam program pendidikan khas.TAHNIAH!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment