Thursday, July 12, 2012
LAWATAN KE SARAWAK : PERTAMA KALI NAIK KAPAL TERBANG - PART I
PROGRAM : Lawatan & Pertukaran Budaya Ke Negeri Sarawak Bumi Kenyalang 2012
TARIKH : 3 - 7 Julai 2012 (Selasa-Sabtu)
TEMPAT : Bandaraya Kuching, Sarawak
PENYERTAAN : - 21 orang murid PPKI SMK Sultan Omar
- 1 orang Pegawai PPD Dungun
- 1 orang wakil pengurusan sekolah
- 5 orang guru PPKI SMK Sultan Omar
- 2 orang PPM
- 1 orang kaunselor sekolah
PENGANGKUTAN : Bas (SMKTIZ) dan kapal terbang (Syarikat Air Asia)
Berikut adalah antara yang menarik sepanjang pengalaman menaiki kapal terbang :
Teruja...seminggu sebelum berangkat ke Sarawak, murid-murid yang terlibat terlebih dahulu bersiap-siap dengan bagasi dan lain-lain keperluan untuk kegunaan dalam siri lawatan nanti
Rabu (8.30 pagi ) - 4 Julai 2012- tiba di Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT), Sepang dari Dungun (menaiki bas)
Para peserta perlu melalui beberapa prosedur dan proses yang sepatutnya di lapangan terbang
Berbaris untuk prosedur pemeriksaan diri dan beg oleh pihak kastam dan imegresen
Menunggu...berada di balai berlepas
Gembira...inilah pengalaman berharga yang akan dikutip sepanjang perjalanan ke destinasi yang dituju
Penuh yakin dan bersemangat menuju ke pesawat yang sedang menanti
Pengalaman pertama menjejakkan kaki ke dalam pesawat
Kali pertama...perasaan gembira dan cemas yang tidak dapat dielakkan
Di awan biru...semoga perjalanan ini dipermudahkan dan berjalan dengan lancar
Wajah gembira...pesawat yang dinaiki selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak
Berangkat pulang ke semenanjung setelah berada 3 hari 3 malam di Bandaraya Kuching
Merasai sendiri pengalaman ...melalui prosedur biasa seperti proses saringan bagasi, timbangan beg, pemeriksaan imegresen dan lain-lain
Menuju ke pintu balai berlepas
Ceria...murid-murid dan guru ketika berada di dalam pesawat
Pengalaman yang cukup berharga
Sempat berposing
Perasaan gembira dan teruja mengatasi perasaan cemas dan takut
Keletihan...walaupun perjalanan hanya memakan masa selama satu jam setengah sahaja
Alhamdulillah...selamat kembali ke semenanjung dari Bandaraya Kuching, Sarawak - 7 Julai 2012 (Sabtu - 1.30 tengahari)
Pelbagai lagi aktiviti menarik sepanjang kami berada di Bumi Kenyalang
Nantikan cerita kami dalam episod seterusnya....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
hi, nice and enjoying u all to visit sarawak. kalau sudi lawatilah my blog.tq.
ReplyDelete