Sunday, February 26, 2012

KEM KEROHANIAN DI MASJID KG RAWAI,MARANG


PROGRAM : Program Memasyarakatkan Murid Berasaskan Masjid - Perkampungan Rohani, Solat & Al-Quran Murid-Murid Pendidikan Khas Negeri Terengganu 2012
TARIKH : 21 - 23 Februari 2012 (Selasa-Khamis)
TEMPAT : Masjid Kampung Rawai, Marang
PESERTA : 120 orang Murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran, Masalah Pendengaran & Masalah Penglihatan
PENGISIAN PROGRAM : - Lawatan sosial ke rumah penduduk kampung
- Solat berjemaah 5 waktu
- Tazkirah
- Riadah pagi & petang
LDK (mengucap shahadah,wuduk,solat,mandi wajib,zikir dll) - teori & amali
-Kembara Bandaraya

Berikut adalah antara yang menarik sepanjang program tersebut :


Fasilitator jemputan memberi ceramah dan bimbingan menggunakan bahasa isyarat kepada murid-murid bagi kategori masalah pendengaran


Murid PPKI (BP) SMK Sultan Omar diwakili oleh Mohamad Zulhaikal b Mat Othman (berbaju biru) dibimbing oleh Ustaz Rusdi dalam aktiviti LDK


Seorang lagi wakil murid daripada PPKI (BP) SMK Sultan Omar, Mohd Hamdan b Che Mat berada dalam kumpulan yang dibimbing oleh Ustaz Ahmad Yazid


Amali wuduk - Mohd Hamdan diberi peluang untuk menunjukan cara yang betul menyempurnakan wuduk dengan bimbingan Ustaz Ahmad Yazid


Antara aktiviti yang disertai dalam aktiviti riadah petang


Mengisi air dalam botol menggunakan span


Aktiviti berkumpulan ini dapat memupuk sikap kerjasama sesama ahli kumpulan


Riadah pagi - mendengar taklimat daripada pihak urusetia sebelum aktiviti dijalankan


Seronok dan teruja apabila berpeluang mencuba permainan Paintball


Antara tempat menarik yang dilawati dalam Program Kembara Bandaraya - Pulau Warisan berhampiran Taman Shahbandar,Kuala Terengganu


Bergambar di hadapan Masjid Kristal


No comments:

Post a Comment