Friday, February 24, 2012

KELAB KIST - JUAL ROTI HAMLET


PROGRAM : Projek Keusahawanan - Kelab KIST (Kasih Istimewa)
TEMPOH : Mulai Februari - September (projek tahunan)
MASA : Setiap hari Rabu (8.00 pagi - 9.30 pagi & 1.00 petang - 2.00 petang)
PRODUK : - Roti Hamlet
- Aiskrim Malaysia} proses pembungkusan
- Kerepek /biskut } proses pembungkusan


Berikut adalah antara yang menarik ketika aktiviti dijalankan :


Setiap minggu, seramai 3 orang murid akan ditugaskan untuk menjalankan projek ini


Murid dilatih dengan kemahiran pengurusan dan gerak kerja di bahagian dapur


Aktiviti seperti ini akan dapat memberi pendedahan kepada murid dalam pelbagai aspek seperti penyediaan,proses sehinggalah menjual produk


Murid menunjukkan minat yang tinggi untuk menjayakan projek keusahawanan ini


Roti hamlet yang dijual sentiasa mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga sekolah


Peluang seperti ini dapat memberi pendedahan awal kepada murid untuk berjaya dalam bidang keusahawanan sebagai kerjaya mereka suatu hari nanti


Menerima tempahan awal dua hari sebelum hari jualan


Hasil jualan akan disimpan di dalam akaun Kelab KIST untuk kegunaan pelbagai aktiviti kelab


Operasi jualan dibuka bermula pukul 10.20 pagi (waktu rehat tingkatan 1-3) sehingga pukul 11.20 pagi (tamat waktu rehat tingkatan 4-6)



HARGA BERBALOI-BALOI !!!

~~ Roti Hamlet bersalut telur, berintikan sosej ayam@daging ,timun & bawang tumis berperisa lada hitam + mayonis & sos cili ~~

RM 1.50 sahaja !


No comments:

Post a Comment