Monday, September 10, 2012

MERIAHNYA JAMUAN RAYA AIDILFITRI PPKI SMKSO 2012


PROGRAM : Jamuan Raya Aidilfitri PPKI SMKSO 2012
TARIKH : 06 September 2012 (Khamis)
MASA : 9.30 pagi - 12.30 tengahari
TEMPAT : Hadapan Blok PPKI SMKSO
JUMLAH JEMPUTAN : 270 orang
MENU ISTIMEWA : - Laksa Terengganu
- Mihun & kuew tiaw goreng
- Rendang ayam & ketupat palas
- Nasi himpit & kuah kacang
- Tapai pulut
- Pengat durian
- Colek buah
- Cendol pulut


Berikut adalah antara yang menarik sepanjang program ini berlangsung :

Merah putih - tema kanopi untuk jamuan raya tahun ini


Bergambar kenang-kenangan warga PPKI SMKSO


Pakaian sedondon berwarna ungu


Baju raya bertemakan warna biru


Murid dan guru juga berwarna sedondon - merah jambu


Hidangan wajib untuk jamuan raya - ketupat palas dan tapai pulut


Potongan pelbagai jenis buah-buahan untuk colek buah


Suasana hari raya dimeriahkan lagi dengan dendangan lagu-lagu raya


Menerima kunjungan para tetamu jemputan seawal pukul 9.30 pagi lagi


Ayahanda pengetua juga turut memeriahkan majlis


Hidangan istimewa - cendol pulut juga disediakan khas untuk para tetamu


Para guru dan staf sekolah yang hadir di jamuan raya kali ini amat menggalakan


Selain guru dan staf sekolah, jemputan khas daripada wakil agensi kerajaan dan orang perseorangan juga berjaya memeriahkan lagi jamuan ini


Antara para ibu bapa yang hadir


Murah rezeki- murid-murid gembira dapat menerima duit raya daripada  mereka yang sudi menghulurkannya


~~~ Terima kasih kepada semua para jemputan yang telah bersama-sama memeriahkan majlis kami ini.Panjang umur dan dimurahkan rezeki, InsyaAllah jumpa lagi di jamuan raya tahun depan...Amin. @~~~


Sunday, September 9, 2012

DI SEBALIK TABIR : PERSIAPAN MENGADAKAN JAMUAN RAYA PPKI 2012


PROGRAM : Persediaan Memasak Untuk Jamuan Aidilfitri PPKI 2012
TARIKH : 05 September 2012 (Rabu)
TEMPAT : Dapur PPKI
MENU : - Tapai Pulut
- Rendang Ayam
- Colek Buah


Berikut adalah antara yang menarik sepanjang aktiviti  dijalankan :


Pulut yang siap dikukus dan ditabur dengan serbuk ragi


Menggunakan 3 jenis daun untuk membungkus tapai - daun pisang,daun getah dan daun jambu laut


Sebanyak 400 biji tapai berjaya dihasilkan dengan menggunakan 3 kilogram beras pulut


Guru dan murid PPKI sedang menumis rempah ratus untuk membuat rendang ayam


Menggunakan 8 ekor ayam


Menu rendang ayam merupakan hidangan wajib jamuan raya PPKI SMKSO


Inilah hasilnya rendang ayam yang telah siap dimasak


Antara buah-buahan yang akan digunakan untuk membuat colek buah


~ Selain menu-menu ini, beberapa lagi menu lain akan dihidangkan kepada para jemputan dalam jamuan raya nanti ~