Saturday, August 18, 2012
KUIH RAYA PPKI 2012
PROGRAM : Belajar Membuat Kuih Raya
TARIKH : 24 Julai -14 Ogos 2012
TEMPAT : Dapur PPKI SMKSO
PENYERTAAN : 4 Kumpulan kecil (28 orang murid)
MENU PILIHAN : - Popia Mini Simpul
- Popia Mini Gulung
- Biskut Gunting @ Rempah
- Biskut Cornflakes
Berikut adalah antara yang menarik sepanjang program :
Membuat popia mini simpul mengikut kumpulan masing-masing
Popia mini simpul yang dihasilkan
Popia mini gulung
Menggunting doh menjadi biskut menjadi saiz kecil
Menggoreng biskut gunting @ rempah
Goreng sehingga berwarna kekuning-kuningan
Biskut gunting @ rempah yang telah digoreng
Sebanyak enam kilogram tepung gandum digunakan untuk membuat biskut gunting @ rempah ini
Proses menghasilkan adunan yang gebu untuk membuat biskut cornflakes dengan menggunakan mixer
Memasukkan adunan menjadi bentuk kecil di dalam acuan kertas
Seronok dapat belajar membuat kuih raya bersama kawan-kawan
Biskut cornflakes yang dihiasi dengan ceri siap untuk dibakar
Biskut cornflakes bercoklat
Proses pembungkusan kuih raya untuk diagihkan kepada semua murid
Penyampaian kuih raya kepada murid sebelum mereka bercuti menyambut lebaran
Gembira...dapat membawa pulang kuih raya yang dihasilkan sendiri oleh mereka
Hoorey! Bergambar beramai-ramai bersama kuih raya
@ SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI UNTUK SEMUA UMAT ISLAM @
~ Maaf Zahir & Batin ~
Saturday, August 11, 2012
CEK MEK MOLEK vs POPIA GORENG
TARIKH : 31 Julai & 1 Ogos 2012 (Selasa & Rabu)
TEMPAT : Dapur PPKI SMK Sultan Omar
MENU : Kuih Cek Mek MOlek & Popia Goreng
PENYERTAAN : 4 kumpulan (25 orang)
Berikut adalah antara yang menarik sepanjang program :
Mengupas dan membersihkan keledek
Keledek yang siap dipotong akan direbus sehingga empuk
Proses menghancur @ melenyek keledek sehingga menjadi lumat
Seterusnya mencampurkan tepung gandum dan diuli bersama-sama keledek sehingga menjadi satu adunan yang sebati
Menggentel adunan menjadi bulatan yang kecil
Kemudian bulatan tersebut dibentuk menjadi bentuk leper
Memasukkan gula di dalam adunan yang berbentuk leper tadi dan membentuknya menjadi bujur
Sedia untuk digoreng
Kuih Cek Mek Molek yang telah siap digoreng
Inilah hasil masakan kami !
Kuih Cek Mek Molek yang siap dihias
Setiap murid akan membawa pulang hasil masakan mereka untuk dimakan ketika berbuka puasa nanti
Menumis inti popia - taugeh dan lobak merah
Masing-masing tekun menggulung popia
Setiap kumpulan cuba membuat yang terbaik
Belajar membuat popia bersama-sama ahli kumpulan
Murid lelaki menunjukkan minat yang tinggi dalam bidang masakan ini
Popia siap untuk digoreng
Menggoreng popia sehingga masak
Popia gulung yang siap digoreng akan dibawa pulang ke rumah untuk dijadikan pemanis mulut berbuka puasa
Wednesday, August 8, 2012
LAWATAN DARIPADA IPG DATO' RAZALI ISMAIL, KUALA TERENGGANU
PROGRAM : Lawatan Penanda Aras Bina Insan Guru (BIG) Daripada Pelatih Institut Pendidikan Kampus Dato' Razali Ismail, Kuala Terengganu
TARIKH : 16 Julai 2012 (Isnin)
TEMPAT : Dewan Warisan SMK Sultan Omar dan Blok PPKI
PESERTA ROMBONGAN : 24 orang pelatih
1 orang pensyarah
Berikut adalah antara yang menarik sepanjang program ini :
Meriah...peserta rombongan disambut dengan perarakan bunga manggar dan pemberian bunga telur ketika masuk ke Dewan Warisan
Para peserta mengambil tempat di dalam Dewan Warisan
Tarian Indang...persembahan istimewa sebagai pembuka tirai program
Turut dihadiri oleh wakil pengurusan sekolah iaitu Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Guru Penolong Kanan Kokurikulum yang mewakili pihak pengetua
Ucapan selamat datang dan alu-aluan oleh wakil pengurusan sekolah iaitu Encik Wan Yusof (PK HEM)
Ucapan balas daripada ketua rombongan (pensyarah) iaitu Encik Che Mohd Razali Abdullah
Persembahan kedua - Sketsa Kehidupan Nelayan oleh murid-murid PPKI (BP) SMK Sultan Omar
Tayangan video daripada pihak IPG DRI
Lawatan ke kelas PPKI
Demonstrasi menghasilkan kraftangan 'Kotak Serbaguna' yang dihasilkan oleh murid-murid PPKI
Beramah mesra di samping sama-sama membuat kraftangan bersama murid-murid PPKI
Melihat gerak kerja kraftangan yang dihasilkan oleh murid-murid PPKI
Berpeluang beramah mesra
Tidak ketinggalan cuba merasai keenakan 'Aiskrim Malaysia' pelbagai perisa yang dibuat oleh murid-murid PPKI ini
Menerima cenderahati daripada pihak kami
Peserta rombongan bergambar kenang-kenangan dengan murid-murid PPKIBP SMK Sultan Omar
Bergambar bersama guru-guru PPKIBP SMK Sultan Omar
Subscribe to:
Posts (Atom)