Tuesday, May 29, 2012
PERTEMUAN TERAKHIR BERSAMA ARWAH MOHD ARAFI
PROGRAM : Jamuan Meraikan Murid-murid Yang Tamat Persekolahan 2012
TARIKH : 24 Mei 2012 (Khamis)
TEMPAT : Blok PPKIBP SMKSO
MASA : 9.00 pagi - 12.30 tengahari
MURID-MURID YANG DIRAIKAN : Abdullah Amin b Abd Aziz, Mohd Arafi b Che Hayusof (arwah) dan Mohd Rozaidi b Ismail
Berikut adalah antara yang menarik sepanjang program ini :
Ketibaan 3 orang murid yang diraikan ini disambut dengan meriah oleh guru-guru dan kawan-kawan
Jamuan yang sangat dinanti-nantikan oleh murid-murid yang telah tamat sekolah ini
Sempat bergambar sebelum tayangan video istimewa untuk mereka ditayangkan
Mereka dijamukan dengan hidangan istimewa
Takdir...inilah jamuan yang sangat dinanti-nantikan oleh mereka bertiga terutamanya Mohd Arafi (arwah) - berbaju merah sebelum beliau kembali ke rahmatullah keesokkan harinya
Menerima cenderahati - Abdullah Amin menerima hamper daripada Cikgu Azran (Penyelaras PPKIBP)
Mohd Rozaidi - selain menerima hamper, mereka juga dihadiahkan dengan sebuah album untuk setiap seorang yang mengandungi gambar-gambar kenangan sepanjang mereka belajar di PPKIBP SMKSO
Arwah Mohd Arafi turut menerima hadiah untuk Anugerah Khas Bakti Istimewa kerana penglibatan aktif beliau dalam pelbagai bidang sepanjang bersekolah di sini
Pada awalnya kami guru-guru PPKIBP SMKSO telah merancang untuk mengadakan jamuan ini dari awal tahun lagi. Seingat kami sekurang-kurangnya 3 kali tarikh telah dipilih (Febuari hingga April) tetapi tidak juga dapat dijalankan kerana pelbagai perkara yang tidak dapat dielakkan.
Namun dengan izin Allah jua, tarikh 24 Mei 2012 telah dipilih dan Alhamdulillah jamuan ini dapat dijalankan dengan lancarnya dengan kehadiran 3 orang murid yang diraikan ini.
Tanggal 25 Mei 2012 (Jumaat), takdir telah menentukan segalanya, apabila kami semua dikejutkan dengan berita yang menyedihkan, iaitu berita kematian Mohd Arafi yang telah kembali ke rahmatullah pada petang Jumaat. Berita kematian arwah sesungguhnya sangat mengejutkan kami semua kerana baru semalam kami berjumpa, bergelak ketawa dan berkongsi cerita suka dan duka dengan guru dan kawan-kawan....
Dia pergi tak kembali lagi...semalam adalah kenangan terakhir kami bersama arwah...Kami redha ini semua...KITA HANYA MERANCANG ALLAH JUA YANG MENENTUKAN SEGALANYA.
Semoha rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman.
AL-FATIHAH.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment