PROGRAM : Majlis Jamuan Teh Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2011
TARIKH : 8 September 2011 (Khamis)
MASA : 2.00 - 4.00 petang
TEMPAT : Primula Beach Hotel (Dewan Gamelan II), Kuala Terengganu
PENGANJUR : PRIMULA BEACH HOTEL
JEMPUTAN : Warga PPKI dan SKPK terpilih (12 buah sekolah)
VVIP : Pengurus Primula Beach Hotel (Encik Mazuki Hashim), Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas JPNT, (Tuan Hj Ngah b Bidin) , staf-staf hotel, pegawai-pegawai JPNT, wakil pengurusan sekolah dan wakil media
Berikut adalah antara yang menarik sepanjang majlis berlangsung :
Warga PPKI SMK Sultan Omar antara yang terpilih menghadiri majlis ini Gembira dan ceria...barisan guru-guru dan pelajar-pelajar PPKI SMK Sultan Omar Wakil pihak pengurusan SMK Sultan Omar - Encik Ruslan b Hj Ismail (PK Pentadbiran) - dua dari kanan turut serta dalam majlis ini Mood raya...nyanyian lagu-lagu raya oleh pelajar pendidikan khas Segak dan bergaya...dua orang pelajar pendidikan khas PPKI SMK Sultan Omar yang berbangsa cina iaitu Wang Kee Yong dan Sing King Hong gembira dapat menyertai majlis ini Berselera...masing-masing menikmati hidangan yang disediakan Meriah...sambil menikmati hidangan, para hadirin turut dipersembahkan dengan pelbagai persembahan nyanyian,tarian,sketsa dan banyak lagi oleh para pelajar pendidikan khas Rezeki Syawal...pihak pengurusan hotel turut memberi duit raya kepada para pelajar Bersalam-salaman...di akhir majlis semua hadirin bersalam-salaman dengan pengurusan dan staf Primula Beach Hotel - Encik Mazuki Hashim (Pengurus) - berkot coklat Bergambar kenang-kenangan bersama-sama dengan PK Pentadbiran DESSO -En.Ruslan b Hj.Ismail(berbaju batik coklat)@>----- Terima kasih daun keladi kepada pihak pengurusan Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu yang telah menjemput kami menghadiri majlis tersebut...Budi Yang Baik Dikenang Jua -----<@
No comments:
Post a Comment