Saturday, April 28, 2012
KEJOHANAN OLAHRAGA PENDIDIKAN KHAS DAERAH DUNGUN 2012
PROGRAM : Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Daerah Dungun 2012
TARIKH : 24 April 2012 (Selasa)
MASA : 8.00 pagi - 1.30 petang
TEMPAT : Trek Olahraga SMK Sultan Omar, Dungun
PENGLIBATAN : 6 buah sekolah menengah & 14 buah sekolah rendah
PENCAPAIAN PPKI SMK Sultan Omar : 13 pingat (6 emas 5 perak & 2 gangsa)
Berikut adalah antara yang menarik sepanjang kejohanan :
Atlet yang terpilih mewakili PPKI SMK Sultan Omar
Majlis Perasmian oleh Pegawai PPD Dungun (Unit Sukan) - Encik Manan
Acara pertama kejohanan dimulakan dengan acara 1500 m (lelaki senior)
Nurul Syafiqah - acara melontar peluru (perempuan junior)
Mohd Shahrul Khuzaimi - acara melontar peluru (lelaki junior)
Memberi sokongan kepada kuartet 4x100 m (perempuan junior)
Antara para peserta 4x100 m
Pelari pertama bagi setiap pasukan untuk acara 4x100 m (lelaki junior)
Menunggu ....pelari ketiga bagi acara 4x400 m (lelaki senior)
Johan - lontar peluru (lelaki junior)- Mohd Shahrul Khuzaimi
Johan dan naib johan acara 100 m (perempuan senior) - Nur Yusmira & Nor Salmie Syuhana
Naib johan bagi acara lontar peluru (perempuan junior) - Rosfatin
Johan - wakil kuartet 4x100m (lelaki junior) - Muhammmad Afiq
Tahniah kepada PPKI SMK Sultan Omar...berjaya meningkatkan prestasi berbanding tahun lepas (4 emas 3 perak 2 gangsa)
Pembantu padang yang banyak membantu melancarkan perjalanan kejohanan kali ini...terima kasih
@@ TAHNIAH! kepada semua pasukan PPKI daerah Dungun yang bersama-sama menjayakan kejohanan olahraga pada tahun ini.Semoga tahun depan lebih berjaya dan terbaik ! @@
Monday, April 9, 2012
LATIHAN FUTSAL 2012
PROGRAM : Latihan Futsal (Senior & Junior)
TARIKH : 26,29 & 31 Mac 2012 (Isnin,Khamis & Sabtu)
MASA : 8.00 pagi - 11.00 pagi
TEMPAT : Dewan Futsal MPD & Gelanggang Futsal Terbuka Kampung Tanjung Pagar
PENYERTAAN : 14 orang murid ( 7 orang kategori senior & 7 orang kategori junior)
Berikut adalah antara yang menarik sepanjang latihan :
Latihan diadakan bagi persediaan awal menghadapi Karnival Permainan Pendidikan Khas Peringkat Daerah Dungun 2012 nanti
Memanaskan badan sebelum latihan bermula
Setiap peserta diajar teknik dan kemahiran yang betul dalam permainan ini
Selain teknik dan kemahiran, peserta juga perlu ada fokus dan disiplin untuk mencapai kemenangan
Para peserta dibimbing oleh Cikgu Helmee
Kerjasama berpasukan
Perlawanan antara pasukan senior vs pasukan junior
Peserta diajar teknik dan kemahiran menjaringkan gol
Latihan berterusan dapat memberi pendedahan dan stamina yang tinggi
Semua para peserta sangat teruja menghadiri latihan ini
Friday, March 30, 2012
LATIHAN OLAHRAGA - SIRI I
PROGRAM : Latihan Olahraga (Siri Pertama)
TARIKH : 22 dan 29 Mac 2012 (Khamis)
MASA : 7.40 pagi - 9.00 pagi
TEMPAT : Trek Olahraga SMK Sultan Omar (DESSO)
ACARA : 100m,200m,lompat jauh dan lontar peluru
Berikut adalah antara yang menarik sepanjang program :
Pemilihan awal untuk mencari wakil bagi kategori junior dan senior (lelaki dan perempuan)
Acara 100 m bagi kategori lelaki junior
Acara 100 m bagi kategori lelaki senior
Acara 100 m bagi kategori perempuan senior
Acara 200m bagi kategori lelaki junior
Percubaan awal dalam acara lompat jauh
Ada antara murid-murid ini yang mempunyai potensi dalam acara lompat jauh
Teknik lompatan yang betul antara perkara yang perlu dititikberatkan
Khusyuk mendengar penerangan daripada guru mengenai teknik dan cara yang betul bagi acara lontar peluru
Tunjuk cara oleh Cikgu Helmee
Antara murid yang mempunyai potensi dan bakat dalam acara ini
Menggunakan teknik yang betul dapat membantu mereka untuk membuat lontaran yang baik
Selain bakat,semangat dan kesungguhan murid-murid ini juga adalah sangat penting
Antara murid perempuan yang mempunyai potensi untuk mewakili sekolah dalam acara ini
Latihan yang konsisten dan berterusan sangat penting untuk mencapai kejayaan
Thursday, March 15, 2012
KELAB KIST - BUKA GERAI JUALAN DI KEJOHANAN OLAHRAGA MSSM DUNGUN
PROGRAM : Jualan Di Kejohanan Olahraga MSSM Dungun
TARIKH : 5 - 8 Mac 2012 (Isnin-Khamis)
MASA : 8.30 pagi - 5.00 petang
TEMPAT : Trek Olahraga DESSO
PRODUK JUALAN : - Ayam Goreng Istimewa
- Nugget dan Sosej Goreng
- Roti Hamlet Bersalut Telur
- Donut Coklat
- Jambu Batu Potong
- Tembikai Potong
- Aiskrim pelbagai perisa
Berikut adalah antara yang menarik sepanjang program tersebut :
Gerak kerja sebelum aktiviti jualan dijalankan...antaranya menyukat dan membungkus makanan
Membuat aiskrim Malaysia dengan pelbagai perisa
Nugget ayam yang telah siap digoreng dicucuk menggunakan lidi
Inilah gerai jualan Kelab KIST yang beroperasi sepanjang kejohanan olahraga pada tahun ini
Macam chef...aksi murid sedang menggoreng ayam di gerai
Ayam Goreng Istimewa...antara produk yang mendapat sambutan yang hangat daripada pengunjung gerai
Murid yang bertugas sedang menjalankan tugasan mereka di gerai
Secara tidak langsung aktiviti sebegini dapat membantu murid dalam kemahiran jual beli,pengiraan wang dan sebagainya
Aiskrim pelbagai perisa juga mendapat sambutan yang amat baik sepanjang program ini
Gerai kami sentiasa dikunjungi pelanggan untuk membeli produk yang dijual
Kemahiran berkomunikasi yang berkesan dan mesra pelanggan dapat menarik perhatian para pelanggan untuk datang lagi ke gerai kami
Program keusahawanan ini dapat memberi banyak manfaat dan faedah kepada murid PPKIBP
Subscribe to:
Posts (Atom)
