Thursday, February 27, 2014

JUALAN LARIS !


PROGRAM : Jualan Gerai Kelab KIST di Kejohanan Olahraga MSSD 2014
TARIKH : 17 - 20 Februari 2014 (Isnin-Khamis)
MASA : 8.30 pagi - 5.00 petang
TEMPAT : Tapak Gerai Trek Olahraga DESSO
PRODUK JUALAN : Ayam Goreng,Sate Ikan,Sosej,Nasi Lemak,Jambu Potong,Aiskrim Malaysia, Ice Blended, Air Batu Campur (ABC) dan lain-lain.


Berikut adalah antara yang menarik sepanjang aktiviti ini :
 

 Jualan gerai ini adalah aktiviti tahunan Kelab KIST sempena Kejohanan Olahraga MSSD 2014


 Ice blended pelbagai perisa antara produk yang mendapat sambutan hangat


 Sate ikan...produk terbaharu jualan kali ini...sambutan sangat hebat !


 Gerai jualan Kelab KIST yang sentiasa menjadi tumpuan para atlet dan pengunjung lain


 Aktiviti ini dapat memupuk minat murid-murid PPKI dalam bidang keusahawanan


 Kemampuan dan kemahiran murid-murid PPKI dapat dicungkil dengan aktiviti sebegini


 Kerjasama dan komitmen antara guru-guru PPKI dan murid-murid sangat penting dalam menjayakan aktiviti ini


 Kutipan hasil jualan amat memberangsangkan pada tahun ini berbanding tahun-tahun sebelumnya


 Sambil berniaga,sempat juga menyaksikan pertandingan olahraga yang diadakan


 Akhirnya...JUARA kejohanan pada tahun ini telah berjaya diambil alih oleh pasukan daripada SMK Sultan Omar (DESSO)....Tahniah !!!


~ Jumpa lagi Tahun 2015....INSYAALLAH ~


Wednesday, February 12, 2014

MAIN TARIK TALI


PROGRAM : Pertandingan Tarik Tali
TARIKH : 6 Febuari 2014 (Khamis)
MASA : 7.40 -9.00 pagi (Waktu PJK)
TEMPAT : Padang DESSO

Berikut adalah antara yang menarik sepanjang aktiviti


Pertandingan antara Kumpulan A menentang Kumpulan C

Kumpulan A memberi tentangan yang hebat

Kumpulan B menentang Kumpulan D

Murid-murid perempuan turut teruja menyertai pertandingan ini

Akhirnya...Kumpulan A menjadi JUARA !


# Permainan untuk suka-suka dan ia amat menyeronokkan.Apa yang penting...KERJASAMA !!!


Friday, January 31, 2014

AKTIVITI SEPANJANG JANUARI 2014


PROGRAM :
 - Kejohanan Merentas Desa
- Kejohanan Olahraga Sekolah  Kali ke-46
- Perarakan Maulidur Rasul 1435 H
TARIKH :
9 Januari , 21-23 Januari & 28 Januari 2014
TEMPAT:
SMK Sultan Omar

Berikut adalah antara yang menarik sepanjang program berlangsung :


 Kategori 1 - Laluan L15 

 Kategori 2 - Laluan P15

 Antara murid PPKI yang menyertai Kejohanan Merentas Desa

Tiba di garisan penamat

 Johan bagi Kategori 1 - Muhammad Firdaus b Mustafa

 Johan bagi Kategori 2 - Nyak Nurul Athirah binti Nyak Sulaiman

 Maskot rumah sukan PPKI DESSO - Si Arnab

 Barisan kontinjen PPKI turut menyertai perbarisan rumah-rumah sukan sekolah


 Bergambar bersama-sama Pegawai Pendidikan Daerah Dungun dan Ayahanda Pengetua

 Acara lontar peluru

 4x100 m lelaki

 Penyampaian pingat kepada pemenang

 Turut menyertai perarakan Maulidur Rasul peringkat sekolah

 Memulakan perarakan

 Jarak perarakan kali ini ialah lebih kurang 4 km

 Bersemangat dan gembira dapat sama-sama berarak bersama kawan-kawan


Saturday, February 9, 2013

TAHUN ULAR : GONG XI FA CAI


@@@@@@@ ~* ~*~*~@@@@@@@


Kami warga PPKI SMK Sultan Omar mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada  guru-guru dan semua pelajar SMK Sultan Omar terutamanya yang berbangsa cina.

Semoga sentiasa berada dalam kemakmuran,kebahagiaan dan kesihatan yang lebih baik untuk semua.




 Gong Xi Fa Cai untuk murid PPKI yang meraikannya - Lau Zie Ang dan Sing King Hong serta bekas pelajar PPKI (Wang Kee Yong)


Antara kad ucapan Tahun Baru Cina yang dihasilkan oleh murid-murid PPKI SMK Sultan Omar


Friday, February 1, 2013

SI KEMBAR CURI TUMPUAN : KEJOHANAN MERENTAS DESA DESSO 2013


PROGRAM : Kejohanan Merentas Desa SMK Sultan Omar 2013
TARIKH : 31 Januari 2013 (Khamis)
MASA : 8.00 - 11.30 pagi
PENYERTAAN : Semua Murid Tingkatan 1-5 (Rumah Sukan)
 &
Murid PPKI (3 kategori)


Berikut adalah antara yang menarik sepanjang program berlangsung :


 Acara pelepasan peserta bagi murid-murid PPKI disempurnakan oleh ayahanda pengetua


Antara peserta perempuan PPKI bagi Kategori 2  yang melalui Jalan Kubur Syed Yahya - Belakang Masjid Intan Zaharah


Salah seorang peserta PPKI bagi Kategori 1 (Laluan sama dengan P & L 15) bersungguh-sungguh menamatkan larian


Peserta PPKI Kategori 1 menuju ke garisan penamat (tempat ke-3)


Peserta PPKI Kategori 1 akhirnya berjaya menuju ke garisan akhir (naib johan)


Akhirnya....peserta terawal yang berjaya sampai ke garisan penamat  bagi Kategori 1 (johan)


 Majlis penyampaian hadiah  disampaikan oleh ayahanda pengetua - Tuan Hj Md Zin kepada johan bagi kategori 3  iaitu Wan Amiruddin b Wan Mohd Asri


 Johan bagi Kategori 2 - Mohd Fazrul Naim b Ibrahim


Johan bagi Kategori 1 - Ahmad Thohir b Rusli

Naib Johan bagi Kategori 1 - Ahmad Thoyyib b Rusli


Tahniah kepada pasangan kembar ini yang telah berjaya mendapat johan dan naib johan dalam kejohanan kali ini


Suasana yang meriah ketika majlis penyampaian hadiah dan juara keseluruhan kejohanan pada tahun ini dimenangi oleh Rumah Harimau (Kuning)


Para pemenang bagi ketiga-tiga kategori (PPKI) bergambar bersama-sama selepas acara penyampaian hadiah



TAHNIAH KEPADA SEMUA MURID PPKI DESSO...KALIAN ADALAH YANG  TERBAIK!!!!