Wednesday, July 20, 2011

HASIL SENI PELAJAR 2011 (SIRI III)


MATAPELAJARAN :
Pendidikan Seni

TAJUK : Mencorak (Tidak Terancang)
TEKNIK : Marbling @ Pualaman (Membuat corak menggunakan titisan cat minyak atas permukaan air)
BAHAN / ALATAN : Kertas lukisan, air dan cat minyak
KELAS : Tekun & Gigih


TEKNIK MARBLING @ PUALAMAN :

@ Titiskan cat minyak (2 atau lebih pilihan warna) di atas permukaan air
@@ Letakkan kertas di atas permukaan air
@@@ Tarik kertas tersebut setelah cat meresap
@@@@ Keringkan kertas tadi di bawah terik matahari



Berikut adalah proses dan hasil seni marbling @ pualaman yang menarik dihasilkan oleh pelajar :



Cat minyak pelbagai warna digunakan dalam teknik marbling @ pualaman


Air di masukkan ke dalam bekas dan kemudian titiskan cat minyak di permukaannya


Cat minyak yang tidak larut di dalam air akan menghasilkan corak-corak yang menarik di permukaan air


Kemudian telangkupkan kertas lukisan di atas permukaan air dan cat minyak tersebut sehingga meresap


Jemur kertas lukisan tadi di bawah panas terik matahari untuk mengeringkannya


Lebih praktikal dijemur di ampaian untuk mengelakkan daripada habuk atau kotoran melekat di lukisan yang belum kering


Antara hasil seni marbling @ pualaman yang telah berjaya disiapkan oleh pelajar-pelajar Kelas Pintar dan Gigih


Menarik... oleh Mohd Hamdan b Che Mat


Lain daripada yang lain... oleh Mohd Rozaidi b Ismail


Kombinasi 3 warna... oleh Azfar Faqih b Azman


Eksperimentasi warna... oleh Fatin Adyra bt Yusof


Unik...sentuhan seni oleh Mohd Arafi b Che Hayusof


Sunday, July 17, 2011

JAMUAN MAKAN TENGAHARI BERSAMA PENGARAH PELAJARAN : KAMI DIRAIKAN



PROGRAM :
Majlis Meraikan Murid Pendidikan Khas Yang Menjayakan Pentas Istimewa Bersama-sama Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu

TARIKH :
17 Julai 2011 (Ahad)

MASA :
11.30 pagi - 1.30 tengahari

TEMPAT :
Hotel Permai Inn, Kuala Terengganu



TETAMU YANG DIRAIKAN :

- Murid-murid Pendidikan Khas yang telah membuat persembahan pentas (12 buah sekolah)
- Guru-guru Pembimbing Pentas Istimewa
2011
- Guru-guru JU Muzik negeri yang telah menjayakan Pentas Istimewa 2011


Berikut adalah antara yang menarik sepanjang program tersebut :


Meraikan mereka yang menjayakan Pentas Istimewa yang berlangsung pada 21 Jun 2011 lepas di Dewan Wisma Darul Iman


Ketibaan tetamu kehormat dan para jemputan


Ucapan daripada Pengarah Pelajaran JPNT - EncikRazali b Daud


Semua peserta, guru pembimbing dan tenaga produksi yang menjayakan Pentas Istimewa 2011 menerima sijil penghargaan daripada pihak JPNT


Salah seorang murid PPKI SMK Sultan Omar menerima sijil penghargaan daripada Pengarah Pelajaran JPNT


Sijil Penghargaan dan Cenderamata (Tafsir Al-Quran - untuk guru)


Beratur mengambil makanan selepas selesai majlis penyampaian sijil dan cenderamata


Semuanya diraikan di dalam majlis jamuan makan tengahari


Menjamu selera...Rezeki jangan ditolak


Kumpulan guru-guru pembimbing PPKI SMK Sultan Omar dan SMK Pulau Serai


Bergambar tanda kenang-kenangan


Wednesday, July 13, 2011

KOLABORASI : PROGRAM BERSAMA PELAJAR 1 EMERALD & 1 OBSODIAN



PROGRAM : Lawatan Muhibbah dan Gotong Royong Pelajar Aliran Perdana (Tingkatan 1) ke Blok PPKI SMK Sultan Omar
TARIKH : 11 Julai 2011 (Isnin)
MASA : 7.40 pagi - 9.00 pagi
TEMPAT : Blok PPKI
KELAS TERLIBAT : Kelas 1 Emerald & 1 Obsodian
JUMLAH : 55 orang
MATAPELAJARAN : Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan (PSK)
GURU MATEPELAJARAN PSK : Puan Fauziah Ali


Berikut adalah antara yang menarik sepanjang program berlangsung :


Mengeratkan hubungan silaturrahim...Kolabrasi antara pelajar-pelajar pendidikan khas dengan pelajar-pelajar daripada aliran perdana


Taklimat dan penerangan mengenai Program Pendidikan Khas Integrasi oleh Cikgu Azran - Penyelaras PPKI SMK Sultan Omar


Melawat sudut-sudut yang terdapat di Blok PPKI


Menambah pengetahuan...pelbagai info yang diperolehi oleh mereka dengan kolabrasi ini


Ringan tulang...menolong mengemas dan menceriakan Bilik Pengurusan Diri


Aktiviti luar kelas...bersama-sama membantu membersihkan kebun untuk Projek Bumi Hijau


Tekun...melihat demonstrasi menyemai anak pokok cili oleh Cikgu Siti Zuraidah


Membantu menyemai anak-anak pokok cili di atas batas


Guru matapelajaran PSK - (Puan Fauziah Ali) turut sama-sama menyemai anak pokok cili


Inilah hasilnya...anak-anak pokok cili yang berjaya disemai



>>> Terima kasih daun keladi kepada guru matapelajaran PSK, Puan Fauziah Ali dan juga pelajar-pelajar dari Kelas 1 Emerald & 1 Obsodian yang telah sudi datang dan membuat khidmat bakti di Blok PPKI. Jasa kalian kami hargai...<<<


Friday, July 8, 2011

RIADAH DI RIMBA BANDAR BUKIT BAUK


AKTIVITI : Riadah dan Rekreasi
TEMPAT : Rimba Bandar Bukit Bauk, Dungun
TARIKH : 7 Julai 2011 (Khamis)
MASA : 8.30 pagi - 11.30 pagi


Berikut adalah antara yang menarik sepanjang aktiviti tersebut :


Doa dibaca sebelum memulakan perjalanan


Bergambar beramai-ramai di hadapan pintu gerbang Rimba Bandar Bukit Bauk


Seronok dapat beriadah bersama-sama


Bersemangat meneruskan perjalanan yang di kelilingi kehijauan flora


Antara aktiviti yang dijalankan ketika berada di dataran


'Tol duduk' permainan yang mengisi masa riadah kami


Cepat lari !!!


Cikgu-cikgu pun turut bermain bersama-sama pelajar


Penat ke?


Menuruni bukit selepas menjalankan aktiviti riadah di dataran Rimba Bandar Bukit Bauk



Wednesday, July 6, 2011

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN TETAP DIJALANKAN



PROGRAM : Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011
TARIKH : 5 - 6 Julai 2011 (Selasa - Rabu)
TEMPAT : Blok PPKI
MASA : 8.00 pagi - 12.30 tengahari
KELAS : Tekun, Gigih & Cekal
MATAPELAJARAN TERLIBAT : Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Agama Islam, Pendidikan Moral, Matematik, Sains Sosial & Alam Sekitar & Kemahiran Hidup



Berikut adalah antara yang menarik sepanjang peperiksaan berlangsung :


Lewat...Peperiksaan Pertengahan Tahun tetap dijalankan walaupun lewat daripada jadual asal (sepatutnya bulan Mei)


Shaikh Abdullah...tekun menjawab soalan bagi kertas Kemahiran Hidup


Mohd Zulhaikal...berhati-hati menjawab soalan peperiksaan


Usaha tangga kejayaan...murid daripada Kelas Tekun...Wan Amiruddin b Wan Mohd Asri


Salah seorang murid daripada Kelas Cekal...Lau Zie Ang


Ingat semula apa yang dipelajari di dalam kelas


Murid-murid daripada Kelas Gigih dan Cekal


Masing-masing cuba buat yang terbaik !



@@ Walaupun masing-masing dalam kesibukan, Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar @@