Sunday, October 24, 2010

BOLA JARING LELAKI ??? << Sukan Untuk Semua >>


AKTIVITI :
- Latihan Menjaringkan Bola (Gol Bola Jaring)

- Perlawanan Persahabatan Bola Jaring Lelaki (Pasukan Biru VS Pasukan Oren)
TARIKH : 21 Oktober 2010 (Khamis)
TEMPAT : Dataran Hadapan BLOK PPKIBP DESSO
OBJEKTIF : @ Memberi kemahiran asas bagi teknik menjaringkan bola dengan betul dan tepat
@ Teknik memfokus dan menguji daya tumpuan pelajar
@ Terapi untuk pergerakan tangan dan kaki (terutamanya untuk pelajar cerebral palsy)


Berikut adalah antara aksi-aksi mereka sepanjang aktiviti dijalankan:


Kekurangan diri tidak menghalang pelajar pendidikan khas untuk menyertai pelbagai aktiviti sukan


Pemain perlu fokus untuk menjaringkan bola dengan tepat - Aksi Shaikh Abdullah ketika ujian menjaringkan bola


Mohd Zulhaikal mencuba yang terbaik


Hebat...Mohd Rozaidi berjaya menjaringkan bola


Masing-masing cuba untuk menjaringkan bola


Suspen...Berjaya atau tidak bola ini dijaringkan ???


Main bola jaring ke bola tampar ni???


Pasukan Biru diberi tentangan yang hebat daripada Pasukan Oren


Diasak...2 lawan 1


Tahniah...Pasukan Oren menang bergaya mengalahkan Pasukan Biru dengan jaringan 8-5


Sunday, October 17, 2010

CABUT GIGI @ TAMPAL GIGI? ALAMAK !!!


AKTIVITI :
Pemeriksaan Dan Rawatan Gigi Untuk Pelajar- pelajar Pendidikan Khas SMK Sultan Omar

ANJURAN : Klinik Pergigian, Hospital Dungun
TEMPAT : Bilik Rawatan DESSO


Berikut adalah antara pelbagai aksi dan ragam para pelajar yang sempat dirakamkan :


Saat-saat yang mendebarkan...namun semuanya memberi kerjasama yang baik


Sampai berpeluh-peluh...


Buka mulut luas-luas...


Semua pelajar tidak terkecuali untuk menerima rawatan pergigian di sekolah secara percuma


Takut ke malu?


Tidak mahu buka mulut??? issh..issh..issh...


Kesian...sampai menangis-nangis


Tak sakit pun !!!


Macam-macam ragam...Gara-gara tidak mahu baring, terpaksa periksa gigi dengan berdiri sahaja


Friday, October 8, 2010

WARNA SEDONDONG DI JAMUAN RAYA

GAMBAR KENANGAN PELAJAR DAN GURU DI JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI PENDIDIKAN KHAS SMK SULTAN OMAR 2010


>>> SuaTu kEbEtuLaN >>>


Warna oren...Dari kiri : Mohd Zulhaikal, Nor Syazana dan Wan Mohd Hafizuddin


Warna ungu...Dari kiri :Mohamad Amiruddin, Mohd Arafi dan Shaikh Abdullah


Warna Biru Turquoise...Dari kiri : Mohamad Afzanizam dan Wang Kee Yong


Warna merah hati ...Dari kiri : Syed Fikri Amri dan Abdullah Amin


Warna Tanah - Dari kiri : Azfa Faqih, Wan Amiruddin dan Mohammad Hamirun


Warna Krim > Kelabu> Coklat> Biru Gelap... Barisan depan dari kiri : Aqil, Mohd Hamdan dan Rozaidi. Berdiri : Nur Yusmira


Sepadan...kombinasi warna yang cantik - bersama Cikgu Tie


Warna merah jambu (Cikgu Jiha) dan merah hati...memang cantik


Sama warna... Guru (Cikgu Wan) dan pelajar berbaju ungu


Anugerah Pakaian dan Penampilan Terbaik Aidilfitri ...Wan Amiruddin Wan Mohd Asri menerima hamper daripada mantan Penyelaras PPKIBP SMK Sultan Omar (Cikgu Noh) .Tahniah!!!


Wednesday, October 6, 2010

JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI PENDIDIKAN KHAS 2010


PROGRAM :
Jamuan Hari Raya Aidilfitri Pendidikan Khas 2010

TARIKH : 06 Oktober 2010 bersamaan 27 Syawal 1431H (Rabu)
TEMPAT : Blok PPKIBP
JEMPUTAN : Semua guru SMK Sultan Omar, staf, ibu bapa dan bekas pelajar PPKIBP
JUADAH : Mihun goreng & keropok, nasi himpit & kuah kacang,rojak betik,ketupat palas & rendang, tapai, bubur kacang, puding, kek dan biskut raya


Berikut adalah antara yang menarik sepanjang majlis berlangsung :


Segak,cantik dan bergaya dengan baju raya


Para pelajar bersama ibu bapa dan penjaga masing-masing


Ketupat palas dan tapai...antara juadah istimewa yang disediakan


Layan diri...antara ibu bapa pelajar yang hadir


Jangan malu-malu...tambah lagi


Tidak ketinggalan...antara bekas pelajar pendidikan khas yang menerima undangan untuk memeriahkan majlis - Mohd Hishamuddin b Ismail


Murah rezeki...para pelajar menerima duit raya daripada guru-guru


Selamat menjamu selera...


Terima kasih kerana sudi datang memeriahkan majlis


Wednesday, September 22, 2010

SELAMAT MENJALANKAN TUGAS BARU...UNTUK CIKGU NOH


MAJLIS RINGKAS PERPISAHAN PENYELARAS PPKIBP SMK SULTAN OMAR - CIKGU NOH B AYOB

(2008-2010)

TARIKH : 22 September 2010 (Rabu)
TEMPAT : Blok PPKIBP
MASA : 11.00 -12.00 tengahari
ATUCARA MAJLIS : - Ucapan perpisahan daripada Cikgu Noh
- Penyampaian hadiah daripada pelajar

Berikut adalah antara yang menarik sepanjang majlis berlangsung :


Sekalung tahniah untuk Cikgu Noh yang telah dilantik sebagai Pegawai Khas Pendidikan Khas dan Swasta Pejabat Pelajaran Daerah Dungun


Ucapan perpisahan untuk anak-anak didik


Masing-masing khusyuk mendengar amanat dan nasihat daripada Cikgu Noh


Menerima hadiah daripada anak-anak didik sebagai tanda penghargaan dan ingatan daripada mereka buat guru yang tersayang


Hadiah tanda penghargaan


Antara hadiah daripada pelajar pendidikan khas untuk Cikgu Noh...Terima Kasih Cikgu! Kami berjanji akan menjadi pelajar yang baik


Untuk Cikgu Noh :

@@@---Selamat menjalankan tugas baru
@@@--- Semoga dapat meningkat dan memartabatkan lagi bidang pendidikan khas di daerah Dungun
@@@--- Ampun dan maaf atas segala salah dan silap kami warga PPKIBP SMK Sultan Omar selama kita berada di bawah satu bumbung


" SETULUS BUDI TERSEMAT DI HATI BERBUNGA KENANGAN SEPANJANG ZAMAN"